Jumaat, 1 Januari 2010

Kalimah Allah

Secara peribadinya saya merasa tersinggung dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan Allah sebagai menggantikan terjemahan Tuhan Bapa dalam kristian. Keputusan yang dikira tidak sepatutnya ini telah dibuat oleh Hakim Lau Bin di Mahkamah Tinggi setelah mendengar hujah bagi pihak kerajaan dan juga pihak akhbar tersebut.

Sepatutnya sejak dari mula lagi kes ini tidak sepatutnya didengar di mahkamah tinggi sebaliknya didengar di mahkamah syariah kerana isu ini berkaitan dengan Agama Islam sebagai agama rasmi negara ini. namun entah dimana silapnya maka ianya didengar di mahkamah tinggi dan hasilnya seperti yang diduga mengecewakan apatah lagi ianya didengar oleh seorang hakin yang bukan beragama Islam. telah banyak hujah-hujah yang dikemukan oleh banyak pihak dan sepatutnya ianya dihormati oleh semua pihak. Allah hanyalah perkataan yang wujud untuk agama Islam seperti mana yang telah digunakan dalam Al Quran sendiri. Perkataan Allah tersbut bukanlah dari perkataan melayu tetapi diambil terus dari perkataan arab yang bermaksud Allah yang Maha Esa seperti yang diterangkan dalam Al Quran itu sendiri.

Oleh yang demikian sepatutnya isu ini tidak sepatutnya timbul dan sepatutnya pihak akhbar tersebut di larang dari membawa isu ini ke mahkamah. Oleh yang demikian saya merayu kepada kerajaan supaya menyembahkan perkara ini KYDMM Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja supaya polemik ini dapat dihentikan dan Agama Islam benar-benar ditegakkan sebagai agama kepada persekutuan dan tidak lagi dipertikaikan oleh mana-mana rakyat ddalam negara ini.

1 ulasan:

  1. Kenapa tak bawak ke Mahkamah yang lebih tinggi
    Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan spt kes Mb Perak, Kota Seputih, kes Ir Nizar dll ???

    BalasPadam