Rabu, 4 Mac 2009

ISU SEMASA FELDA

Ada sesuatu yang tidak kena dengan pentadbiran Felda ketika ini. Sebagai agensi yang terlibat dengan hamper seratus peratus orang melayu bumiputera sepatutnya Felda lebih sensitif dalam menjaga kebajikan peneroka. Ini kerana Felda telah diamanahkan mengusahakan ladang sawit terbesar dalam Malaysia dengan keluasan tanah ribuan hektar yang diberi oleh pihak kerajaan. Antara tujuan utama Felda diujudkan juga adalah untuk memastikan rakyat (Peneroka ) memiliki tanah untuk kediaman dan juga ladang untuk menyara kehidupannya. Dengan sistem rancangan yang ada bolehlah dikatakan Felda mampu untuk mentadbir dengan baik kawasan kediaman dan juga ladang. Namun sejak akhir-akhir ini banyak rungutan yang didengar dari pihak peneroka, keluarga peneroka yang merungut tentang beberapa isu di felda yang memerlukan pembelaan yang sewajarnya. Isu Kediaman generasi baru felda telah berkumandang sejak beberapa lama dan belum ada penyelesaian yang konkrit yang dicadangkan oleh Felda. Walaupun ada beberapa cadangan yang dibawa oleh pemimpin tempatan dan juga masyarakat felda sendiri masih belum ada cara terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut. Tambahan pula rumah bantuan dari SPNB juga tidak dapat dipohon untuk dilaksanakan di tanah kediaman asal peneroka kerana geran GSA yang melarang geran tesebut dari digadai oleh pihak SPNB. Sepatutnya satu mekanisma baru perlu diujudkan supaya rintihan anak-anak peneroka untuk memiliki rumah sendiri ini akan tercapai.

Masalah layanan berbeza antara peneroka yang bersama felda dan peneroka yang mengusahakan sendiri juga tidak kurang kedengaran dimana-mana rancangan felda. Ramai peneroka yang mengusahakan ladang sendiri merungut kerana terdapat beberapa perkara seperti bantuan felda untuk membesarkan rumah, bantuan anak sekolah, jemputan program tidak dapat dirasai oleh golongan yang mengusahakan sendiri ( Sebahagian bukan semuanya begitu ). Namun tidak kurang juga kedengaran kadang-kadang peneroka sendiri yang begitu angkuh apabila harga sawit naik dengan menunjuk-nunjuk kepada peneroka yang bersama dengan felda. Ini juga perlu diselesaikan.

Bagi mengatasi masalah tersebut , cara terkini yang felda lakukan ialah dengan memperkenalkan system paysheet yang mana semua urusan jualbeli buah bagi semua peneroka hendaklah dibuat melalui felda tidak kira samada mengusahakan sendiri ataupun menyerahkan pada felda. Dengan cara ini semua potongan bayaran yang dikenakan pada peneroka yang bersama dengan felda akan dapat dikenakan pada peneroka yang mengusahakan sendiri. Ini akan membolehkan peneroka tersebut mendapat semua manfaat yang diperolehi seperti orang lain yang menyerahkan ladang bersama dengan felda.

Akibat daripada pengenalan system paysheet ini pula menimbulkan beberapa kerumitan apabila wang tahanan yang dikenakan terlalu tinggi sehingga 30% daripada jumlah sepatutnya yang diterima oelh peneroka tersebut. Jumlah yang terlalu besar yang ditahan ketika ini dengan hasil buah sawit yang rendah harganya amat menyukarkan peneroka untuk menampung kehidupannya ditambah lagi dengan kemelesetan ekonomi ketika ini. Seterusnya juga peraih-peraih buah luar juga tidak dapat berniaga kerana semua buah dihantar melalui kilang felda sendiri. Ramai juga diantara peraih ini adalah golongan peneroka sendiri dan tindakan sebegini terus menimbulkan kemarahan masyarakat kepada felda. Terdapat juga pegawai-pegawai felda yang bertindak terangan yang berkempen sepanjang masa untuk parti politik ( terutamanya parti PAS ) dan juga menyalahgunakan kemudahan dipejabat untuk kepentingan parti. Tindakan sebegini akan menimbul kan kemarahan rakyat dan juga boleh mengurangkan sokongan kepada kerajaan sekiranya kempen dijalankan oleh pegawai terbabit yang mempunyai kuasa untuk mempengaruhi masyarakat peneroka.

Sistem paysheet yang ini perlu dirombak semula supaya ianya tidak membebankan peneroka dalam suasana ekonomi ketika ini. Kita bimbang hasrat murni kerajaan ( terutamanya YAB DATO’ Seri Najib ) untuk memastikan golongan peneroka hidup selesa akan terjejas dengan perkara –perkara yang sepatutnya dalam pemantauan pentadbiran felda dari peringkat tertinggi hingga rendah.

Yang menjadi masalahnya ketika ini ialah walaupun dasar-dasar ini ditetapkan oleh felda tetapi yang menerima calarnya dan juga dipersalahkan ialah UMNO. Sebagai parti yang memerintah sepatutnya UMNO menegur dan membetulkan perkara ini. Saya berharap agar kepimpinan UMNO yang mempunyai hubungan dengan Felda supaya segera menyiasat tentang masalah yang perlu ditangani segera di Felda supaya ianya tidak menjadi nanah dikemudian hari. Bukanlah penulisan ini bertujuan untuk menyalahkan sesiapa tetapi perlu kerjasama semua untuk menyelesaikan masalah. Sekadar demontrasi tanpa cadangan alternatif yang sesuai hanyalah akan memburukan keadaan.

Sepatutnya tidak timbul soal pembangkang dalam rancangan felda ini kerana perjuangan untuk menubuhkan felda ini adalah dari penat lelah dan usaha kepimpinan UMNO dan ianya terus menerus diperjuangkan sehingga ke hari ini. Namun usaha harus dipertingkatkan untuk memastikan felda sentiasa dilandasan yang sebenar iaitu membela kebajikan pesertanya dan dalam masa yang sama menjaga imej korporatnya sebagai firma ladang terbesar didunia. Untuk itu usaha-usaha perlu dilaksanakan oleh kepimpinan UMNO dan ianya tidak perlu dipandang serong oleh pihak pengurusan felda kerana kerjamasa yang baik akan membuahkan hasil yang baik.

7 ulasan:

  1. semua pihak harus benar2 mahu menambah baik kan permasaalahan keluarga felda. jgn biarkan DSN keseorangan. bermula dari pengurusan felda, kaki tangan felda , peneroka felda, masyarakat felda, individu atau kumpulan yg ada kaitan dgn felda harus bermuhasabah diri. yg penting jalankan tanggungjawab di tahap mana kita berada sambil berharap yg lain juga melaksanakan perkara yg serupa. insyaALLAH kita akan berjaya. kita sudah tiada masa, majulah dgn gagah perkasa, janganlah terlalai, teruskan usaha....................di nusantara.

    BalasPadam
  2. peruntukan untuk tanah rancangan felda pun bergantung pada berapa ramai peneroka yang menyertai felda...

    ini menunjukkan ketidakadilan pemerintahan felda yang telah membenarkan peneroka yang dahulunya diberi peluang untuk menanam sendiri dan akhirnya dianak tirikan...

    BalasPadam
  3. peneroka felda ni memang jenis tak sedar diri...

    macam-macam dah kerajaan tolong org2 felda tapi masih tak reti-reti nak bersyukur. ada je tak betulnya kerajaan. masuk felda je dapat rumah dapat ladang. itu pun kerajaan tak betul ke? masih juga nak jadi pembangkang kerajaan barisan nasional.

    saudara amin selaku tok penghulu jengka, pegawai yang diberi tanggungjawab terhadap rakyat felda di jengka tolong-tolong lah beri nasihat pada rakyat felda yang tak sedar diri tu...

    apa yang peneroka-peneroka ni nak sebenarnya??

    nasib rakyat felda ni jauh lebih baik dimanjakan kerajaan bn kalau nak dibandingkan dengan warga kampung tradisional yang semakin menghampiri era kepupusan... harap pengerusi biro yang menjaga hal ehwal kg tradisional pemuda maran berbuatlah sesuatu untuk memajukan kampung2 tradisional yang nampak lesu je...

    malas nak cakap la....

    -----------

    Budak Cenor

    BalasPadam
  4. Salaam.....

    Khas untuk yang suka bangkang, jenis suka taki... senang cakap... jenis pembangkang & sekutu2nya! Sama ada dalam Felda @ luar Felda!

    Biasalah memang manusia jenis ni sgt mudah lupa! Melayu lupa juga....tapi jenis ni, lagi teruk lupanya........! Jenis kaduk! Jenis kulit..belaka!

    Teringat cerita P.Ramlee....Anak Bapak, bila A.R Tompel cakap......."Kalau asyik bangkang je bila nak abis". Tapi kalau jenis hati perut pembangkang ni memang macam tu......

    Macam yang dijelaskan dlm surah Al Baqarah, tentang kaum Nabi Musa & penyembelihan lembu....banyak tanya, banyak soal...bunyi macam nak buat sangat...hasilnya..lu pikirlah sendiri.....Assalaamua'laikum......!

    BalasPadam
  5. senang je masa dulu nak minta masuk FELDA ada tak cakap dia tak sokong kerajaan? semua sokong tapi bila kerajaan dah tolong tikam kerajaan dari belakang mcm lepaskan anjing tersepit. kenapa nak jadi munafik kemudahan semua nak amik tapi membelakangkan kerajaan. kalau tak suka kerajaan jgn amik kemudahan yang kerajaan offer. kalau berani buat berani tanggung je....

    BalasPadam
  6. assalamualaikum...
    pada pendapat saya mungkin masyarakat felda belum bersedia dgn pembaharuan.( anjakan paradigma).mungkin hanya segelintir peneroka dikalangan 1st hand..tapi itu boleh di ubah ...masalahnya apa yg saya nampak ialah org tgh sebenarnya yg empunya angkara kerana felda seolah2 menutup pintu rezeki mereka....dan org tgh lah yg menghasut pelanggan mereka ( peneroka yg menjual sawit kepada org tgh. apa yg saya tau mpob telah menghentikan pembaharuan lisen mereka...walaupun org tgh ini mempunyai kontrak dgn felda sampai bila2... ini juga termasuk penimbang2 haram di sekitar kawasan felda harus ditutup..barulah peneroka akan melalui jln yg lurus...bg saya hasutan org tgh itulah dalangnya....warga felda pada mulanya tidak begitu...jadi lupikir lah sendiri...

    BalasPadam
  7. dulu belum ada hak milik = ikut je cakap pegawai/ Felda

    bila dah ada hak milik = mula rasa 'kepunyaan'.

    tak boleh salahkan peneroka atau pegawai, mungkin perubahan berlaku agak pantas dan tak mampu diimbangi dengan pengetahuan agama dan pengetahuan semasa

    BalasPadam