Sabtu, 9 Januari 2010

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN MARAN MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA PERBUATAN MEMBAKAR GEREJA DI DESA MELAWATI BARU-BARU INI. JIKA DILAKUKAN DIMANA SAHAJA PUN TETAP AKAN PEMUDA UMNO MARAN MENGUTUK KERAS TINDAKAN TIDAK BERTAMADDUN INI. TIDAK SEPATUTNYA PERKARA INI BERLAKU DALAM SEBUAH NEGARA YANG JELAS TELAH MENGHORMATI PRINSIP KEBEBASAN BERAGAMA BAGI SETIAP INDIVIDU.

TINDAKAN SEBEGINI HANYA AKAN MENCEMAR KEHARMONIAN DAN KEAMANAN YANG TELAH TERBINA SEKIAN LAMA DAN TIDAK MEMBERI KEBAIKAN KEPADA SESIAPA PUN TERMASUK MEREKA YANG BERTANGGUNGJAWAB MELAKUKAN PERBUATAN BURUK INI. SIKAP TIDAK PEKA DENGAN SENSITIVITI RAKYAT INI BOLEH MENGUNDANG SITUASI TIDAK TENTERAM KEPADA RAKYAT DAN HANYA AKAN MENYUMBANG KEPADA PERPECAHAN SEMATA-MATA.

OLEH KERANA ITU PIHAK PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SENTIASA KONSISITEN DALAM MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT MELALUI PERLEMBAGAAN DAN SELARI DENGAN PENENTANGAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH BEGITU JUGA PIHAK KAMI JUGA TIDAK BERSETUJU DENGAN PERBUATAN MEMBAKAR GEREJA INI. ADALAH DIHARAPKAN SEMUA PIHAK DAPAT BERFIKIR SECARA WARAS DAN TIDAK BERTINDAK SECARA SEMBERONO TANPA MEMIKIRKAN AKIBAT SETERUSNYA.

SEHUBUNGAN DENGAN ITU PIHAK PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN MARAN BERHARAP SESIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB DAPAT DIADILI KERANA TELAH MENYUMBANG KEARAH KEMUSNAHAN HIDUP BERMASYARAKAT. DIHARAP PIHAK BERKUASA DAPAT BERTINDAK TEGAS DAN PANTAS DALAM MENANGANI ISU INI SUPAYA DAPAT JADI PENGAJARAN KEPAD SEMUA. HUKUMAN YANG TEGAS PERLU DIKENAKAN MENGIKUT PERUNDANGAN YANG ADA DAN TIDAK HANYA MENGELUARKAN AMARAN YANG TIDAK DIENDAHKAN OLEH SESIAPA.

KHAIRUL AMIN BIN OSMAN
PEMANGKU KETUA
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN MARAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan