Jumaat, 11 September 2009

Lembu oh lembu

Tindakan Peguam Negara dan pihak polis yang begitu cepat melakukan pendakwaan kepada beberapa orang penduduk Syeksen 23 Shah Alam jelas menunjukkan ada sikap double standard dalam menangi sesuatu isu. Dalam suasana isu yang begitu sensitif yang boleh mencetuskan ketegangan tidak sepatutnya Peguam Negera tergopoh gapah dalam melaksanakan tugasnya. Ini kerana isu lembu ini akan dilihat dari sudut yang berbeza jika kita melangkaui batas agama dan tafsiran sempit sesuatu kaum sahaja.

Lembu sememangnya dianggap binatang suci oleh masyarakat beragama Hindu tetapi bagi orang Islam lembu merupakan binatang peliharaan untuk melakukan kerja ataupun untuk dimakan dagingnya Pendek kata sememangnya lembu dipelihara untuk disembelih dan tidak ada kena mengena dengan apa-apa bentuk kesucian sekalipun. Banyak lagi agama lain yang turut menganggap lembu sebagai binatang peliharaan dan ternakan sahaja dan dagingnya boleh dimakan oleh penganutnya.

Oleh yang demikian sebagai Peguam Negara kepada Negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama Rasmi maka saya kira Peguam negara telah pun bertindak diluar batasan apabila dengan tergopoh gapah mengambil tindakan mahkamah kepad beberapa individu berhubung soal kepala lembu ini. Sepatutnya satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan kerana ianya akan menjadi contoh teladan kes-kes akan datang dan boleh dianggap sebagai penanda aras kepada sesuatu kes akan datang. Mungkin juga ada bebrapa insiden sebelum ini yang mencetuskan tindakan membawa kepala lembu ini dan ianya perlu dikaji kerana amat relevan dalam menentukan sebab sesuatu perkara itu berlaku seperti penghinaan terhadap Raja atau sesuatu kaum lain yang terdapat di Malaysia

Oleh yang demikian saya membantah keras tindakan Peguam Negara mendakwa beberapa individu yang terlibat dengan demonstrasi kepala lembu jika kesalahan mereka hanyalah membawa kepala lembu dan memijaknya tetapi jika ada justifikasi lain yang membenarkan saya sememangnya bersetuju kerana demonstrasi itu sendiri bukanlah salah satu budaya Islam yang sebenar...

2 ulasan:

  1. raya korban yang akan datang.. xleh nak sembelih lembu dah ... gara2 kes ni .. kena tukar plak .. kambing ke ... India protes nanti . xpasal2 banyak surat saman bertimbun kat balai..

    BalasPadam
  2. bagan pinang kali26 September 2009 8:23 PG

    LUMBU LU POTONG MAKAN. SERUPA ITU NASI LU MAKAN KASI PIJAK ITU NASI..... BODOR PUNYA OLANG. TADAK OTAK AKAI ADAKAH?

    BalasPadam