Jumaat, 31 Julai 2009

Sudah-sudahlah...

Nampaknya masih belum ada sebarang tindakan konkrit yang menampakkan usaha pihak berkuasa untuuk menghalang demontrasi jalanan yang dirancangkan baik di sebelah perwaris ataupun GMI. Mungkin ketika ini agak lewat untuk saya memberi ulasan tetapi nampak seperti perbuatan ini sudah meresapi masuk kedalam budaya rakyat Malaysia. Sikap protes dijalanan yang dianggap sebagai akar demokrasi ini menunjukkan kekebalan sistem demokrasi berbanding undang-undang negara. Perkara ini jika tidak diambil serius oleh semua rakyat termasuk penguatkuasa undang-undang iaitu pihak kerajaan akan mewujudkan suasana tidak aman dan harmoni dalam negara.

Memang benar bahawa setiap rakyat mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan tetapi tidak sampai boleh menghuru-harakan masyarakat mahupun menyusahkan mereka. Sebagai contoh oleh kerana perhimpunan yang melibatkan ribuan rakyat di kawasan jalan yang sesak dengan kenderaan akan mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk>.Sikap aggresif yang ditunjukkan oleh penunjuk perasaan boleh mengakibatkan perasaan takut dan tidak tenteram dikalangan rakyat yang tidak bersetuju dengan mereka tetapi kerana takut maka mereka juga akan mengiakannya.Justeru tidak timbul lagi demokrasi tetapi paksaaan yang timbul secara tidak sengaja.

Sebagai masyarakat yangberilmu dan telah akur dengan jalan demokrasi yang memperuntukkan sistem pilihanraya setiap tempoh lima tahun membolehkan rakyat memilih pemimpin yang boleh melaksanakan suara mereka. Jadi sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab sepatutnya akur dengan tuntutan demokrasi ini. Janganlah digunakan untuk kepentingan peribadi semata-mata sahaja. Ini boleh menyebabkan keadaan dalam negeri menjadi tidak terkawal dan akhirnya menimbulkan kesusahan kembali pada rakyat. Oleh yang demikian sepatutnya kita lebih bertanggungjawab dalam setiap tindakan kita kerana ianya melibatkan masyarakat secara keseluruhannya.

Sikap yang suka menunjuk-nunjuk kuasa dan tidak hormat kepada pegawal penguat kuasa seperti polis yang diberi kuasa menjaga keamanan dalam negara juga sering diperlekehkan oleh para penunjuk perasaan. Ini akan menimbulkan suasana yang tidak baik dalam negara. Sebagai pengawal penguasa Polis bertindak dan menjalankan tugas mengikut situasi. Janganlah kita mengharapkan layanan yang lemah lembut apabila kita sendiri yang berkeras dengan mereka. Janganlah dihina dan dimaki mereka kerana seperti kita juga mereka juga adalah rakyat dan berhak untuk hidup aman dalam negara ini. Janganlah bila ada kepentingan seperti kesesakan lalu lintas atau kawasan rumah kita di ganggu perompak barulah terhegeh-hegeh meminta bantuan polis tapi dalam masa yang sama kita riuh seluruh negara menghina mereka.

Lagipun tujuan perhimpunan ataupun demontrasi yang diadakan untuk menentang satu undang-undang yang ketika ini dalam peringkat kajian oleh pihak kerajaan dan sedang diperhalusi. Mungkin forum yang lebih profesional lebih sesuai digunakan untuk menyampaikan pandangan dan jangan hanya pandangan kita ditolak majoriti maka kita berhak melakukan apa sahaja dengan berlindung atas dasar demokrasi. Tidak perlu sebenarnya kita terpengaruh dengan budaya barat yang sememangnya tidak mahu mengikut undang-undang baik ciptaan manusia ataupun Allah hanya atas dasar kebebasan hak asasi. Kalau nak diikutkan masa kehidupan didunia yang sekejap ini lebih baik digunakan untuk beribadat kepada Yang Maha Esa sahaja. Tetapi kerana Dunia ini adalah tempat persinggahan kita maka seharusnya juga kita mengerjakan apa yang termampu dengan nikmat-nikmat Allah diatas muka bumi ini.

2 ulasan:

  1. orang cina berhimpun dari jam 6 pagi nak beli asn beribu orang. melayu berhimpun nak berdemo haram. bodohnya melayu ini. tak sedar diri dipergunakan.

    BalasPadam
  2. Jadi, marilah kita bersatu, bergabung, kuatkan diri, kuatkan jentera kita..kita bersama-sama membimbing golongan Melayu daripada terus menjadi mangsa mainan kotor,dungu dan kerja tak berfaedah. Sekaligus menjadikan orang Melayu satu bangsa yang kuat dan terbilang.

    Sebab utama kenapa orang suka berdemostrasi sebab ini saje cara untuk tunjuk kuat..bila beramai dia akan rasa kuat dan berani..lagi satu tak perlu nak letihkan akal fikiran untuk mencari jalan penyelesaian.Golongan muda melihat hal ini sebagai cara menunjukkan keberanian.Keluar ke jalan, bertempik satu budaya 'macho'.Mereka bangga dengan apa yang mereka lakukan. Meraka lagi suka dengar kepada persepsi dari mencari kebenaran.

    Demostrasi satu kerja yang mudah. Satu cara untuk tunjuk keburukan negara kepada media luar. Ini saje yang boleh dilakukan pembangkang untuk kononnya menunjukan kepada dunia luar Malaysia adalah negara yang tidak mengamalkan demokrasi. Saya risau, masalah ini melanda golongan muda Melayu di bandar. Mereka sibuk berdemostrasi, tapi kawasan bandar besar dimonopoli golongan bukan Melayu. Golongan di bandar merasakan mereka lebih pandai dan mmengetahui. Sedangkan sebenarnya mereka buta hati dan fikiran, buta erti sejarah,
    kesetiaan,kebenaran dan keamanan.

    Allah lagi mengetahui.


    KEKALKAN I.S.A

    BalasPadam