Selasa, 31 Mac 2009

Terima kasih & Maaf

Terima kasih kepada semua rakan-rakan dari Maran yang bersama-sama dengan saya semasa di Kuala Lumpur baru-baru ini. Walaupun kebanyakannya saya berjumpa secara tidak lama tetapi sokongan saudara amatlah dihargai. Mohon ribuan ampun dan maaf atas segala kekurangan dan sejuta kemaafan kepada beberapa rakan yang tidak sempat berjumpa dengan saya semasa disana. Janganlah pula ianya dijadikan alasan untuk tidak bersama pada kali yang lain pula. Semoga hubungan kita akan semakin erat demi memastikan keutuhan parti keramat kita ini. Salam kemaafan sekali lagi atas segala kekurangan..

Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru

Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah walaupun agak terlewat pada saudara Khairy Jamaluddin yang telah terpilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang baru dan juga kepada Dato' Razali Ibrahim selaku Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Walaupun keputusan ini mendapat reaksi yang negatif dikalangan ahli dan rakyat diakar umbi tetapi keputusan rasmi telah pun diperolehi. Kj telah diisytiharkan sebagai pemenang kerana memperolehi undi yang tertinggi dikalangan tiga calon yang bertanding. Walaupun secara keseluruhannya undi yang diperolehi oleh KJ tidaklah menunjukkan majoriti tetapi kerana sistem pengundian yang mengesahkan undi yang tertinggi sebagai pemenang, maka KJ telah pun mendapat manfaat dari sistem tersebut.

Ramai dikalangan ahli pemuda diMaran secara keseluruhannya agak kecewa dengan keputusan ini tetapi kerana sistem pengundian yang sebegitu rupa dan pemilihan undi seramai 304 ahli perwakilan yang menentukan kemenangan tersebut , maka wajarlah ahli akar umbi menerima keputusan tersebut dengan seadanya. Bagi diri saya dan juga perwakilan dari Maran yang telah sedaya upaya untuk memastikan Dato' Seri Khir Toyo menang terpaksa menerima keputusan itu walaupun pahit. Sebagai seorang ahli yang menerima prinsip demokrasi dan pertanding saya menerima dengan akur keputusan tersebut dan akan cuba memberikan kerjasama sebaik mungkin kepada Kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia yang baru. Ini amat penting kerana pertandingan yang diadakan adalah bersifat kekeluargaan dan persefahaman dan bukannya untuk mencari salah sesiapa. Oleh yang demikian saya menyeru seluruh ahli Pemuda terutamanya di Maran menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka kerana apa yang penting adalah untuk memastikan Pergerakan Pemuda akan dapat memulihkan sokongan orang muda kepada Parti Keramat ini.

Sekalung tahniah kepada Dato' Razali Ibrahim yang telah berjaya menduduki kerusi Naib Ketua Pemuda dan sememangnya Pemuda Maran akan menyokong penuh sebarang usaha Dato' dalam usaha pemulihan sokongan pemuda diperingkat akar umbi. Pergerakan Pemuda UMNO Maran amat berbangga kerana telah membuat keputusan yang tepat apabila mencalonkan YB dato' dan juga menyokong YB dato' sehingga beroleh kemenangan. hanya satu harapan janganlah YB Dato' lalai dan alpa dengan kemenangan yang diterima tetapi sebaliknya sentiasalah berusaha untuk kemantapan organisasi Pemuda.

Seterusnya kepada semua Exco Pemuda UMNO Malaysia diucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas terutamanya Exco dari Pahang iaitu, Saudara Suffian Awang dan juga YB Dato' Wan Amizan Bin Wan Abd Razak. Ingatlah bahawa saudara mempunyai tugas yang berat kerana UMNO kini berhadapan dengan masalah tidak disukai oleh golongan muda dan adalah menjadi tanggungjawab semua Exco untuk memastikan sokongan kembali golongan muda kepada UMNO.

Khamis, 19 Mac 2009

Ketua Pemuda Maran

Hari semalam merupakan satu titik sejarah dalam pemuda maran apabila kali pertama ketua pemuda yang telah dipilih pada pemilihan yang lepas telah dikenakan tindakan pengantungan selama tiga tahun oleh Lembaga Disiplin parti kerana ada aduan yang dibuat oleh orang tertentu.

Saya dengan ini melahirkan perasaan simpati saya kepada Saudara Mohd Najuib Bin Haji Mohd Shahaimi diatas hukuman yang diterima. Saya mendoakan agar beliau sentiasa tabah menghadapi dugaan dan akan terus berusaha untuk mengemukakan rayuan kepada Majlis Tertinggi untuk membersihkan nama beliau. Saya akan sentiasa bersama dengan saudara dalam apa juga keadaan sekalipun dan saya berdoa agar Pergerakan pemuda UMNO bahagian Maran sentiasa dalam keadaan yang baik dan bersedia.

Saya menyeru semua ahli Pemuda UMNO Maran supaya sentiasa menjaga kepentingan parti melebihi segala-galanya termasuk kepentingan peribadi sendiri.

Ahad, 15 Mac 2009

PERHIMPUNAN UMNO

MAKLUMAN... SEMUA SAHABAT PEMUDA MARAN DIJEMPUT BERSAMA MENGHADIRI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO YANG AKAN BERLANGSUNG MULAI 24HB MAC - 28HB MAC DI PWTC KUALA LUMPUR... INSYAALLAH SUSAH SENANG KITA BERSAMA...

Kerajan Campuran

Apabila mendengar cadangan Haji Hadi untuk mengadakan kerajaan campuran saya mengambil sedikit masa untuk memikirkannya dengan sebaik-baiknya. Setelah saya memikirkan sedalamnya sepatutnya kerajaan campuran ini tidak diperlukan sama sekali. Kalau menoleh kebelakang selama lebih 50 tahun sejak penubuhan PAS pada tahun 1951 yang sentiasa pada setiap masa menikam UMNO dan kerajaan. Apa sahaja yang dilaksanakan oleh Kerajaan UMNO sentiasa ditohmah, diserang habis-habisan dan dikutuk seolah-olah tidak ada sebarang kebaikan kepada kerajaan UMNO selama ini. Seterusnya apabila menguasai negeri Kelantan dan berjaya memerintah tetapi malangnya gagal memajukan negeri sehingga menyebabkan Kelantan menjadi negeri yang miskin sehinggakan rakyatnya terpaksa keluar mencari rezeki dinegeri lain sekitar tahun 60an.

Justeru UMNO dibawah pimpinan YAB Tun Razak menawarkan PAS untuk bersama Barizan Nasional maka pimpinan PAS ketika itu terus bersetuju kerana mereka amat memerlukan sokongan kerajaan Pusat pimpinan UMNo ketika itu untuk mengatasi masalah kemiskinan dinegeri Kelantan. Tetapi akhirnya kerana ketidak ikhlasan mereka maka pasrti PAS bertindak keluar semula dari Barisan Nasional atas alasan tidak bersetuju dengan dasar UMNO yang memperjuangkan hak-hak orang Melayu yang kononnya tidak sesuai dengan perjuangan PAS.

Bagi saya isunya bukanlah kerajaan campuran ketika ini tetapi ianya sepatutnya bermula dari dulu lagi. Dengan dasar yang sememangnya untuk kesejahteraan rakyat dengan memberikan peluang yang sama rata kepada rakyat sepatutnya menjadikan kerajaan UMNO/ BN sebagai tempat untuk berterima kasih. Bukan dengan cara mengikut membabi buta dan bukan juga dengan cara yang tidak bertamadun seperti berdemontrasi dijalanan sehingga mengganggu masyarakat tetapi dengan cara menyumbang sepenuh tenaga dan ilmu kepada pihak kerajaan yang telah berusaha dengan gigih untuk membangunkan negara. Sejak dari merdeka kepimpinan masa lepas hingga masa kini sentiasa dalam apa juga keadaan sekalipun memikirkan kesejahteraan hidup rakyatnya. Tidak pernah didengar sebarang perbuatan kerajaan rakyatnya yang menginiayakan rakyatnya kecuali jika tindakan tersebut adalah untuk keamanan negara. ( Selagi bergelar manusia maka kesilapan tetap berlaku)

Hasilnya semua rakyat dapat menikmati hasil usaha yang dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN tanpa mengira penyokong kuat parti kerajaan , pembangkang ataupun rakayat atas pagar tidak pernah dibeza-bezakan. Malahan saya melihat ramai anak-anak pemimpin pembangkang dapat belajar dengan aman dan menikmati semua kemudahan yang disediakan oleh kerajaan UMNO sehingga ke peringkat tertinggi. Malahan bukan sahaja pendidikan, tetapi perniagaan , rumah, tanah, hak, dan apa sahaja yang ditawarkan oleh kerajaan boleh diraih oleh semua rakyat jelata. Namun yang pasti dan harus difahami oleh semua ialah kehendak manusia adalah tidak terbatas tetapi sumber yang ada adalah terbatas. Maka kerajaan memerlukan masa untuk menyelesaikan semua masalah rakyat.

Oleh yang demikian adalah sesuatu yang amat nantikan apabila rakyat yang telah diberikan segala kemudahan untuk memajukan diri akhirnya kembali bersama dengan kerajaan yang telah menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyatnya. Tetapi malangnya akibat daripada faktor luaran seperti fitnah dan juga sikap tidak bertanggung jawab pihak pembangkang menyebabkan situasi yang diharapkan tidak berlaku malahan sebahagian daripada rakyat tadi dipesongkan pemikirannya untuk menjatuhkan kerajaan yang telah berjasa kepadanya tanpa memikirkan akibatnya.

Sebenarnya tidak perlu kerajaan campuran ini diwujudkan sekiranya parti pembangkang yang tidak bertanggungjawab seperti PAS dan DAP tidak bertindak sebagaimana sepatutnya dengan membangkang semua tanpa memberikan input yang baik. Sebaliknya hanya bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan yang ada dengan apa cara sekali pun. Oleh yang demikian kerajaan campuran ini tidak perlu kerana pasti ianya telah terlambat dan rakyat ketika ini sudah mula berpecah belah akibat politik jahat pembangkang yang didalangi oleh pertualang negara seperti ANWAR yang amat sukar untuk dipulihkan ketika ini.

Ahad, 8 Mac 2009

MATLAMAT MENGHALALKAN CARA

Nampaknya negara Malaysia yang begitu aman dan tenteram suatu ketika dulu tidak lagi akan aman dan harmoni. Insiden petang tadi jelas menunjukkan bahawa pada hari ini rakyat tidak lagi berada dalam keadaan selamat. Melihat kepada sikap ganas para penunjuk perasaan yang membantah PPSMI menjadikan saya begitu takut dengan budaya samseng yang ditunjukkan. Terlihat saya beberapa pemimpin parti politik yang turut serta menjadikan saya tertanya-tanya apakah pilihanraya tidak lagi menjadi tempat terbaik untuk memastikan system pemerintahan kerajaan berjalan lancar. Sikap samseng dan tidak mengikut undang-undang dengan cara bertindak melawan secara kasar pihak polis yang berkawal dan juga menggunakan jalanraya sehingga menyebabkan kesesakan teruk begitu menakutkan saya.

Adakah negara Malaysia ini sudah tidak selamat lagi untuk didiami ketika ini. Kebebasan bercakap dan mengutarakan pandangan tanpa batasan kini menjadi racun yang cukup berbisa kepada masyarakat apabila ianya disebarkan dengan penuh tidak bertanggungjawab oleh pihak media. Ianya sampai kesegenap pelusuk tanahair sehingga menyebabkan berlaku beberapa insiden yang tidak diingini seperti kekecohan diParlimen berkaitan Karpal Singh dan Pemuda UMNO serta persidangan bawah pokok yang dilaksanakan di Perak.

Apakah setelah 52 tahun negara ini merdeka dan berkembang maju di bawah pemerintahan yang ada tetapi atas alas an ingin memerintah dan berkuasa dengan apa cara sekalipun menyebabkan semuanya dibuang begitu sahaja tanpa memikirkan apakah implikasinya yang akan berlaku untuk generasi mendatang. Semangat demontrasi jalanan yang bertindak seperti samseng ini sememangnya antara budaya jahat yang dibawa masuk kenegara ini oleh sesetengah pemimpin yang gila kuasa sehingga sanggup menghuru-harakan negara demi mencapai matlamat politiknya. Usaha gigih dan pengorbanan yang dilaksanakan oleh kepimpinan terdahulu hancur berkecai dalam sekelip mata akibat fitnah dan adu domba yang berleluasa di alam siber dan juga berlindung disebalik ceramah-ceramah agama disegenap pelusuk negeri oleh orang yang mengaku Islamnya lebih dari orang lain.

Menyusuri kembali zaman kegemilangan Kerajaan Khulafa Ar Rasyidin yang hancur berkecai kerana persengketaan sesama sahabat Rasulullah SAW dan sebahagiannya sanggup menggunakan Isteri Rasulullah SAW untuk memerangi Khalifa Islam ketika itu iaitu Syadina Ali. Akhirnya segolongan muslimin ketika itu sanggup menggunakan Al Quran dengan menjunjungnya untuk menghentikan peperangan dan kemudiannya menipu Syadina Ali dalam perundingan sehingga terlantiknya Muawiyah Bin Abi Suffian sebagai Khalifah yang baru. Begitulah hebatnya kesan yang berlaku akibat dari fitnah dan adu domba ketika itu sehingga menyebabkan sesama Islam sanggup menikam saudara seagama dengannya demi kerana inginkan kuasa. Bukanlah untuk menyalahkan mana-mana pihak kerana saya akur semua pihak yang terlibat ketika itu adalah sahabat Rasulullah semuanya dan mereka lebih arif tentang agama dari kita semua ketika ini. Namun rasanya tidak salah kalau kita kembali mengkaji dan memahami sejarah yang berlaku dengan sebaiknya supaya yang baik dapat dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

Amat malang sekali ketika ini teraju pemerintahan yang telah pun di tunjangi oleh orang islam (UMNO ) ketika ini diganggu gugat oleh orang Islam (PAS + PKR) sendiri dan lebih malang lagi apabila ia bersekongkol dengan sekutunya (DAP) orang bukan Islam . Isu PPSMI telahpun saya ulas disini tetapi saya bersedia berkongsi pandangan sekali lagi tetapi yang menakutkan saya ialah apabila kepentingan politik dan menangguk diar keruh tanbpa memikirkan masalah masyarakat menjadikan saya akan menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk menghapuskan PPSMI ini. Kepada pihak Polis yang dipertanggung jawabkan untuk menjaga keamanan negara, pertingkatkan lagi usaha dan tindakan tegas perlu untuk memastikan keharmonian negara. Apalah gunanya kebebasan yang diberi sekiranya negara jadi hancur lebur. Tidak perlu kita berbuat baik dengan orang yang tidak akan menghormati kita semula. Saya menyarankan kepada pihak polis supaya menghentikan permit-permit ceramah dan perhimpunan yang akan menyebabkan negara jadi kucar-kacir akibat fitnah dan adu-domba yang berleluasa ketika ini.

Khamis, 5 Mac 2009

Tua diHormati Muda Disayangi

Jangan marahkan Nyamuk , Kelambu di bakar. Itulah ungkapan yang boleh di katakan kepada Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) apabila secara terang-terangan menyalahkan konsep senior-junior yang ada disekolah sebagai penyumbang kepada masalah gangsterisme di sekolah. PIBGN juga mengatakan bahawa budaya ini juga menyebabkan salah laku yang terpesong seperti msalah seks dan sebagainya. Budaya senior-junior ini bukan satu budaya malah ianya diterap sebagai salah satu proses pendidikan kehidupan dikalangan pelajar di asrama.

Kalu dikaji dan diteliti, konsep ini lebih menyerupai persekitaran dirumah apabila warden dan guru dianggap sebagai ganti ibu bapa dan pelajar yang lebih tua dianggap sebagai abang atau kakak kepada yang lebih muda. Ianya adalah satu hubungan yang harmoni yang mana konsep yang tua dihormati dan yang muda disayangi diamalkan sebagai latihan kepada pelajar tersebut apabila keluar kepada masyarakat nanti. Hubungan yang erat ini akan membantu dari segi perkembangan pendidikan pelajar apabila mereka boleh berbincang dan bertanya dengan mesra untuk menyelesaikan masalah berkaitan pelajaran ataupun hal-hal lain. Inilah sebenarnya konsep yang ingin diterapkan dan sebab itulah majlis suaikenal diadakan supaya hubungan itu akan terjalin dengan cepat dan harmoni.

Namun tidak dapat dinafikan apabila terdapat sebilangan pelajar yang bertindak seolah-olah dialah raja diasrama tersebut dan akan membuli pelajar-pelajar lain yang jauh lebih lemah dan tidak semestinya pelajar junior malah mungkin juga pelajar yang seangkatan ataupun pelajar yang jauh lebih tua daripadanya. Tetapi tidaklah boleh kita salahkan konsep senior-junior ini kerana apa yang berlaku adalah melihat kepada masalah disiplin pelajar itu sendiri. Seharusnya warden-warden uyang bertanggungjawab memantau dengan lebih kerap dan ibu bapa juga harus jujur dalam menyelami perangai anak-anak mereka dan tidak dengan secara melulu menyalahkan warden dan guru akibat dari salah laku yang dibuat oleh anak mereka.

Antara hukuman yang boleh dijalankan dan dirasai masih berkesan ketika ini adalah penggunaan rotan oleh guru. Tidak sepatutnya guru dihalang menggunakan rotan untuk mengajar dan mendisiplinkan pelajar tetapi perlulah guru tadi bertanggungjawab dan tidaklah digunakan tanpa belas kasihan sebaliknya cukuplah sekadar berniat untuk mengajar. Jika cuma sesetengah guru sahaja yang diberi kuasa akan menyebabkan guru-guruyang tidak mempunyai kuasa merotan ini akan hilang penghormatan dikalangan pelajar dan mereka akan berani mempermainkan guru tersebut kerana kuasa yang terhad yang ada padanya.

Yang pasti ialah kerjasama yang mantap dan berkesan serta saling memahami antara satu sama lain diantara guru dan ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik jiwa pelajar . Hubungan yang erat ini akan menyedarkan pelajar bahwa sememangnya kedua-dua pihak iaitu Ibu, Bapa dan Guru benar-benar ikhlas untuk memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang terbaik untuk masa depan yang cemerlang. Dengan adanya hubungan ini akan sekaligus mengurangkan masalah disiplin yang berlaku dan boleh membantu pelajar untuk lebih menumpukan pada pembelajaran mereka.

PPSMI

Pada mulanya memang saya antara yang menentang perlaksanaan PPSMI yang mula dilaksanakan pada tahun 2003 lagi. Jika dilihat dari beberapa usul yang dibentangkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran ketika itu ( tahun 2006-2007 ) membentangkan usul berkaitan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Namun melihat kepada perkembangan semasa ketika ini dan juga keputusan peperiksaan UPSR baru-baru ini mula menyakinkan saya bahawa langkah ini perlu dilaksanakan walaupun pahit.

Untuk memastikan rakyat ( terutamanya melayu ) menguasai sepenuhnya ( bukan sekadar lulus periksa ) malah mampu untuk menghasilkan formula ataupun kajian yang bermanfaat maka PPSMI perlu diteruskan. Dengan cara begini dalam tempoh beberapa tahun lagi Insyaallah negara kita akan mempunyai pakar dalam bidang Sains dan matematik ( Pakar yang sebenar ). Adalah menjadi harapan kita supaya pakar-pakar ini nanti akan mampu menghasilkan penulisan-penulisan dalam bahasa melayu dan seterusnya memastikan bahasa Melayu boleh digunakan sepenuhnya dalam bidang sains dan matematik.
Mengimbau sejarah kegemilangan kerajaan Ummayah di Sepanyol membuktikan apabila semua bangsa di eropah berlumba-lumba belajar didalam bahasa arab kerana semua ilmu yang diajar universiti umat Islam di Sepanyol ketika itu diajar dalam bahasa Arab. Mahu tidak mahu terpaksalah penduduk eropah ketika itu perlu untuk memahirkan diri dalam bahasa arab dan belajar dalam bahasa arab keran guru-guru yang masyhur adalah orang Islam yang bertutur menggunakan bahasa arab. Semoga dengan pembelajaran dalam bahasa Inggeris ini akan meningkatkan lagi pemahaman dan juga kesiap siagaan pelajar kita apabila ingin mendalami ilmu sains dan matematik diperingkat yang lebih tinggi kerana kebanyak buku rujukan terkenal hanya boleh diperolehi dalam bahasa Inggeris sahaja.

Juga bukanlah satu kesalahan sekiranya dengan PPSMI ini akhirnya akan kembali memartabatkan bahasa Melayu yang telah terlindung haknya dalam perlembagaan negara ini. Namun melihat kepada perkembangan semasa kini yang menyaksikan sesetengah pihak mencari publisiti murahan dengan menentang terang-terangan penggunaan PPSMI seolah-olah tidak ada sebarang kebaikan langsung yang diperolehi dari perlaksanaan tersebut. Janganlah digadai nasib anak bangsa yang perlu kepada ilmu sains dan matematik dalam zaman yang mencabar ini kerana hanya ingin mengaut kepentingan politik semata-mata.

Rabu, 4 Mac 2009

DAP KURANG AJAR

KURANG AJAR... DAP KINI SEMAKIN KURANG AJAR APABILA MENGHINA HAK ISTIMEWA BUMIPUTERA APABILA MENYAMAKANNYA DENGAN DASAR APARTEID DI AFRIKA SELATAN. SEBAGAI WAKIL RAKYAT DAN PEMIMPIN PARTI SEPATUTNYA KENYATAAN SEPERTI ITU TIDAK DIKELUARKAN OLEH DR. BOO CHENG HAU DAN KEMUDIAN DIIKUT OLEH PROF RAMASAMY. INI ADALAH KENYATAAN YANG BERBENTUK HASUTAN YANG SEPATUTNYA KERAJAAN PERLU MENGAMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA.


PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN MARAN MEMBANTAH KERAS PERNYATAAN INI DAN MENGANGGAP IANYA SEBAGAI CUBAAN UNTUK MENGHASUT DAN MEMECAHBELAHKAN RAKYAT YANG BERBILANG KAUM..


PPU MARAN MEMOHON SUPAYA KEDUA-DUA PEMIMPIN DAP INI SEGERA MEMPERBETULKAN KENYATAAN MEREKA DAN MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA KERANA TELAH MENGHINA KAUM BUMIPUTERA DI NGERA TERCINTA INI. PIHAK PPU MARAN JUGA MENGALU-ALUKAN SEKIRANYA KEDUA PEMIMPIN INI INGIN BERHIJRAH KE NEGARA LAIN SEKIRANYA MERASAKAN NEGARA INI MENGAMALKAN DASAR KEJAM SEPERTI YANG DISEBUTKAN OLEH MEREKA..

ISU SEMASA FELDA

Ada sesuatu yang tidak kena dengan pentadbiran Felda ketika ini. Sebagai agensi yang terlibat dengan hamper seratus peratus orang melayu bumiputera sepatutnya Felda lebih sensitif dalam menjaga kebajikan peneroka. Ini kerana Felda telah diamanahkan mengusahakan ladang sawit terbesar dalam Malaysia dengan keluasan tanah ribuan hektar yang diberi oleh pihak kerajaan. Antara tujuan utama Felda diujudkan juga adalah untuk memastikan rakyat (Peneroka ) memiliki tanah untuk kediaman dan juga ladang untuk menyara kehidupannya. Dengan sistem rancangan yang ada bolehlah dikatakan Felda mampu untuk mentadbir dengan baik kawasan kediaman dan juga ladang. Namun sejak akhir-akhir ini banyak rungutan yang didengar dari pihak peneroka, keluarga peneroka yang merungut tentang beberapa isu di felda yang memerlukan pembelaan yang sewajarnya. Isu Kediaman generasi baru felda telah berkumandang sejak beberapa lama dan belum ada penyelesaian yang konkrit yang dicadangkan oleh Felda. Walaupun ada beberapa cadangan yang dibawa oleh pemimpin tempatan dan juga masyarakat felda sendiri masih belum ada cara terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut. Tambahan pula rumah bantuan dari SPNB juga tidak dapat dipohon untuk dilaksanakan di tanah kediaman asal peneroka kerana geran GSA yang melarang geran tesebut dari digadai oleh pihak SPNB. Sepatutnya satu mekanisma baru perlu diujudkan supaya rintihan anak-anak peneroka untuk memiliki rumah sendiri ini akan tercapai.

Masalah layanan berbeza antara peneroka yang bersama felda dan peneroka yang mengusahakan sendiri juga tidak kurang kedengaran dimana-mana rancangan felda. Ramai peneroka yang mengusahakan ladang sendiri merungut kerana terdapat beberapa perkara seperti bantuan felda untuk membesarkan rumah, bantuan anak sekolah, jemputan program tidak dapat dirasai oleh golongan yang mengusahakan sendiri ( Sebahagian bukan semuanya begitu ). Namun tidak kurang juga kedengaran kadang-kadang peneroka sendiri yang begitu angkuh apabila harga sawit naik dengan menunjuk-nunjuk kepada peneroka yang bersama dengan felda. Ini juga perlu diselesaikan.

Bagi mengatasi masalah tersebut , cara terkini yang felda lakukan ialah dengan memperkenalkan system paysheet yang mana semua urusan jualbeli buah bagi semua peneroka hendaklah dibuat melalui felda tidak kira samada mengusahakan sendiri ataupun menyerahkan pada felda. Dengan cara ini semua potongan bayaran yang dikenakan pada peneroka yang bersama dengan felda akan dapat dikenakan pada peneroka yang mengusahakan sendiri. Ini akan membolehkan peneroka tersebut mendapat semua manfaat yang diperolehi seperti orang lain yang menyerahkan ladang bersama dengan felda.

Akibat daripada pengenalan system paysheet ini pula menimbulkan beberapa kerumitan apabila wang tahanan yang dikenakan terlalu tinggi sehingga 30% daripada jumlah sepatutnya yang diterima oelh peneroka tersebut. Jumlah yang terlalu besar yang ditahan ketika ini dengan hasil buah sawit yang rendah harganya amat menyukarkan peneroka untuk menampung kehidupannya ditambah lagi dengan kemelesetan ekonomi ketika ini. Seterusnya juga peraih-peraih buah luar juga tidak dapat berniaga kerana semua buah dihantar melalui kilang felda sendiri. Ramai juga diantara peraih ini adalah golongan peneroka sendiri dan tindakan sebegini terus menimbulkan kemarahan masyarakat kepada felda. Terdapat juga pegawai-pegawai felda yang bertindak terangan yang berkempen sepanjang masa untuk parti politik ( terutamanya parti PAS ) dan juga menyalahgunakan kemudahan dipejabat untuk kepentingan parti. Tindakan sebegini akan menimbul kan kemarahan rakyat dan juga boleh mengurangkan sokongan kepada kerajaan sekiranya kempen dijalankan oleh pegawai terbabit yang mempunyai kuasa untuk mempengaruhi masyarakat peneroka.

Sistem paysheet yang ini perlu dirombak semula supaya ianya tidak membebankan peneroka dalam suasana ekonomi ketika ini. Kita bimbang hasrat murni kerajaan ( terutamanya YAB DATO’ Seri Najib ) untuk memastikan golongan peneroka hidup selesa akan terjejas dengan perkara –perkara yang sepatutnya dalam pemantauan pentadbiran felda dari peringkat tertinggi hingga rendah.

Yang menjadi masalahnya ketika ini ialah walaupun dasar-dasar ini ditetapkan oleh felda tetapi yang menerima calarnya dan juga dipersalahkan ialah UMNO. Sebagai parti yang memerintah sepatutnya UMNO menegur dan membetulkan perkara ini. Saya berharap agar kepimpinan UMNO yang mempunyai hubungan dengan Felda supaya segera menyiasat tentang masalah yang perlu ditangani segera di Felda supaya ianya tidak menjadi nanah dikemudian hari. Bukanlah penulisan ini bertujuan untuk menyalahkan sesiapa tetapi perlu kerjasama semua untuk menyelesaikan masalah. Sekadar demontrasi tanpa cadangan alternatif yang sesuai hanyalah akan memburukan keadaan.

Sepatutnya tidak timbul soal pembangkang dalam rancangan felda ini kerana perjuangan untuk menubuhkan felda ini adalah dari penat lelah dan usaha kepimpinan UMNO dan ianya terus menerus diperjuangkan sehingga ke hari ini. Namun usaha harus dipertingkatkan untuk memastikan felda sentiasa dilandasan yang sebenar iaitu membela kebajikan pesertanya dan dalam masa yang sama menjaga imej korporatnya sebagai firma ladang terbesar didunia. Untuk itu usaha-usaha perlu dilaksanakan oleh kepimpinan UMNO dan ianya tidak perlu dipandang serong oleh pihak pengurusan felda kerana kerjamasa yang baik akan membuahkan hasil yang baik.

Isnin, 2 Mac 2009

Tahniah

Terima kasih dan Tahniah pada semua jentera pemuda umno bahagian yang telah bertungkus lumus menjayakan program Pemuda UMNO Maran pada hujung minggu baru-baru ini. Pada hari sabtu ( 28hb Februari 2009 ) telah dijalankan program pemuda bersama masyarakat yang dijalankan di felda jengka 4 sebagaimana dalam jemputan yang saya postingkan baru-baru ini. Terima kasih pada semua Ketua UMNO cawangan, Ketua Pemuda , Wanita dan Puteri Cawangan serta ahli-ahli sekelian di felda Jengka 4 yang telah sudi membantu untuk menjayakan program tersebut. Budi baik tuan Allah sahaja yang membalasnya. Terima kasih daun keladi juga pada YB ADUn Dato’ Shahaniza Shamsuddin dan juga YB Dato’ Haji Ismail bin Abd Muttalib yang sudi membantu dari segi kewangan bagi menjayakan program tersebut.

Seterusnya pada hari Ahad ( 1 Mac) telah berlangsung pula kejohanan Ping Pong tertutup Dun Chenor yang dilangsungkan bertempat di balairaya RPSB Bukit Kening. Tahniah pada Pemuda Dun bersama denga Biro Sukan Pemuda yang telah bertungkus lumus menjayakan kejohanan ini. Semoga selepas ini akan berlangsung lagi kejohanan lain di tempat yang lebih besar memandangkan jumlah penyertaan yang terlampau ramai menyebabkan format pertandingan terpaksa dijalankan secara kalah mati. Tahniah diucapkan pada para pemenang dan juag pada yang tidak Berjaya jangan putus asa dan cuba lagi dilain masa.

Insyaallah hasrat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran untuk benar-benar turun Padang bersama dengan ahli pemuda dan golongan muda belia akan mencapai matlamatnya dengan usaha dan tekad kepimpinan diperingkat Pemuda Bahagian dan Dun. Dengan adanya kerjasama yang erat ini adalah diharapkan segala yang dirancangkan akan mencapai matlamatnya.

Ahad, 1 Mac 2009

TIDAK SAMA SEKALI!!!!

Apa sahaja keputusannya samada telah dibuat ataupun belum saya tetap menentang sepenuhnya penggunaan kalimah Allah sebagai ganti tuhan dalam penulisan agama lain. Jika perkara ini berlaku ianya boleh menyebabkan kekeliruan berlaku kepada masyarakat terutamanya golongan yang baru memeluk agama Islam dan juga kanak-kanak yang mungkin akan terpengaruh dan menganggap semua agama didunia adalah sama.

Penggunaan nama Allah sejak dahulu lagi adalah dikhaskan untuk agama Islam sahaja yang mana ianya telah diakui dan sesuai dengan kedudukannya sebagai agama rasmi kepada Malaysia. Lagi pun selama ini juga tidak pernah penggunaan pekataan Tuhan menimbulkan masalah. Kenapa baru sekarang barulah nak menggunakan nama Allah dalam agama kristian. Kalau dah penganut agama kristian ini percaya kepada Allah maka jalan yang paling senang ialah dengan memeluk dan menganut agama Islam yang sememangnya mengakui hanyalah Allah tuhan sekelian alam. Sebaliknya kristian pula menganggap Tuhan itu terbahagi kepada tiga dan konsep ini tentunya tidak sesuai denganAllah SWT.

Perkara ini perlu dipandang serius oleh pihak kerajaan sekiranya perintah mahkamah telah keluar dan sepatutya pihak mahkamah yang akan membuat keputusan juga memikirkan kemaslahatan umum sebalum membuat sesuatu keputusan dan jangan bias pada mana-mana pihak sekalipun. Ini penting kerana perkara sensitive sebegini jika tidak dibendung akan menimbulkan masalah kepada masyarakat keseluruhannya.

Saya menyeru seluruh kepimpinan pemuda UMNO diseluruh negara yang telah berikrar untuk memepertahankan agama, bangsa dan tanahair supaya bangkit dan berjuang untuk memastikan bahawa perkataan Allah hanyalah boleh digunakan oleh penulisan agama islam sahaja untuk memastikan bahawa sememangnya ISLAM adalah agama RASMI sebenarnya kepada negara yang tercinta ini. Say juga kesal kerana parti pembangkang seperti PKR dan Pas telah menangguk diair yang keruh dengan menyokong tuntutan Herald Tribune demi untuk mendapatkan sokobngan undi pihak berkenaan. Sikap sebegini amatlah dikesalkan kerana agama Islam tidak boleh dijual beli dengan sebarang harga sekalipun. Menggunakan agama sebagai alat untuk kepentingan politik peribadi amatlah dikesalkan .