Saya tidak mengetahui secara jelas mengenai apa yang berlaku dalam mesyuarat exco pergerakan pemuda umno malaysia semalam. Namun saya mengucapkan tahniah atas keterbukaan yang diperbincangkan dalam mesyuarat tersebut. Sebagai mesyuarat badan tertinggi Pergerakan Pemuda di seluruh negara maka sememangnya keterbukaan dan ketelusan amat diperlukan. Tidak perlu ada pengampu dalam mesyuarat tertinggi Pemuda ini kerana setiap keputusan yang dibuat akan memberi kesan kepada keseluruhan Pemuda diseluruh negara.
Oleh yang demikian adalah kurang tepat sekiranya saya mengulas mengenai isu ini seperti yang diulas dalam beberapa blog lain ( walaupun saya tidak menentangnya ) kerana bagi saya mesyuarat exco adalah sulit dan yang dikeluarkan hanya keputusan yang telah dipersetujui secara bersama. Saya juga tidak bercadang untuk menelefon semua exco pemuda untuk mendapatkan maklumat dan mencukupilah dengan saya mengambil pandangan dari sahabat saya yang merupakan exco angkat ppu maran iaitu saudara Iruan sahaja.
Bagi saya isu yang dibangkitkan oleh saudara Hisyamuddin ( saya kenali sebagai yoep ) ada kebenarannya walaupun maksud sebenarnya amat berbeza dengan penjelasan yang diberikan oleh beberapa blog lain dan juga individu-individu yang tertentu ( tetapi mungkin juga ada kebenarannya ) . Isu yang dibangkitkan itu sememangnya adalh isu dan dilema yang sama dihadapi dihampir semua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian -bahagian ketika ini.
Sememangnya hampir semua retorik-retorik kepimpinan atasa ketika ini melemaskan tenaga muda dalam parti. Kebimbangan akibat dari isu ini sememangnya amat berat untuk diungkapkan secara terbuka kerana pasti akan ada pihak yang dituding jarinya. Dengan respon yang seaya terima dalam beberapa posting saya sebelum ini yang menyentuh isu parti jelas tidak begitu disenangi oleh kepimpinan parti sehingga mengeruhkan hubungan sesama sendiri. Ini bukanlah perkara yang diingini dalam tempoh parti begitu mendambakan mengembalikan sokongan ahli dan rakyat kepada kepimpinan baru UMNO.
Perletakan jawatan juga bukanlah satu penyelesaian yang terbaik ( sekiranya ada pilihan lain - perlukan penelitian mendalam dan bukan hanya terpengaruh dengan nafsu) malahan jika tidak selsesaikan dengan baik akan menyebabkan lebih banyak buruk dari baiknya. Oleh yang demikian sebagai badan mesyuarat tertinggi maka satu perbincangan menyeluruh untuk penyelesaian isu ini perlu dibuat supaya ianya tidak menjadi barah dan berjangkit ke peringkat kepimpinan negeri, bahagian mahupun cawangan.
Sekali lagi ucapan tahniah kepada semua exco ppum yang benar-benar memikirkan masalah pemuda ( bukan yang hanya pandai berjanji tetapi lupa diri ) kerana ianya akan membantu memperkasakan Pemuda Umno dibawah yang akhirnya akan kembali kesannya kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu sendiri. Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan jujur tanpa prejudis dan mestilah disokong sepenuhnya oleh kepimpinan lain kerana ianya hanya berjaya dengan kerjasama semua pihak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan