Ahad, 1 Mac 2009

TIDAK SAMA SEKALI!!!!

Apa sahaja keputusannya samada telah dibuat ataupun belum saya tetap menentang sepenuhnya penggunaan kalimah Allah sebagai ganti tuhan dalam penulisan agama lain. Jika perkara ini berlaku ianya boleh menyebabkan kekeliruan berlaku kepada masyarakat terutamanya golongan yang baru memeluk agama Islam dan juga kanak-kanak yang mungkin akan terpengaruh dan menganggap semua agama didunia adalah sama.

Penggunaan nama Allah sejak dahulu lagi adalah dikhaskan untuk agama Islam sahaja yang mana ianya telah diakui dan sesuai dengan kedudukannya sebagai agama rasmi kepada Malaysia. Lagi pun selama ini juga tidak pernah penggunaan pekataan Tuhan menimbulkan masalah. Kenapa baru sekarang barulah nak menggunakan nama Allah dalam agama kristian. Kalau dah penganut agama kristian ini percaya kepada Allah maka jalan yang paling senang ialah dengan memeluk dan menganut agama Islam yang sememangnya mengakui hanyalah Allah tuhan sekelian alam. Sebaliknya kristian pula menganggap Tuhan itu terbahagi kepada tiga dan konsep ini tentunya tidak sesuai denganAllah SWT.

Perkara ini perlu dipandang serius oleh pihak kerajaan sekiranya perintah mahkamah telah keluar dan sepatutya pihak mahkamah yang akan membuat keputusan juga memikirkan kemaslahatan umum sebalum membuat sesuatu keputusan dan jangan bias pada mana-mana pihak sekalipun. Ini penting kerana perkara sensitive sebegini jika tidak dibendung akan menimbulkan masalah kepada masyarakat keseluruhannya.

Saya menyeru seluruh kepimpinan pemuda UMNO diseluruh negara yang telah berikrar untuk memepertahankan agama, bangsa dan tanahair supaya bangkit dan berjuang untuk memastikan bahawa perkataan Allah hanyalah boleh digunakan oleh penulisan agama islam sahaja untuk memastikan bahawa sememangnya ISLAM adalah agama RASMI sebenarnya kepada negara yang tercinta ini. Say juga kesal kerana parti pembangkang seperti PKR dan Pas telah menangguk diair yang keruh dengan menyokong tuntutan Herald Tribune demi untuk mendapatkan sokobngan undi pihak berkenaan. Sikap sebegini amatlah dikesalkan kerana agama Islam tidak boleh dijual beli dengan sebarang harga sekalipun. Menggunakan agama sebagai alat untuk kepentingan politik peribadi amatlah dikesalkan .

1 ulasan:

  1. Salam.......

    Lagi hebat bila ada Ulamak @ Tuan Guru(kononnya...) turut menyokong kelulusan tersebut. Ilmuwan Islam sewajarnya memikirkan tentang kemaslahatan (kepentingan)orang awam dalam membicarakan sesuatu pandangan. Jangan syok sendiri! Ingat2lah, bukan semua orang faham macam awak faham (faham ke?). Jika mereka memberi pandangan dengan hanya sedap bercakap, 'politic interest' & populariti, orang awamlah jadi pening! Inikah yang dinamakan keliru lagi mengelirukan, sesat lagi menyesatkan?

    Inilahlah susahnya bila kita merasakan yang kita ni terlebih Islamnya....Islam sangat2, orang lain tak Islam....yelah partinya pun Parti Islam(tinggal nama je!)

    Imam Shafie bila ditanya 'Hal anta Muslim' dia menjawap 'Insya Allah, ana muslim', penuh hati2 dan bimbang akan kedudukan diri disisi Allah! (Tp ada golongan2 tertentu...ni confirm sgt2.... maklumlah syurga tu dia yang gerenti..dia yang luluskan!)

    Kes Kalimah Allah-Herald Tribune ini akan membuka ruang kepada golongan2 tertentu (saya anggap orientalis) untuk 'lebih meminta2', mohon yang lain pulak (biasalah dah dapat betis...!) Ini semua bertitik tolak daripada sokongan dan dokongan daripada manusia2 yang mengganggap dirinya faham sangat2 tentang agama..

    Kita faham kalimah 'Allah', yang berasal daripada bahasa Arab itu merujuk kepada Tuhan Pemilik Langit dan Bumi, sudah digunakkan oleh orang Arab (sebelum kedatangan Islam). Akan tetapi kita rujuklah juga tempat kita berpijak...disitulah langit dijunjung! Kalimah itu kan sinonim dengan Islam keseluruhannya begitulah juga kita di Malaysia!

    Tak kan sama kalimah 'Allah' yang kita ambil dari dalam Al Quran dengan kalimah yang dialih bahasa @ terjemahan semata-mata!

    Betul! Tuhan itu hanya satu(esa!), tapi tak kan sama SEMBAH ALLAH DI MASJID dengan sembah Allah digereja, sembah Allah dikuil atau sembah Allah ditokong...! Siapa yang akan keliru? Kita? Anak kita? Keturunan kita? (memetik dari kata2 bekas Imam Masjid Negara)! Inikah yang dinamakan keliru lagi mengelirukan, sesat lagi menyesatkan?

    Semoga Allah mengasihani hamba2 Nya yang lemah lagi hina ini! Berilah bantuan kepada kami yang sentisa memerlukan-Mu! Amiin!

    Wallahua'lam.......
    Allahu Ahad! Allahus-Samad!

    BalasPadam