Ahad, 8 Mac 2009

MATLAMAT MENGHALALKAN CARA

Nampaknya negara Malaysia yang begitu aman dan tenteram suatu ketika dulu tidak lagi akan aman dan harmoni. Insiden petang tadi jelas menunjukkan bahawa pada hari ini rakyat tidak lagi berada dalam keadaan selamat. Melihat kepada sikap ganas para penunjuk perasaan yang membantah PPSMI menjadikan saya begitu takut dengan budaya samseng yang ditunjukkan. Terlihat saya beberapa pemimpin parti politik yang turut serta menjadikan saya tertanya-tanya apakah pilihanraya tidak lagi menjadi tempat terbaik untuk memastikan system pemerintahan kerajaan berjalan lancar. Sikap samseng dan tidak mengikut undang-undang dengan cara bertindak melawan secara kasar pihak polis yang berkawal dan juga menggunakan jalanraya sehingga menyebabkan kesesakan teruk begitu menakutkan saya.

Adakah negara Malaysia ini sudah tidak selamat lagi untuk didiami ketika ini. Kebebasan bercakap dan mengutarakan pandangan tanpa batasan kini menjadi racun yang cukup berbisa kepada masyarakat apabila ianya disebarkan dengan penuh tidak bertanggungjawab oleh pihak media. Ianya sampai kesegenap pelusuk tanahair sehingga menyebabkan berlaku beberapa insiden yang tidak diingini seperti kekecohan diParlimen berkaitan Karpal Singh dan Pemuda UMNO serta persidangan bawah pokok yang dilaksanakan di Perak.

Apakah setelah 52 tahun negara ini merdeka dan berkembang maju di bawah pemerintahan yang ada tetapi atas alas an ingin memerintah dan berkuasa dengan apa cara sekalipun menyebabkan semuanya dibuang begitu sahaja tanpa memikirkan apakah implikasinya yang akan berlaku untuk generasi mendatang. Semangat demontrasi jalanan yang bertindak seperti samseng ini sememangnya antara budaya jahat yang dibawa masuk kenegara ini oleh sesetengah pemimpin yang gila kuasa sehingga sanggup menghuru-harakan negara demi mencapai matlamat politiknya. Usaha gigih dan pengorbanan yang dilaksanakan oleh kepimpinan terdahulu hancur berkecai dalam sekelip mata akibat fitnah dan adu domba yang berleluasa di alam siber dan juga berlindung disebalik ceramah-ceramah agama disegenap pelusuk negeri oleh orang yang mengaku Islamnya lebih dari orang lain.

Menyusuri kembali zaman kegemilangan Kerajaan Khulafa Ar Rasyidin yang hancur berkecai kerana persengketaan sesama sahabat Rasulullah SAW dan sebahagiannya sanggup menggunakan Isteri Rasulullah SAW untuk memerangi Khalifa Islam ketika itu iaitu Syadina Ali. Akhirnya segolongan muslimin ketika itu sanggup menggunakan Al Quran dengan menjunjungnya untuk menghentikan peperangan dan kemudiannya menipu Syadina Ali dalam perundingan sehingga terlantiknya Muawiyah Bin Abi Suffian sebagai Khalifah yang baru. Begitulah hebatnya kesan yang berlaku akibat dari fitnah dan adu domba ketika itu sehingga menyebabkan sesama Islam sanggup menikam saudara seagama dengannya demi kerana inginkan kuasa. Bukanlah untuk menyalahkan mana-mana pihak kerana saya akur semua pihak yang terlibat ketika itu adalah sahabat Rasulullah semuanya dan mereka lebih arif tentang agama dari kita semua ketika ini. Namun rasanya tidak salah kalau kita kembali mengkaji dan memahami sejarah yang berlaku dengan sebaiknya supaya yang baik dapat dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

Amat malang sekali ketika ini teraju pemerintahan yang telah pun di tunjangi oleh orang islam (UMNO ) ketika ini diganggu gugat oleh orang Islam (PAS + PKR) sendiri dan lebih malang lagi apabila ia bersekongkol dengan sekutunya (DAP) orang bukan Islam . Isu PPSMI telahpun saya ulas disini tetapi saya bersedia berkongsi pandangan sekali lagi tetapi yang menakutkan saya ialah apabila kepentingan politik dan menangguk diar keruh tanbpa memikirkan masalah masyarakat menjadikan saya akan menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk menghapuskan PPSMI ini. Kepada pihak Polis yang dipertanggung jawabkan untuk menjaga keamanan negara, pertingkatkan lagi usaha dan tindakan tegas perlu untuk memastikan keharmonian negara. Apalah gunanya kebebasan yang diberi sekiranya negara jadi hancur lebur. Tidak perlu kita berbuat baik dengan orang yang tidak akan menghormati kita semula. Saya menyarankan kepada pihak polis supaya menghentikan permit-permit ceramah dan perhimpunan yang akan menyebabkan negara jadi kucar-kacir akibat fitnah dan adu-domba yang berleluasa ketika ini.

7 ulasan:

  1. Salam..........
    Menangguk di air keruh ini adalah salah satu sifat semula jadi & 'kegemaran' pihak pembangkang! Semua pekara yang datangnya dari kerajaan, tak kira yang baik apatah lagi kalau yang ada kelemahan, mereka2 ini memang gemar mengambil kesempatan, nak cari publisiti & populariti.

    Asal datang dari kerajaan, mereka tak akan 'redha' dan memang minat nak mengadu domba.

    Saya juga tidak terkejut malah menjangkakan 'tindakan2 ganas' mereka yang memang kalau tak melanggar undang2, jadi tak sah, jadi tak lengkap! Ibarat lagu tanpa irama, tempoyak tanpa durian, kalau dah nama pembangkang, tentulah langgar, melawan dan degil ni, hanyalah mainan buat mereka.

    Saya sangat bersetuju kepada saudara bahawa pihak berkuasa perlu meneliti semula sikap golongan2 ini. Bagi betis memang sampai kepeha lah hasratnya. Lagipun yang banyak 'complain' dan hentam pihak penguatkuasa ni memang 'geng2' inilah..... Wallahua'lam.

    BalasPadam
  2. inilah akibatnya apabila pemimpin yg mengambil alih kepimpinan ingin menunjukan kelainan dlm mengurus tadbir negara daripada meneruskan corak kepimpinan sedia ada dengan cara yg drastik dan membabi buta tanpa memikirkan implikasi kepada masyarakat dan negara. apa yg berlaku dlm negara hari ini semuanya adalah atas kesilapan yg beliau lakukan .

    kalau saya bukan org islam /umno pasti saya carutkan pemimpin yg sebegini.

    BalasPadam
  3. Salam perjuangan,
    PPSMI jelas kini sedang dipolitikkan setelah 6 tahun pelaksanaannya. Kini ramai yg mengaku sedang berjuang utk memartabatkan bahasa ibunda. Jika benar ianya sebuah perjuangan, apakah perjuangan memartabatkan bahasa itu hanya sekadar laungan menggila di jalanan? Bagi sebuah dasar yg telah melalui pelaksanaan selama 6 tahun, saya lebih berkepercayaan bahawa jika ada kekurangan, cara terbaik ialah 'to improvise' not to 'eliminate'. Tq.

    BalasPadam
  4. PPSMI?? apa salahnya penggunaannya diteruskan.ini untuk kebaikan pelapis kita akan datang.....nabi pun ckp belajarlah sehingga kenegeri cina...x salah kalau kita belajar...naper takut dengan bahasa melayu hilang?... now dalam iklan kerja pon ada syarat tertera igninkan bahasa manderin...kenapa x dilawan..sedangkan pembangkang ramai cina what?? .pembangkang ingin perjuangkan bahasa melayu tapi kenapa memboikot surat khabar utusan melayu diperak semasa pemerintahan mereka?utusan melayu tu sapa????bahasa melayu masih digunakan x salah belajar byk bahasa.. jadi buka lah seluas-luasnya minda tu wahai pihak yang tidak setuju dengannya,,,.. ini untuk anak2 pelapis yg akan bertarung dgn kehidupan mereka nnt di zaman yang kita sendiri x sempat lihat....jadi lu pikir la sendiri...

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Maaf lari fokus sikit..
    Ini ke calon KP UMNO nanti?
    Marilah kita semua selamatkan UMNO daripada dipimpin oleh pemimpin sebegini.

    http://antikhirtoyo.blogspot.com/
    (Walaupun sumbernya dari pihak pembangkang, tatapi ianya memberi kesan terhadap wibawa bakal KP UMNO kelak)

    BalasPadam
  7. sahabat.. jauhkan lah diri dari fitnah yang nyata...

    BalasPadam