Selasa, 23 Disember 2008

Publisiti Murahan!

Selaku ahli parti yang setia, saya menerima apa sahaja keputusan dan juga tindakan yang perlu dilakukan oleh parti demi kebaikan untuk parti. Namun tindakan Lembaga Disiplin yang diberi kuasa penuh untuk menyiasat dan juga menjatuhkan hukuman kepada ahli yang melakukan kesalahan ataupun terbabit dalam politik wang mengumumkan segala keputusan dan tindakan kepada media mengundang pelbagai persoalan kepada saya.

Selaku badan kehakiman dan bebas serta disertai oleh veteran yang diktiraf sebagai penuh intergriti dan telus, tidak sepatutnya publisiti menjadi salah satu perkara yang dititikberatkan oleh lembaga disiplin parti. Sepatutnya segala perbincangan dan keputusan yang dibuat hendaklah dilaporkan kepada Majlis Tertinggi dan seterusnya sebarang keputusan yang telah diputuskan dihantar kepada UMNO bahagian-bahagian sebagai makluman dan pengetahuan kepada ahli diperingkat akar umbi

Dalam suasana UMNO dilabel dengan pelbagai label yang buruk seperti parti pembuli, Rasuah, Diktator dan sebagainya, publisiti tambahan daripada Lembaga Disiplin bukan sesuatu yang boleh membawa kepada kebaikan kepada parti. Pemimpin parti perlu memikirkan adakah cara membuka segala pekung yang dilaksanakan ketika ini memberi kebaikan kepada parti dalam suasana UMNO kelemasan untuk memastikan survival UMNO dapat diteruskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan