Sabtu, 27 Disember 2008

Laporan Polis

Semalam ( 26hb Disember 2008 ) kita dikejutkan dengan berita penemuan satu blog yang dikatakan ditulis oleh seorang penulis wanita melayu beragama Islam yang isi kandungannnya penuh penghinaan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Saya cuba untuk melayari laman blog tersebut tetapi gagal kerana laman tersebut telah pun dipadam oleh penulis tersebut. Atas inisiatif maka saya telah berjumpa dengan beberapa rakan blogger lain dan hasilnya saya mendapat sedikit maklumat mengenai blog tersebut. Memang agak mengejutkan apabila melihat keratan blog tersebut yang jelas dan terang-terangan menghina Nabi Muhamad S.A.W.

Saya juga telah dihubungi oleh Ketua Penerangan UMNO Bahagian Maran (Tuan Haji Shaiful Azman Bin Mokhtar Affandi ) dan setelah perbincangan diadakan kami mencadangkan supaya satu laporan Polis di buat di Balai Polis Daerah Maran. Setelah mendapat persetujuan dari Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran ( Sdr Mohd Najuib Bin Haji Mohd Shahaimi) saya bersama barisan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran bersama Tuan Haji Shaiful Azman Bin Mokhtar Affandi telah pun membuat laporan polis pada pukul 3.45pm. Bersama dengan laporan polis itu juga pihak Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran telah menghantar memorandum kepada Ketua Polis Daerah Maran berhubung perkara tersebut.

Apa yang dikesalkan oleh Pergerakan Pemuda ialah bagaimana seorang rakyat Malaysia apatah lagi jika benar ianya ditulis oleh orang melayu Islam sanggup menulis sedemikian rupa terhadap agama Islam yang telah pun tercatat dan diakui oleh semua sebagai Agama Rasmi kepada Negara Malaysia ini. Lebih malang lagi penghinaan yang melampau ini tidak boleh diterima oleh semua penganut agama Islam di Negara ini. Ini merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab yang dibuat dan juga perkara ini berbaur hasutan yang boleh menyebabkan ketegangan antara penganut agama yang terdapat di Malaysia ini.

Oleh yang demikian pihak pergerakan pemuda berharap agar penyiasatan yang dijalankan oleh pihak polis akan menemui kejayaan dan orang tidak bertanggungjawab ini perlu dihukum dengan hukuman yang setimpal supaya ianya menjadi teladan kepada pihak lain supaya tidak sewenang-wenangnya menulis tanpa mengira sensitivi masyarakat di negara ini.

2 ulasan:

  1. Salam Maal Hijrah,

    Jemput ke Himpunan Blog Pahang

    di http://bloggerpahang.blogspot.com/

    Himpunan Blog Pahang

    BalasPadam
  2. tahniah kepada PPU Maran. Teruskan perjuangan demi agama bangsa dan negara tercinta. kami menyokong penuh hasrat murni tuan tuan sekalian

    BalasPadam