Khamis, 19 Mac 2009

Ketua Pemuda Maran

Hari semalam merupakan satu titik sejarah dalam pemuda maran apabila kali pertama ketua pemuda yang telah dipilih pada pemilihan yang lepas telah dikenakan tindakan pengantungan selama tiga tahun oleh Lembaga Disiplin parti kerana ada aduan yang dibuat oleh orang tertentu.

Saya dengan ini melahirkan perasaan simpati saya kepada Saudara Mohd Najuib Bin Haji Mohd Shahaimi diatas hukuman yang diterima. Saya mendoakan agar beliau sentiasa tabah menghadapi dugaan dan akan terus berusaha untuk mengemukakan rayuan kepada Majlis Tertinggi untuk membersihkan nama beliau. Saya akan sentiasa bersama dengan saudara dalam apa juga keadaan sekalipun dan saya berdoa agar Pergerakan pemuda UMNO bahagian Maran sentiasa dalam keadaan yang baik dan bersedia.

Saya menyeru semua ahli Pemuda UMNO Maran supaya sentiasa menjaga kepentingan parti melebihi segala-galanya termasuk kepentingan peribadi sendiri.

11 ulasan:

  1. Salam,

    Saya simpati.

    Muhasabah diri.

    Bayakkan buat kerja dari bercakap.Rakyat menilai. Tuhan memerhatikan kita.

    BalasPadam
  2. Salam hormat,


    ................................
    (speechless)

    rentaka.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Saya juga bersimpati dgn Ketua Pemuda Maran. Hanya itu yang mampu saya katakan. Kepada saudara Apache, saudara akan memangku dan perkasakan Pemuda, insyaallah

    BalasPadam
  4. Semalam umno dikejutkan lagi dengan penggantungan beberapa ahli oleh lembaga disiplin parti. bagi rakyat malaysia ia bukanlah satu kejutan kerana rasuah dan umno sudah menjadi seperti KENTUT dan TAHI yang tidak boleh dipisahkan samasekali.

    Cuma kali ini maran juga terlibat dengan ketua pemudanya digantung 3 tahun, tetapi ayah kepada beliau yg juga AJK umno bahagian dibebaskan dari sebarang tindakan. Kami orang maran mengharapkan penduduk maran khususnya dapat menilai perjuangan manakah yang telus dan jujur dan tidak ditipu sekali lagi dalam pru ke 13 nanti.
    Posted by orang sentosa

    BalasPadam
  5. salam,,pada pendapat saya usahlah kita perbesarkan semua ini..ini seperti membuka pekung kita ( UMNO )ini membolehkan pembangkang jadikan ini isu or modal mereka yang akan datang..padahal dalam gerakan mereka sendiri pon sama ada politik wang tetapi mereka tidak membuka pekung demi memperoleh kepercayaan rakyat kepada mereka. dimaran pon kalau kita lihat yang kalah pun ada terlibat dgn politik wang..tp kenapa??? lupikirlah sendiri...

    BalasPadam
  6. Salaam…..

    Kepada Sdra Mohd Najuib, semoga Allah SWT memberi kekuatan & ketabahan didalam menerima keputusan tersebut. Saya percaya Sdra akan terus bersama dengan PPU Bhgn. Maran didalam meneruskan dokongan dan perjuangan parti keramat ini kerana sememangnya Sdra adalah pejuang dan terlalu sayang kepada agama, bangsa & tanahair. Sesungguhnya perjuangan yang murni ini hanya akan tamat apabila kita menutup mata dan kembali kesisi-Nya. Insya Allah.

    Kepada Sdra Khairul Amin, semoga Allah SWT memberi kekuatan dan ketabahan didalam menerima tanggungjawab yang semakin bertambah didalam meneruskan kesinambungan kepimpinan PPU Bhgn. Maran. Barangkali apa yang terjadi, mungkin merupakan ujian & dugaan pula buat Sdra, dengan melihat senario politik tempatan & tanahair ketika ini.

    'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.' [Surah Al-Baqarah ayat 216]

    Wallahua’lam...

    BalasPadam
  7. assalmualaikum,

    ini semua kerja org tak ada hemah dlm politik. akibatnya kita semua telah kalah.kalah kpd nafsu serakah kita sendiri. buat baik biar berpada, buat jahat sekali pun jangan. kita semua akan bertemu dgn hari pembalasan masing2. ada ubi ada batas. inilah akibat drp perjuangan yg lebih mementingkan diri sendiri melebihi kepentingan organisasi. perjuangan seterusnya akan lebih bergelora dan mencabar......................................
    ini bukan dendam tapi pemulihan imej.

    BalasPadam
  8. Kepada Sdra Mohd hajuib...muhasabahlah...ada..hikmah,cepat2 lah bayar hutang orang!!!!

    BalasPadam
  9. HABIS ORANG MELAYU.............. DIKETUAI OLEH MAMAK!!!!!!!!!!!!!!!!!(KHAIRY & SAHRIZAT)
    MANA MELAYU SEJATI????

    BalasPadam
  10. walaupun saya pengundi daerah maran tp sy xkenal siapa dia pemuda maran. Mb sy bukan org politik just tau mengundi n memangkah jerk, dok jauh r katakan just balik nak mengundi n time cuti2 jerk. masalah yang ingin diutarakan adalah kerana laman blog maran ni xaktif. ty xkenal. kalau laman blog/web just nak ada jerk baik xyah wat r. org maran yang jauh2 n balik ketika mengundi suka baca web/blog. kalau camni camne r nak tau. maklumkan kat pemuda maran... aktif le sket. jgn nak membungkang jerk. kami yang jauh ni nak tau gak apa yang telah dibuat di daerah kami walaupun kg xwat pe sekurangnya kami tau gak ada kemajuan di daerah maran. bangkitlah hai pemuda umno maran n jgn dok sedih le ketua pemuda yang digantung tu.. kita yang ada ni sepatutnya jalankan tugas apa yang dilaungkan dan promote lah sket. pemuda kalau balik n baca ada kemajuan dah tentu dorang akan beralih kembali kepada perjuangan umno... buat lah sesuatu hai pemuda n jgn dok syok kamu akan menang jerk nnt. kalau kalah malu hoiii....

    BalasPadam