Ahad, 15 Mac 2009

Kerajan Campuran

Apabila mendengar cadangan Haji Hadi untuk mengadakan kerajaan campuran saya mengambil sedikit masa untuk memikirkannya dengan sebaik-baiknya. Setelah saya memikirkan sedalamnya sepatutnya kerajaan campuran ini tidak diperlukan sama sekali. Kalau menoleh kebelakang selama lebih 50 tahun sejak penubuhan PAS pada tahun 1951 yang sentiasa pada setiap masa menikam UMNO dan kerajaan. Apa sahaja yang dilaksanakan oleh Kerajaan UMNO sentiasa ditohmah, diserang habis-habisan dan dikutuk seolah-olah tidak ada sebarang kebaikan kepada kerajaan UMNO selama ini. Seterusnya apabila menguasai negeri Kelantan dan berjaya memerintah tetapi malangnya gagal memajukan negeri sehingga menyebabkan Kelantan menjadi negeri yang miskin sehinggakan rakyatnya terpaksa keluar mencari rezeki dinegeri lain sekitar tahun 60an.

Justeru UMNO dibawah pimpinan YAB Tun Razak menawarkan PAS untuk bersama Barizan Nasional maka pimpinan PAS ketika itu terus bersetuju kerana mereka amat memerlukan sokongan kerajaan Pusat pimpinan UMNo ketika itu untuk mengatasi masalah kemiskinan dinegeri Kelantan. Tetapi akhirnya kerana ketidak ikhlasan mereka maka pasrti PAS bertindak keluar semula dari Barisan Nasional atas alasan tidak bersetuju dengan dasar UMNO yang memperjuangkan hak-hak orang Melayu yang kononnya tidak sesuai dengan perjuangan PAS.

Bagi saya isunya bukanlah kerajaan campuran ketika ini tetapi ianya sepatutnya bermula dari dulu lagi. Dengan dasar yang sememangnya untuk kesejahteraan rakyat dengan memberikan peluang yang sama rata kepada rakyat sepatutnya menjadikan kerajaan UMNO/ BN sebagai tempat untuk berterima kasih. Bukan dengan cara mengikut membabi buta dan bukan juga dengan cara yang tidak bertamadun seperti berdemontrasi dijalanan sehingga mengganggu masyarakat tetapi dengan cara menyumbang sepenuh tenaga dan ilmu kepada pihak kerajaan yang telah berusaha dengan gigih untuk membangunkan negara. Sejak dari merdeka kepimpinan masa lepas hingga masa kini sentiasa dalam apa juga keadaan sekalipun memikirkan kesejahteraan hidup rakyatnya. Tidak pernah didengar sebarang perbuatan kerajaan rakyatnya yang menginiayakan rakyatnya kecuali jika tindakan tersebut adalah untuk keamanan negara. ( Selagi bergelar manusia maka kesilapan tetap berlaku)

Hasilnya semua rakyat dapat menikmati hasil usaha yang dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN tanpa mengira penyokong kuat parti kerajaan , pembangkang ataupun rakayat atas pagar tidak pernah dibeza-bezakan. Malahan saya melihat ramai anak-anak pemimpin pembangkang dapat belajar dengan aman dan menikmati semua kemudahan yang disediakan oleh kerajaan UMNO sehingga ke peringkat tertinggi. Malahan bukan sahaja pendidikan, tetapi perniagaan , rumah, tanah, hak, dan apa sahaja yang ditawarkan oleh kerajaan boleh diraih oleh semua rakyat jelata. Namun yang pasti dan harus difahami oleh semua ialah kehendak manusia adalah tidak terbatas tetapi sumber yang ada adalah terbatas. Maka kerajaan memerlukan masa untuk menyelesaikan semua masalah rakyat.

Oleh yang demikian adalah sesuatu yang amat nantikan apabila rakyat yang telah diberikan segala kemudahan untuk memajukan diri akhirnya kembali bersama dengan kerajaan yang telah menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyatnya. Tetapi malangnya akibat daripada faktor luaran seperti fitnah dan juga sikap tidak bertanggung jawab pihak pembangkang menyebabkan situasi yang diharapkan tidak berlaku malahan sebahagian daripada rakyat tadi dipesongkan pemikirannya untuk menjatuhkan kerajaan yang telah berjasa kepadanya tanpa memikirkan akibatnya.

Sebenarnya tidak perlu kerajaan campuran ini diwujudkan sekiranya parti pembangkang yang tidak bertanggungjawab seperti PAS dan DAP tidak bertindak sebagaimana sepatutnya dengan membangkang semua tanpa memberikan input yang baik. Sebaliknya hanya bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan yang ada dengan apa cara sekali pun. Oleh yang demikian kerajaan campuran ini tidak perlu kerana pasti ianya telah terlambat dan rakyat ketika ini sudah mula berpecah belah akibat politik jahat pembangkang yang didalangi oleh pertualang negara seperti ANWAR yang amat sukar untuk dipulihkan ketika ini.

1 ulasan:

  1. kerajaan campuran boleh di adakan sekiranya pimpinan pas betul2 ikhlas berjuang demi ISLAM. tetapi dgn pimpinan pas masa kini ia nya pd hemat saya tidak boleh berlaku kerana sesetengah isu telah menjadi terlalu peribadi.pimpinan pas yg merasakan mereka lebih islamik tetapi dlm masa yg sama menyerang ahli/pemimpin UMNO dgn sumpah seranah dan fitnah tidak memungkin kan ianya berlaku. byk perkara yg pas perlu lakukan utk di terima oleh UMNO.

    BalasPadam