Selasa, 10 November 2009

Dr Asri

Bermula dengan isu penangkapan Dr Asri oleh penguatkuasa JAIS, beberapa pihak cuba untuk mengambil "mileage" dengan menyalahkan musuh politik masing-masing. Bermula dengan cubaan pihak PAS yang cuba mengaitkan penangkapan itu dengan YAB Dato' Seri Najib tetapi gagal kerana urusan agama adalah dibawah bidang kuasa kerajaan negeri . Seterusnya pula UMNO dan lain-lain parti cuba untuk mengeksploitasikan isu ini untuk kepentingan politik masing-masing. Namun sememangnya ketika ini apa sahaja isu akan disentuh oleh parti politik kerana ianya melambangkan ke"cakna"an sesebuah parti kepada masyarakat.


Cuma apa yang dikesalkan kenapa dikecohkan hal sedemikian kerana yang pertama sekali penguatkuasa JAIS hanya menjalankan tugas yang diarahkan oleh ketua mereka. Pihak JAIS adalah badan yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keharmonian agama Islam di Negeri Selangor. Oleh yang demikian tidak sepatutnya tindakan mereka dipertikaikan oleh pihak yang tidak berkenaan apatah lagi oleh orang awam yang cetek ilmu agamanya. Membuat andaian mengenai perkara tersebut tanpa mengetahui fakta sebenar boleh menyebabkan masyarakat menjadi keliru dan mungkin membawa kepada pergaduhan dalam masyarakat.


Seterusnya isu tauliah tidak sepatutnya dijadikan sasaran kemarahan sesetengah golongan kerana ianya perkara yang perlu dilakukan oleh JAIS dan Jabatan Agama Islam negeri lain demi untuk memastikan guru tersebut adalah yang berkelayakan. Selain itu pemantauan dan garis panduan juga dapat disampaikan kepada penceramah yang bertauliah dan akan memudahkan urusan JAIS sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingin seperti bantahan dan sebagainya. Kita pun ketika ini tidak akan menghantar anak kesekolah yang tidak diiktiraf dan disahkan oleh Kerajaan. Peguam, jurutera, pensyarah, guru, kontraktor, doktor, dan sebagainya tidak akan boleh berkhidmat jika tidak ada taulih ( sijil kelayakan ) untuk mereka menjalankan tugasnya. Malahan tauliah itu tidaklah menyusahkan seseorang guru agama itu untuk berceramah malahan memudahkan beliau.


Isu Dr Asri ingin melibatkan diri dalam bidang politik juga menjadi pertikaian banyak pihak dan seolah-olahnya tidak ada ruang untuk beliau berpolitik kerana ditakuti akan hilang serinya. Ramai yang berpendapat ulamak seperti beliau tidak patut berpolitik. Lebih menarik pula pengumuman beliau untuk menyertai parti politik dibuat selepas beliau mengunjungi Menteri Besar Kelantan. Bagi saya sebagai sebuah negara demokrasi setiap individu didalamnya berhak untuk melakukan apa sahaja selagi tidak bertentangan dengan. undang-undang negara. Oleh yang demikian kita serahlah kepada beliau dan ini bukanlah kali pertama tokoh agama sepertinya menyertai parti politik . Beberapa tokoh lain seperti Ustaz Firdaus, Taib Azzamudin, Shamsul Najmi, Haron Din, Ismail kamus dan lain-lain pernah melakukan langkah yang sama. Oleh yang demikian tiada yang peliknya tentang hasrat Dr Asri tersebut.


Oleh itu, apa sahaja tindakan beliau biarlah diputuskan oleh beliau sendiri tanpa dipengaruhi oleh orang lain.

"Rakyat Didahulukan"

5 ulasan:

  1. Dr Asri akan ganti Nik Aziz ? kita tunggu!

    BalasPadam
  2. Nik Aziz tu Wahabi.
    Dr. Asri tu Wahabi.
    JAIS tu ramai yang berpendidikan WAHABI.

    Tuhan telah berbuat... Wahabi bergaduh sesama Wahabi. Era kehancuran mereka. Era kejatuhan kebathilan...

    Moga lepas ini akan Tuhan munculkan golongan yang membawa kebenaran.. Aminnnn..

    BalasPadam
  3. sdr. budok spg chenor,

    Adapun Fahaman Wahabi ini diterima pakai diArab Saudi( digunapakai oleh
    Imam Mekah/Madinah).

    Yang kedua adakah sdr dapat membezakan diantara TUHAN dengan ALLAH ? Gunakanlah ditempat yang sewajarnya sesuai dengan lafaz LAILA HAILLALLAH dan zikirkan banyak banyak semoga mendapat kefahaman

    DiMalaysia, fahaman yang diterima adalah AHLI SUNNAH WAL JAMAAH, namun adakah sdr faham apa itu SUNNAH dan bagimana menJAMAAHKAN SUNNAH ??

    Terima Kasih.






    diperkenalkan oleh Tun Ahmad Badawi dan diterima DIMALAYSIA>

    BalasPadam
  4. orang tue ada berkate
    oghang politik kene ade ugame
    oghang ugame kene reti politik
    awok kate gone gamok nye

    BalasPadam
  5. LEBAI MAON DAN LEBAI KAMPONG
    NAK MENGAJAR BUDAK BUDAK
    ANAK ANAK JIRAN
    KENA ADA TAULIAH KAH???

    BalasPadam