Jumaat, 8 Januari 2010

Malaysia pun tak selesai nak heboh hal Orang Lain...

Bagaimana nak perjuangkan nasib umat Islam dinegara lain sedangkan di negara sendiri pun terkial-kial kerana takut dimarahi sekutu-sekutu mereka. Akhirnya cara terbaik dengan melarikan diri dari isu sebenar dan seperti biasa alasan yang mudah salahkan UMNO...Itulah yang terbaik yang boleh difikirkan oleh Pemuda Pas untuk mengelakkan rasa malu akibat tindakan membuta tuli menyokong penggunaan perkataan Allah oleh Herald Weekly. Kini apabila menyedari bahawa majoriti masyarakat Islam tidak bersetuju maka seperti biasa dengan tanpa segan silu dan rasa malu UMNO menjadi sasarannya.

Alangkah malangnya apabila Parti yang mengakui memperjuangkan Islam sebenar ( yang menggalakkan persaudaraan dan penyatuan bukan permusuhan dan kebencian ) hanya pandai bermain kata-kata tanpa dikota. Inilah akibatnya apabila lebih sudu dari kuah dan hanya pandai mencari kesalahan orang lain berbanding sepatutnya lebih melihat kebaikan seseorang agar dapat digarap satu bentuk penyatuan ummah yang sempurna.

Doa bala serta sumpah seranah kini bertukar apabila satu demi satu bala mula menimpa diri sendiri namun masih jauh dari cuba menginsafi dan lebih membesar diri.

Dalam hampir semua mengajak kearah perpaduan ummah mereka melarikan diri kononnya mereka lah yang terbaik dan tidak layak bercampur dengan orang lain yang rendah darjatnya. Sesungguhnya yang membezakan antara manusia itu hanyalah takwa kata mereka ( kononnya ) tetapi hanya manis dibibir tindakannya kosong.

Inilah rupa sebenar Pas yang begitu hanyut dengan keasyikan kuasa dan setelah bertahun memendam rasa untuk berkuas .Apabila diuji sedikit maka mereka alpa dan mabuk akhirnya. Kata-kata nista kepada sesama ummah kembali kepada mereka kerana hanya Allah yang Maha Kuasa.


P/S : Hal Konvoi dah selesai, masalah sekarang Kalimah Allah...Jangan Nak lari tajuk pulak...

3 ulasan:

  1. asalamualaikum...

    Aku nak lari tajuk skit.

    Ko tolong bgtau kat seme perwakilan Majlis Belia M'sia(MBM) tu tak payah la beria2 nak pilih Norol Azali sebagai Presiden baru.

    Dia ckp Tok Najib nak dia.

    Kepala hotak dia...masa bila D.Najib ckp nak dia.

    Jgn dok perasan la...kalu lembab mcm tu nk jd pemimpin NGO tahap kebangsaan pulak tu.

    Sorry to say la, kalu mamat tu la belia nampak alamat nasib malang la MBM, jawatan nak..keje srupa malaon!

    Lagi satu nak bgtau...Reezal Merican tu pun toksah kasi can..lebih kurang je dgn si Norol bapok tu!

    Kpd perwakilan MBM...cari lah muka lain dlm MBM sebagai Presiden..takkan takde kot?

    BalasPadam
  2. Ni payah nih. Dia dok cakap yang dia tak nak je. Semua tak kena. Nak bagi kat dia dia tak bagi nama dia. Tak tunjuk muka dia. Tak nyata t/jawab dia. Terlalu bijak / gelojoh mengalih tajuk.

    Maaflah Amin kita ikut dia sat.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum. Boleh kot tumpang tanya.

    YANG DIKATAKAN DIHAMBAT DOSA DOSA LAMA TU BAGAIMANA RUPANYA ?

    YANG DIKATAKAN DIKEJAR BAYANG BAYANG SENDIRI TU MACAM MANA RASANYA ?

    YANG DIKATAKAN DIMAKAN SUMPAH SENDIRI TU KENAPA ?

    YANG DIKATAKAN TERCAKAR SERANAH SENDIRI TU MALUNYA BAGAIMANA ?

    YANG DIKATAKAN BALA DARI DOA SENDIRI MACAM MANA RUPA DIA ?

    BalasPadam