Pada mulanya memang saya antara yang menentang perlaksanaan PPSMI yang mula dilaksanakan pada tahun 2003 lagi. Jika dilihat dari beberapa usul yang dibentangkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran ketika itu ( tahun 2006-2007 ) membentangkan usul berkaitan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Namun melihat kepada perkembangan semasa ketika ini dan juga keputusan peperiksaan UPSR baru-baru ini mula menyakinkan saya bahawa langkah ini perlu dilaksanakan walaupun pahit.
Untuk memastikan rakyat ( terutamanya melayu ) menguasai sepenuhnya ( bukan sekadar lulus periksa ) malah mampu untuk menghasilkan formula ataupun kajian yang bermanfaat maka PPSMI perlu diteruskan. Dengan cara begini dalam tempoh beberapa tahun lagi Insyaallah negara kita akan mempunyai pakar dalam bidang Sains dan matematik ( Pakar yang sebenar ). Adalah menjadi harapan kita supaya pakar-pakar ini nanti akan mampu menghasilkan penulisan-penulisan dalam bahasa melayu dan seterusnya memastikan bahasa Melayu boleh digunakan sepenuhnya dalam bidang sains dan matematik.
Mengimbau sejarah kegemilangan kerajaan Ummayah di Sepanyol membuktikan apabila semua bangsa di eropah berlumba-lumba belajar didalam bahasa arab kerana semua ilmu yang diajar universiti umat Islam di Sepanyol ketika itu diajar dalam bahasa Arab. Mahu tidak mahu terpaksalah penduduk eropah ketika itu perlu untuk memahirkan diri dalam bahasa arab dan belajar dalam bahasa arab keran guru-guru yang masyhur adalah orang Islam yang bertutur menggunakan bahasa arab. Semoga dengan pembelajaran dalam bahasa Inggeris ini akan meningkatkan lagi pemahaman dan juga kesiap siagaan pelajar kita apabila ingin mendalami ilmu sains dan matematik diperingkat yang lebih tinggi kerana kebanyak buku rujukan terkenal hanya boleh diperolehi dalam bahasa Inggeris sahaja.
Juga bukanlah satu kesalahan sekiranya dengan PPSMI ini akhirnya akan kembali memartabatkan bahasa Melayu yang telah terlindung haknya dalam perlembagaan negara ini. Namun melihat kepada perkembangan semasa kini yang menyaksikan sesetengah pihak mencari publisiti murahan dengan menentang terang-terangan penggunaan PPSMI seolah-olah tidak ada sebarang kebaikan langsung yang diperolehi dari perlaksanaan tersebut. Janganlah digadai nasib anak bangsa yang perlu kepada ilmu sains dan matematik dalam zaman yang mencabar ini kerana hanya ingin mengaut kepentingan politik semata-mata.

PEGAWAI TUGAS KHAS MB KEDAH KAHWIN ISTERI ORANG
BalasPadamhttp://murshidahmustafa.blogspot.com/
Janganlah kita menjadi bangsa yang hanya mengambil 'yang mudah' tetapi mengharapkan hasilnya yang 'lumayan'.
BalasPadamWalaupun kita menyayangi bahasa kita, keperluan berbahasa lain diketepikan.........! Jika ianya memberi ruang agar bangsa maju, maka kita perlu berubah..........berkorban tanpa meninggalkan bahasa kita!
Jika kita ingin memiliki 'sesuatu yang tidak pernah kita dapat' maka kita kena 'buat sesuatu yang tidak pernah kita buat'.
Kita tidak pernah disuruh agar meninggalkan bahasa kita, cuma hasrat kerajaan mahu meng'upgradekan' kedudukkan, kefahaman & penghidupan kita agar bangsa melayu berdiri sama tinggi dengan bangsa lain............! Wallahu'alam.
Tahniah kerana saudara berani memperlihatkan pendirian berkaitan isu ini.
BalasPadamPembangunan sesebuah bangsa dan negara tidak dapat dilihat dalam masa yang pendek selepas sesuatu dasar dilaksanakan. Kesan pelaksanaan dasar hanya dapat diukur melalui kualitatif, bukannya kuantitatif.
PPSMI adalah dasar ke arah perubahan minda pelajar, sama seperti ketika dasar pandang ke Timur dilaksanakan suatu masa dahulu.
Buat saudara Amin, teruskan menulis tentang pendidikan.
Baca lanjut tentang PPSMI di...
rentaka.blogspot.com
kita nak kita dan keluarga kita je yg cerdiki dan pandai bercakap bahasa org putih. org lain biar lantak. semua yg demo bantah ppsmi tu , mereka dan keluarga mereka di rumah pun bercakap org putih.
BalasPadammalas cakaplah.
ada sesetengah pihak tidak senang apabila suatu hari nanti orang melayu boleh menguasai bahasa ingeris.dan ada yang lebih suka melihat orang melayu terus ketinggalan.PPSMI harus di teruskan bagi melahirkan bangsa melayu yang dihormati.susah2 dahulu bersenang2 kemudian.
BalasPadamsalam...
BalasPadampada pendapat saya PPSMI harus diteruskan...inilah pembaharuan dalam pendidikan harus diterima...baru2 ini ada tokoh pendidikan mengatakan bahawa pendidikan di malaysia sudah ketinggalan ..saya amat teruja dgn statement ini tetapi harus menerimanya...sebagai contoh baru2 ini ramai yg cemerlang dlm SPM,STPM...ini menandakan pendidikan ditahap yg rendah berbanding di zaman teknologi serba canggih ini....student2 yg ada sekarang telah jauh kehadapan pemikirannya...mungkin di zaman ini tidak sesuai silibus yg digunakan mungkin kena tggi skt silibusnya kena dgn peredaran zaman....jadi lupikirlah sendiri