Sabtu, 12 September 2009

Pemimpin BN jangan kejar populariti


12/09/2009 11:12am


KUALA LUMPUR 12 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak harus ghairah untuk meraih populariti di kalangan ahli parti sehingga menyebabkan mereka dibenci oleh rakyat.


Pengerusi BN itu berkata, tumpuan utama setiap pemimpin itu hendaklah untuk meraih populariti di kalangan rakyat bagi membolehkan BN menang pada pilihan raya akan datang.


“Populariti di kalangan ahli sahaja dengan menang jawatan dalam parti tidak mencukupi jika parti tidak lagi relevan dan dapat memenangi hati rakyat, ” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.


Sehubungan dengan itu katanya, mulai hari ini beliau telah menetapkan Indeks Prestasi Utama (KPI) yang harus dipatuhi oleh MIC iaitu untuk mendapatkan kembali sokongan masyarakat India di negara ini. - Utusan

Sesuatu yang sesuai di fikirkan dengan baik oleh semua pemimpin parti komponen. Jangan hanya pandai menjaga ahli ahli parti tetapi tidak disukai oleh rakyat dan akhirnya menimbulkan perasaan syok sendiri dan boleh membawa kepada kekalahan dalam pilihanraya. Sebagai ahli parti juga perlu supaya ahli parti memastikan sokongan rakyat juga dan tidak hanya memntingkan diri sendiri sahaj sehingga menyusahkan pemimpin parti kerana lebih banyak usaha dan masa terpaksa dibuat untuk ahli parti sehingga rakyat terabai dan menyebabkan parti kalah dalam pilihanraya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan