Khamis, 5 Mac 2009

Tua diHormati Muda Disayangi

Jangan marahkan Nyamuk , Kelambu di bakar. Itulah ungkapan yang boleh di katakan kepada Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) apabila secara terang-terangan menyalahkan konsep senior-junior yang ada disekolah sebagai penyumbang kepada masalah gangsterisme di sekolah. PIBGN juga mengatakan bahawa budaya ini juga menyebabkan salah laku yang terpesong seperti msalah seks dan sebagainya. Budaya senior-junior ini bukan satu budaya malah ianya diterap sebagai salah satu proses pendidikan kehidupan dikalangan pelajar di asrama.

Kalu dikaji dan diteliti, konsep ini lebih menyerupai persekitaran dirumah apabila warden dan guru dianggap sebagai ganti ibu bapa dan pelajar yang lebih tua dianggap sebagai abang atau kakak kepada yang lebih muda. Ianya adalah satu hubungan yang harmoni yang mana konsep yang tua dihormati dan yang muda disayangi diamalkan sebagai latihan kepada pelajar tersebut apabila keluar kepada masyarakat nanti. Hubungan yang erat ini akan membantu dari segi perkembangan pendidikan pelajar apabila mereka boleh berbincang dan bertanya dengan mesra untuk menyelesaikan masalah berkaitan pelajaran ataupun hal-hal lain. Inilah sebenarnya konsep yang ingin diterapkan dan sebab itulah majlis suaikenal diadakan supaya hubungan itu akan terjalin dengan cepat dan harmoni.

Namun tidak dapat dinafikan apabila terdapat sebilangan pelajar yang bertindak seolah-olah dialah raja diasrama tersebut dan akan membuli pelajar-pelajar lain yang jauh lebih lemah dan tidak semestinya pelajar junior malah mungkin juga pelajar yang seangkatan ataupun pelajar yang jauh lebih tua daripadanya. Tetapi tidaklah boleh kita salahkan konsep senior-junior ini kerana apa yang berlaku adalah melihat kepada masalah disiplin pelajar itu sendiri. Seharusnya warden-warden uyang bertanggungjawab memantau dengan lebih kerap dan ibu bapa juga harus jujur dalam menyelami perangai anak-anak mereka dan tidak dengan secara melulu menyalahkan warden dan guru akibat dari salah laku yang dibuat oleh anak mereka.

Antara hukuman yang boleh dijalankan dan dirasai masih berkesan ketika ini adalah penggunaan rotan oleh guru. Tidak sepatutnya guru dihalang menggunakan rotan untuk mengajar dan mendisiplinkan pelajar tetapi perlulah guru tadi bertanggungjawab dan tidaklah digunakan tanpa belas kasihan sebaliknya cukuplah sekadar berniat untuk mengajar. Jika cuma sesetengah guru sahaja yang diberi kuasa akan menyebabkan guru-guruyang tidak mempunyai kuasa merotan ini akan hilang penghormatan dikalangan pelajar dan mereka akan berani mempermainkan guru tersebut kerana kuasa yang terhad yang ada padanya.

Yang pasti ialah kerjasama yang mantap dan berkesan serta saling memahami antara satu sama lain diantara guru dan ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik jiwa pelajar . Hubungan yang erat ini akan menyedarkan pelajar bahwa sememangnya kedua-dua pihak iaitu Ibu, Bapa dan Guru benar-benar ikhlas untuk memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang terbaik untuk masa depan yang cemerlang. Dengan adanya hubungan ini akan sekaligus mengurangkan masalah disiplin yang berlaku dan boleh membantu pelajar untuk lebih menumpukan pada pembelajaran mereka.

3 ulasan:

  1. Sdr Amin,

    Rotan? Kalau rasa duit dah banyak nak upah peguam, silakanlah merotan. Masa perbicaraan pulak, ambil cuti tanpa gaji. Siapa sanggup? Ada berlaku ke? Banyak dah...

    Cikgu sekarang dah tiada kuasa "mendidik". Yang tinggal cuma "mengajar". Beza mendidik dan mengajar? Fikirkan...

    Kalau murid cemerlang - pandai murid tu...
    Kalau murid gagal - macam mana cikgu tu ajar?

    rentaka.blogspot.com

    BalasPadam
  2. senior junior tak salah pun..

    yang salah orang yang salah guna konsep nih

    dalam kes kat swak tu yg blaku bila bdk2 take action kat suspek pencuri telefon

    da mmg resam asrama, pencuri balasannye sgt teruk

    cuma senior junior kena ada kawalan waden je yg lebih ketat

    BalasPadam
  3. kenapa masalah disiplin pelajar semakin parah sejak akhir-akhir ini?
    di antara faktornya ialah ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak. kalau dahulu ibu bapa ni biasa nya dengan ikhlas hati akan menyerahkan anak-anak kepada guru-guru untuk mendidik anak-anak ni seperti anak mereka sendiri. dan guru-guru juga dengan ikhlas hati akan menjalankan tanggungjawab tersebut.
    tapi sekarang ni bila cikgu jentik sikit anak-anak mula lah repot polis. kata cikgu mendera pelajar-pelajar. so, natijahnya gini lah jadinya. macam-macam masalah disiplin yang pelik-pelik berlaku.

    kalau nak ceritakan pengalaman BC masa bersekolah dulu macam-macam. setakat kena rotan dan penampor tu biasa lah. tapi tak berani pun nak cakap kat mak bapak. takut ditambahnya lagi.... sebab alasan orang tua masa tu kalau tak buat salah takkan cikgu rotan...

    tapi sekarang segalanya berubah. zaman berubah. maka berubah juga lah disiplin anak-anak kita....

    bila budak-budak sekolah sekarang ni tanpa segan silu merokok, bergaul bebas lelaki pompuan dan berbagai lagi dah jadi satu budaya. bila sedara mara atau jiran-jiran nak tegur dikata busy body jaga dalam kain orang...

    ...terkenang masa-masa skolah dulu... seronok.
    skolah rendah... pastu terus duk hostel sampai lah tua... ada berjuta macam pengalaman bila duk hostel ni. disini lah tempat mula-mula belajar erti hidup. tanpa mak bapak. hanya cikgu dan kawan-kawan je. kalau nak diceritakan berbulan tak abis... bak kata orang, besar dengan nasi kawah je lerrr...


    -----------

    Budak Cenor

    BalasPadam