Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah walaupun agak terlewat pada saudara Khairy Jamaluddin yang telah terpilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang baru dan juga kepada Dato' Razali Ibrahim selaku Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Walaupun keputusan ini mendapat reaksi yang negatif dikalangan ahli dan rakyat diakar umbi tetapi keputusan rasmi telah pun diperolehi. Kj telah diisytiharkan sebagai pemenang kerana memperolehi undi yang tertinggi dikalangan tiga calon yang bertanding. Walaupun secara keseluruhannya undi yang diperolehi oleh KJ tidaklah menunjukkan majoriti tetapi kerana sistem pengundian yang mengesahkan undi yang tertinggi sebagai pemenang, maka KJ telah pun mendapat manfaat dari sistem tersebut.
Ramai dikalangan ahli pemuda diMaran secara keseluruhannya agak kecewa dengan keputusan ini tetapi kerana sistem pengundian yang sebegitu rupa dan pemilihan undi seramai 304 ahli perwakilan yang menentukan kemenangan tersebut , maka wajarlah ahli akar umbi menerima keputusan tersebut dengan seadanya. Bagi diri saya dan juga perwakilan dari Maran yang telah sedaya upaya untuk memastikan Dato' Seri Khir Toyo menang terpaksa menerima keputusan itu walaupun pahit. Sebagai seorang ahli yang menerima prinsip demokrasi dan pertanding saya menerima dengan akur keputusan tersebut dan akan cuba memberikan kerjasama sebaik mungkin kepada Kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia yang baru. Ini amat penting kerana pertandingan yang diadakan adalah bersifat kekeluargaan dan persefahaman dan bukannya untuk mencari salah sesiapa. Oleh yang demikian saya menyeru seluruh ahli Pemuda terutamanya di Maran menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka kerana apa yang penting adalah untuk memastikan Pergerakan Pemuda akan dapat memulihkan sokongan orang muda kepada Parti Keramat ini.
Sekalung tahniah kepada Dato' Razali Ibrahim yang telah berjaya menduduki kerusi Naib Ketua Pemuda dan sememangnya Pemuda Maran akan menyokong penuh sebarang usaha Dato' dalam usaha pemulihan sokongan pemuda diperingkat akar umbi. Pergerakan Pemuda UMNO Maran amat berbangga kerana telah membuat keputusan yang tepat apabila mencalonkan YB dato' dan juga menyokong YB dato' sehingga beroleh kemenangan. hanya satu harapan janganlah YB Dato' lalai dan alpa dengan kemenangan yang diterima tetapi sebaliknya sentiasalah berusaha untuk kemantapan organisasi Pemuda.
Seterusnya kepada semua Exco Pemuda UMNO Malaysia diucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas terutamanya Exco dari Pahang iaitu, Saudara Suffian Awang dan juga YB Dato' Wan Amizan Bin Wan Abd Razak. Ingatlah bahawa saudara mempunyai tugas yang berat kerana UMNO kini berhadapan dengan masalah tidak disukai oleh golongan muda dan adalah menjadi tanggungjawab semua Exco untuk memastikan sokongan kembali golongan muda kepada UMNO.
Salam Sdr Amin,
BalasPadamUMNO dan Tranformasi...
Sejujurnya saya masih menunggu untuk melihat ia menjadi realiti, bukan sekadar retorik lagi. Pesanan Presiden kepada pemimpin untuk bertindak demi memantapkan lagi UMNO ke landasan yang gemilang seharusnya menjadi pegangan semua kepimpinan dan ahli UMNO.
Teruskan berjuang demi 'alif, ba, ta'
agama, bangsa, tanahair...
http://rentaka.blogspot.com
walau pun pahit harus di telan juga....
BalasPadamkepada kepimpinan pemuda di seluruh tanah air harus menerima keputusan yang dibuat hasil daripada pemilihan yang dibuat oleh perwakilan dari setiap bahagian.....
kemenangan KJ sebagai ketua pemuda umno malaysia menunjukkan perwakilan bahagian masih memerlukan khidmat beliau walaupun percalonan beliau dikira paling corot berbanding calon ketua yang lain.....
ape pun pemuda harus menerimanya dengan hati yang tebuka dan menganggapnya adalah positif untuk menegakkan parti keramat ini...
walau apa pun hati saya tetap pada khir toyo...apa nak jadi jadi la... pemuda berani..kali ini jebat menderhaka...
BalasPadamSalam,
BalasPadamKonsep perwakilan yg saya faham....
Mesyuarat peringkat bahagian memilih beberapa orang untuk membawa harapan akar umbi bahagian itu. Pencalonan telah dibuat. Pewakilan yg dipilih tiba di pusat. Memilih pucuk pimpinan berdasarkan harapan bahagian yg diwakili atau agenda peribadi? Amanah menjadi keutamaan? Adakah apabila pewakilan tiba di pusat, dia lebih 'mengenali' orang yg patut dipilih? Akar umbi tak kenal? Tak mengapalah, akar umbi ibarat akar pokok - berada dalam tanah. Tak nampak. Tapi, fikirlah musim akan datang. Setiap ahli ada undi ketika musim ke 13 akan datang. Adakah kita mahu membela nasib akar umbi atau menjaga hati pucuk pimpinan?
Metafora...
Ibarat kita meminta bantuan rakan meminang anak dara untuk kita. Rakan kita pergi dengan hati terbuka kerana kita percayakannya. Tiba di rumah anak dara itu, dia gagal tunai amanah. Malah dia meminang anak dara itu untuk dirinya sendiri!
Salam hormat...