Rabu, 30 Disember 2009

Penyakit Berjangkit

Nampaknya sikap kurang ajar penyokong bolasepak negeri serambi Mekah ( iye ke???) yang dibawah rejim menteri besar kelantan kini telah merebak ke rejim Menteri besar Kedah yang kebetulannya dari parti memerintah yang sama dan sealiran. Sikap yang hampir sama dengan taktik yang sama menunjukkan ada latihan tersusun dalam bagaimana untuk melakukan rusuhan jika pasukan negeri sendiri kalah dalam sesuatu pertandingan. tahniah kepada jurulatihnya meraka yang dapat melatih penyokong mereka supaya dapat menggerakan rusuhan tersbut hasil latihan dan tarbiyah yang berterusan melalui ceramah jalana mereka tanpa henti sejak dari selepas merdeka dahulu.

Dalam temubual dengan presiden bolasepak kedah semalam nampak begitu ceria sekali presiden tersebut kerana pengikutnya telah berjaya diasuh supaya setaraf dengan pengikut dibawah tarbiah pemimpin negeri serambi mekah tersebut....tahniah sekali lagi....

Isnin, 28 Disember 2009

PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

Secara ringkas tujuan penubuhan Perkasa ialah untuk menyediakan landasan bagi kaum peribumi untuk menegakkan hak2 mereka tanpa mengira fahaman politik. Perkasa akan bertindak sebagai badan berkecuali untuk menangani isu2 semasa yang membabitkan pribumi e.g soal kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dll.


Cadangan nama asal “Pertubuhan Pribumi Perihatin (PERIHATIN)” telah diubah kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) setelah ada yang hadir mengatakan nama PERIHATIN telah pun digunakan oleh pertubuhan terdahulu.


Di akhir majlis, Dato’ Ibrahim Ali telah dilantik sebagai Presiden dan Dato’ Fuad Hassan sebagai Timbalan Presiden pro-tem committee sehingga lah mesyuarat agung pertama diadakan dalam masa sebulan.


1.0 LATAR BELAKANG



1.1 Selain daripada Sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, sejarah Melayu baru belum sempat merasai nikmat kebangitan tamadunnya yang panjang semenjak mencapai kemerdekaan. Gagasan penjajahan yang memaksa bangsa itu menerima hakikat kompromi sosio-ekonomi-politik, kini mulai merasakan kesan hubungan yang akan menjadi corak kestabilan Malaysia.



1.2 Pribumi berkeyakinan “kompromi paksaan” itu tidak wajar meleburkan hak dan identiti bangsa teras sebagai pra-syarat muafakat bangsa Malaysia baru. Corak perubahan kuasa pribumi akibat persaingan sengit politik yang mengatasi semangat permusyawarahan, merungkai kekuatan teras bangsa ini sehingga bakal menjadi serpihan-serpihan pribumi yang lemah dan hilang kuasa tawar menawar.



1.3 Fenomena penjajahan bentuk baru datang pula menyergah dengan memaksakan liberalisasi dan globalisasi disaat belum pun sempat bangsa pribumi ini memperkukuhkan sendi-sendi Agama, ekonomi, budaya, nilai dan jatidirinya. Kewujudan talibarut penjajah baru di kalangan pribumi sendirilah yang mempengaruhi pemikiran generasi baru Melayu kearah pemikiran global dan universal sehingga hilang “rasa bangsa” dan “rasa agama” serta beradat budaya sendiri. Kaum-kaum pendatang kemudiannya, yang memiliki akar-umbi kuat dari tamadun negara asalnya, dalam kebebesan dan kepelbagaian Malaysia, terus rakus mempastikan penaklukan ekonomi dan seterusnya mencabar kuasa politik prinbumi yang menjadi satu-satunya tunggak kestabilan Negara.



1.4 Tidak banyak Negara didunia yang memiliki komposisi kaum yang unik seperti Malaysia dapat kekal lama mengharungi konflik dan percaturan hubungan kaum majoriti terhadap minoriti. Hanya dengan pemahaman dan penerimaan terhadap sejarah perjuangan bangsa, tolenransi dan muafakat kaum pribumi serta penghormatan perjanjian social oleh kaum-kaum lainnya barulah usaha membangunkan bangsa Malaysia mengikut acuan yang tersendiri akan berjaya.



1.5 Diatas kesedaran inilah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia yang didaftarkan oleh pendaftar pertubuhan pada 12hb September, 2008, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, bertekad untuk menyedarkan kealpaan bangsa terhadap hak dan tanggungjawab mereka dari kemunduran yang berselimutkan kemajuan. PERKASA bertanggungjawab bagi melindungi hak-hak ini untuk diwariskan kepada generasi pribumi khususnya dan Malaysia umumnya supaya hidup aman dan kekal sepanjang zaman. Hak-hak bangsa pribumi yang dilindungi perlembagaan hanyalah dapat kekal selama “angka” kerusi TERAS politik pribumi dapat terus bertahan dalam jumlah yang mencukupi dan tidak berpecahbelah.



2.0 TUJUAN PENUBUHAN PERKARA (FASAL 4)



2.1 Memperkasakan Islam Sebagai Agama Persekutuan


2.2 Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan


2.3 Memperkasakan Kedaulatan Raja-Raja Melayu


2.4 Mempertahankan hak-hak keistimewaan Orang Melayu


2.5 Memperkasakan kaum Pribumi


2.6 Menyatupadukan kaum Pribumi dan perpaduan rakyat Malaysia

2.7 Mempertahankan kedaulatan Negara



AHLI JAWATANKUASA PENAJA PERKASA



Presiden Dato’ Ibrahim Ali


Timbalan Presiden Dato’ Fuad Hassan


Naib Presiden Datuk Ruhainie Ahmad


Naib Presiden Datuk Hj. Shuaib Hj. Lazim


Naib Presiden Dato’ Mokhtar Samad


Setiausaha Agung Syed Hassan Syed Ali


Pen. Setiausaha Agung


Bendahari Datuk Abd. Rahman A. Bakar


Ketua Penerangan Datuk Ruhainie Ahmad



Ahli Jawatankuasa Salahuddin Hisahm


Mohd. Rozal Abd. Rahman


Mohd. Radzi Mustafa


Hjh Foziah Dato Nawawi


Raizul Azmi Zulkeply


Yusof Merah


Ahmad Jaddawi Ghazali


Selamat Saimon

Daud Ibrahim


Raizul Azni Zolkepli


Wan Ahmad Talib


Kpt. Don Abdullah


Hanisha Izaireen


Zanuddin Salleh


Jismi Azahari Johari




MUAT TURUN BORANG PERKASA

SUMBER : http://www.pribumiperkasa.com/perkasa/

Ahad, 27 Disember 2009



Antara tuduhan penjahat dan jahat



Utusan Malaysia dituduh akhbar yang mengapi-apikan sentimen perkauman yang boleh menggugat keharmonian kaum. Lebih ekstrem lagi, akhbar ini dilabelkan sebagai penjahat. Jika akhbar itu penjahat bermakna wartawan, kolumnis dan juga penulis akhbar ini juga penjahat.


Persoalan saya, apakah akhbar tabloid parti ultra kiasu dan parti-parti politik perkauman lain dan mereka yang bersekongkol tidak jahat?


Parti ultra kiasu dan kuncu-kuncunya bukan sahaja jahat, tetapi terang dan nyata lagi berniat jahat dengan menolak kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan serta mencabar perkara-perkara sensitif yang telah dipersetujui bersama. Rakan sekutu parti ultra kiasu langsung tidak berani bersuara kerana takut hilang sokongan.


Bila mereka tidak dapat apa yang dihajatkan maka gagasan 1Malaysia akan dijadikan hujah mendapatkan simpati. Rakan-rakan perkauman mereka dalam komponen Barisan Nasional (BN) sebenarnya mempunyai pendirian yang sama. Mereka pandai berstrategi. Ultra kiasu menyalak di luar, di dalam rakan-rakan mereka menjalankan kerja. Mereka sebenarnya senada. Cuma kita masih terlepas pandang.


Saya tidaklah menyatakan bahawa Utusan Malaysia semuanya baik. Tidak ada sesuatu yang sempurna di dunia, kecuali Allah SWT dan Rasul-Nya. Ingatan saya kepada ultra kiasu, janganlah gajah depan mata tidak nampak, kuman seberang laut jelas kelihatan. Berpada-padalah dalam memberikan pandangan. Jangan asyik nampak kesalahan orang lain, tanpa muhasabah diri.


Dalam memahami politik Malaysia, isu-isu perkauman dibangkitkan untuk mendapatkan sokongan politik dan menyedarkan kaum masing-masing siapa mereka dan apa yang sepatutnya diperolehi. Manakala isu-isu sensitif dibangkitkan untuk mendapatkan hak sama rata dan sama rasa bagi kumpulan ultra kiasu. Mereka tahu perkara ini tidak boleh dibangkitkan secara terbuka kerana ia boleh dikenakan tindakan di bawah akta hasutan. Mereka sengaja mahu menguji UMNO yang ketika ini berada dalam keadaan agak tertekan disebabkan tidak mendapat majoriti dua pertiga dalam Parlimen dan perpecahan Melayu Islam.


Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti tahu bahawa konsep sama rata dan sama rasa tidak menepati kehendak Perlembagaan Persekutuan, walaupun konsep Malaysian Malaysia yang selalu dilaung dan didesak oleh parti ultra kiasu. Ingat, agama Islam agama majoriti masyarakat negara ini. Jika ada 'kelebihan' pada agama Islam, ia bukanlah satu diskriminasi kerana selaku majoriti, Melayu Islam berhak, apatah lagi ia telah dipersetujui melalui kontrak sosial. Tidak perlu dipertikaikan atau dituduh tidak adil.


Untuk mengelakkan daripada parti ultra kiasu ini menjadi bertambah jahat, setidak-tidaknya kita mesti menggariskan formula bagi menyelesaikan kejahatan ini. Formula saya adalah berasaskan kepada pecahan statistik agama dan bangsa di negara ini. Mengikut bancian tahun 2000, anutan agama rakyat Malaysia adalah seperti berikut 60.4 peratus Islam, 40 peratus bukan Melayu (12 peratus-Buddha-Taoisme- Konfusius, 9 peratus Kristian, 6 peratus Hindu, 3 peratus lain-lain). Formula ini boleh diaplikasikan dalam konteks kehidupan bernegara termasuk hak-hak beragama dan sambutan perayaan setiap kaum, bagi mendapatkan keadilan. Formula ini menepati sebahagian maksud keadilan dalam Islam yang membawa maksud meletakkan sesuatu pada tempatnya walaupun tidak sepenuhnya.


Atas dasar toleransi, formula ini boleh dikatakan langsung tidak diterima pakai, sama ada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial.


Saya fikir, umat Islam di negara ini amat berlembut dan bertoleransi tinggi. Upacara perayaan keagamaan dan kematian begitu beradab serta mudah. Jalan raya tidak sesak. Kuburnya begitu kecil.


Formula yang saya sebutkan perlu dijadikan panduan. Adakah adil bila mana bilangan orang bukan Islam tidak ramai, tetapi kubur mereka menenggelamkan kubur orang Islam. Pernahkah kita bertanya pandangan orang Islam dan sensitiviti mereka? Mereka yang mempunyai wang akan membina kubur setinggi-tinggi dan seluas-luas serta secantik-cantik kubur dengan patung-patungnya yang didirikan saujana mata memandang. Sedangkan kubur orang Islam, apa jua kedudukannya, kuburnya amat sederhana kerana Islam tidak percaya kepada reka bentuk kubur. Tiada kubur pun tidak ada masalah. Apa yang penting ialah iman dan takwa yang dibawa ke alam kubur atau barzakh.


Contoh lain, seorang profesor Kristian di tempat kerja saya berhujah dengan saya baru-baru ini. Katanya, hak beragama mesti berasaskan formula sama rata sama rasa. Antara contoh yang diketengahkan ialah jika ada kelas baca yasin dan solat Jumaat untuk pelajar-pelajar Islam, maka pelajar Kristian mesti diberikan hak yang sama untuk mempelajari agama mereka dan membawa paderi masuk.


Bacaan


Saya katakan kepada beliau, bacalah kitab masing-masing ketika itu, lagipun bacaan yasin dan solat jumaat bukanlah 'kelas agama' ia adalah tanggungjawab individu Islam. Kalau ada kelas agamapun untuk orang Islam, tidak semesti orang bukan Islam sama keadaannya. Tambahan pula, bilangan pelajar Kristian atau bukan Islam amat sedikit bilangannya, cukup dengan kemudahan yang telah disediakan selama ini. Profesor ultra kiasu ini dengan nada beremosi mengatakan itulah adalah hak mereka yang mesti ditunaikan. Saya jawab, apakah hak mereka selama ini tidak ditunaikan? Apakah kita pernah menghalang mereka untuk ke gereja setiap hari ahad? Jangan bandingkan dengan umat Islam kerana cara ibadat kita berbeza. Keperluan kita berbeza. Begitu juga dengan keperluan sembahyang jamaah.


Justeru, konsep sama rata dan sama rasa hendaklah berasaskan formula yang telah digariskan dalam Perlembagaan dan pecahan kaum (agama). Marilah kita melakukan perubahan sebelum terlambat. Jangan akhirnya nanti agama kita merempat di bumi sendiri. Ketika itu sudah terlambat.


Lihat pula dalam toleransi politik. Terbaru, Gerakan begitu marah dengan cadangan UMNO agar kerusi pengerusi BN digilirkan di Pulau Pinang kerana UMNO mempunyai kerusi majoriti. Pengerusi Gerakan dan BN Pulau Pinang berkata, kerusi pengerusi BN telah disandang selama 35 tahun. Kenapa perlu diserahkan kepada orang lain? Persoalan saya, jika UMNO boleh korbankan kerusi parlimen Gerik, kenapa tidak Gerakan? Siapakah yang lebih bertoleransi dan bersifat memberi?


Saya masih ingat, setelah sekian lama UMNO bertanding di parlimen Gerik, kawasan majoriti Melayu, tiba-tiba kerusi itu diserahkan kepada Gerakan. Bekas Menteri Besar Perak ketika itu sedih untuk melepaskan kerusi tersebut. Tetapi disebabkan oleh semangat setiakawan dan kerjasama dalam BN, UMNO terpaksa tunduk dan patuh dengan menyerahkan kerusi Gerik kepada Gerakan. Majoriti Melayu terpaksa mengundi bukan Melayu (Gerakan) walaupun pahit. Inilah sifat mulia Melayu Islam. Adakah toleransi ini dihargai? Ibarat anjing menggigit tuannya, masihkah kita ingat bahawa Ahli Parlimen Grik Gerakan inilah yang mengeluarkan kenyataan bahawa Melayu itu juga adalah pendatang?


Kenapa Gerakan terlalu kuat menentang? Mereka takut selepas ini kerusi Ketua Menteri akan terlepas kepada UMNO jika ditakdirkan BN memerintah semula. Pokok pangkalnya semua kuasa, kuasa, kuasa dan sikap ultra kiasu. Semua meletakkan kepentingan bangsa di hadapan bukannya kepentingan nasional. Kalau inilah cara pembawaannya, saya fikir, gagasan 1Malaysia terlalu jauh untuk dicapai. Ia hanya akan diperalatkan oleh mereka bersikap musang berbulu ayam dan gunting dalam lipatan. Pada mereka kuasa bangsa mesti dipertahankan walaupun apa jua alasan dan cabaran mendatang. Persoalan saya, siapakah yang sebenar penjahat dan lebih jahat?


Jumaat, 25 Disember 2009

SUBSIDI MINYAK MILIK SEMUA RAKYAT

Tidak perlu ada mekanisme baru dalam pemberian subsidi minyak oleh kerajaan. Jika niat pengubahsuaian subsidi minyak untuk membezakan antara warganegara dan bukan warganegara maka mungkin perlu satu bentuk mekanisme untuk mengatasi masalah tersebut. namun untuk kerajaan membezakan antara rakyat berpendapatan rendah dan tinggi dari segi subsidi minyak rasanya tidak lah begitu adil kepada rakyat.

Sebagaimana yang kita tahu bahawa rakyat berpendapatan tinggi terpaksa membayar cukai pendapatan yang tinggi dan kebanyakan juga menggunakan minyak petrol pad akaar yang banyak ddan ini akanmenyumbang balik kepada industri minyak negara. Tidak timbul soal subsidi yang banyak kerana ianya telah diatasi oleh harga minyak yang tinggi jika penggunaannya tinggi. Sebaliknya Rakyat berpendapatan rendah pula terutama penduduk kampung dan desa yang kurang penggunaan minyaknya ( bukan semua orang kampung susah ) juga tidak akan begitu merasa dengan subsidi minyak yang diperolehi kerana penggunaan yang sedikit sahaja.

Perbezaan harga ini akan memberi kesan kepada industri jika harga minyaknya lebih tinggi dan ini akan memberikan kesan kepada harga barangan. Seterusnya kenaikan harga barangan ini akan memberikan kesan kepada pengeluaran dan juga barangan akhir pengguna akan naik. Akhirnya pengguna tak mengira berpendapatan tinggi atau rendah akan menerima kesan kenaikan harga barang dan kesan subsidi untuk mengurangkan beban rakyat tidak akan memberi kesan kepda rakyat.

Sesuatu perkara atau dasar yang hendak dilaksanakan mestilah dikaji dengan baik dan sempurna terutamanya kesan yang akan ditanggung oleh penguna iaitu rakyat sendiri. Jangan hanya kerana mengejar NKRA dan KPI maka slogan Rakyat Didahulukan hanyalah retorik semata-semata sahaja. Ingatlah rakyat sentiasa menilai dan zama untuk kerajaan melaksanakan dan rakayat mengikut sudah berakhir kerana kini rakyat juga sudah celik dan mempunyai maklumat yang banyak. Jangan hanya kerana setengah pegawai kerajaan yang ingin mendapat kenaikan pangkat yang cepat dengan mencadangkan kepada kerajaan supaya dikurangkan perbelanjaan kerajaan. Maka akhirnya yang menjadi mangsa ialah rakyat jelata dan yang lebih malang lagi apabila pegawai tersebut nanti yang lebih-lebihnya menentang polisi kerajaan walhal beliau sendiri terlibat tetapi memekakkan telinga dan memejamkan mata hanya kerana kepentingan peribadi semata.

Khamis, 17 Disember 2009

SALAM AWAL MUHARAM KEPADA SEMUA..SEMOGA TAHUN 1431 HIJRAH AKAN MEMBERIKAN KITA MASA DAN RUANG YANG DIPERLUKAN UNTUK MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH SWT...