Rabu, 26 Ogos 2009

Pengajaran Bersama

Keputusan pilihanraya Dun Permatang Pasir secara kasar dan halusnya menunjukkan pelan pemulihan parti yang dilancarkan oleh Presiden Umno masih belum lagi berjaya secara keseluruhannya. Rakyat diPermatang Pasir masih memilih PAS walaupun beberapa isu berdekatan dengan pilihanraya yang secdara jelas memihak kepada UMNO termasuk keluarnya ADUN Lunas dari PKR nampaknya tidak mampu mencipta momentum untuk membantu sdr Rohaizat. Jelas bahawa pihak pucuk pimpinan perlu mengakui bahawa usaha yang dijalankan selama ini semenjak dari PRU ke 12 masih belum cukup kuat untuk menarik minat pengundi melayu kembali menyokong Umno dan BN.

Oleh yang demikian satu perubahan drastik ( bukan kosmetik) perlu dilaksanakan dengan secara menyeluruh dan strategi parti tidak semestinya diwar-warkan pada semua rakyat. Sebagai sebuah parti politik yang mempunyai pengalaman memerdekakan sebuah negara sepatutnya segala bentuk operasi parti berjalan lancar dan teratur dan tidak sepatutnya menimbulkan masalah sewaktu pilihanraya umum ataupun kecil. Tetapi ketika ini nampaknya amat sukar sekali Umno dan BN untuk meneruskan penguasaan dalam PRU ke 13 akan datang sekiranya persepsi dan selera rakyat terutamnya kaum melayu belum diubah secara drastiknya. Menyerang peribadi dan juga memperlecehkan tindakan yang dibuat oleh pemimpin parti lawan bukan lagi satu strategi yang boleh digunakan kerana pemimpin parti pembangkang telah berjaya mencipta satu suasana yang mana penyokokng tegar mereka tidak akan mempercayai semua tuduhan yang dilemparkan kerana mereka sentiasa menjalankan kerja-keraja kempen dan ceramah sepanjang masa tanpa mengira waktu dan keadaan.

Manakala Umno pula sebagai parti kerajaan sentiasa mengikut arahan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan yang hanya mula menjalankan kerja-kerja kempen sewaktu hampir pilihanraya kerana percaya kepada sistem demokrasi yang mana yang kalah mesti menghormati yang menang untuk suatu tempoh yang ditetapkan dan kerajaan yang didokongi oleh parti yang memerintah akan membantu parti dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah rakyat. Antara masalah terbesar ketika ini ialah Umno gagal mendapatkan kredit dari pembangunan negara dan juga kejayaan kerajaan kerana rakyat menolakianya berlaku atas usaha Umno tetapi sebaliknya ianya adalah tanggungjawab mana-mana kerajaan yang memerintah. Falsafah-falsafah dalam pemerintahan yang global dan universal juga telah mula dianuti oleh sebahagian besar rakyat yang kini berpendapat bahawa walaupun parti apapun yang memerintah nasib mereka akan tetap sama sahaja.

Jika ketika ini PKR dengan slogan "Keadilannya" PAS dengan " Negara Islamnya " dan DAP dengan " Malaysian Malaysianya" yang sentiasa konsitsen ( walaupun perlaksanaannya tidak berlaku) maka Umno perlu mempunyai satu arah perjuangan baru setelah pejuangan untuk "Agama, Bangsa dan Tanahairnya" mula kurang diyakini oleh sebilang besar penyokongnya termasuk golongan muda yang lebih sesuai dengan asas dan arah yang diwar-warkan oleh pembangkang. Lebih malang lagi apabila tidak ada yang menarik yang dapat ditawarkan oleh parti-parti komponen dalam BN terutamanya MIC dan MCA yang lebih mementingkan perjuangan sempit kaum meraka sahaja yang kini mula dilihat sebagai isu yang ketinggalan dan tidak begitu menyelerakan golongan muda yang begitu terbuka pemikiranya ketika ini. Oleh yang demikian Umno perlu lebih radikal dalam perubahannya dan jika perlu BN itu sendiri perlu dirombak secara keseluruhannya supaya ianya akan lebih diyakini oleh golongan muda yang akan menjadi kelompok pengundi terbesar dalam PRU ke 13 nanti. Satu visi dan harapan baru perlu diteroka untuk memastikan Umno kekal menjadi peneraju kerajaan yang memerintah ketika ini.

Sikap kepimpinan Umno samada diperingkat Pusat, Negeri dan Bahagian yang lebih suka mengungkapkan perkataan kerajaan daripada parti juga perlu diubah kerana ianya akan memberi impak yang besar. Penggunaan agensi kerajan untuk menyelesaikan masalah rakyat tanpa bergandingan dengan parti juga telah menyebabkan kewujudan parti telah tidak begitu relevan lagi. Jentera - jentera parti perlu dipacu sepenuhnya ketika ini dan perlu digandingkan dengan sebaik mungkin bersama agensi kerajaan kerana sebagai parti memerintah Umno mempunyai hak untuk memastikan kerajan yang dibina tidak menyeleweng dan mampu menyelesaikan masalah rakyat dengan baik dan teratur. Sikap tidak megambil berat kawasan-kawasan kubu kuat umno diseluruh negara termasuk negeri yang sentiasa memberi kemenangan selesa pada Umno dan BN perlu diberi perhatian lebih oleh kerajaan kerana ianya akan menjadi ukuran kepada kejayan pembangunan yang sentiasa diungkapkan oleh pemimpin parti dan kerajaan. Insyaallah dengan contoh yang baik akan memberi satu dorongan kepada kawasan lain untuk memastikan kemenangan di kawasan mereka pula.

Selasa, 25 Ogos 2009

Tidak setuju kaum dihapuskan

Sememangnya ada sesuatu yang tidak kena apabila ada bebrapa cadangan yang keluar dari agensi kerajaan untuk menghapuskan kolum bangsa dalam ruangan borang-borang dari kerajaan. Hina sangatkah bangsa yang ada di Malaysia ini sehingga ianya menjadi satu perkara yang menganggu rakyat negara ini. Apa pun yang kita lakukan kita tidak sekali-kali boleh menafikan bangsa apa kita datang. Hatta kalau campuran sekalipun kita akan sebut bangsa campuran kita supaya masyarakat mudah mengenali identiti sendiri.

Kalau betul semua rakyat telah bersedia untuk menjadi bangsa Malaysia yang bersatu sepatutnya ketika ini cuma adal satu agama, satu bahasa dan satu budaya sahaja yang terdapat di Malaysia ketika ini. Malangnya ianya tidak berlaku di Malaysia dan semua kaum begitu bangga untuk menonjolkan identiti kaum masing-masing. Malahan kadang-kadang ianya lebih dari budaya di negara asal mereka lagi. Oleh yang demikian bolehkah kita menghapuskan perkataan kaum jika secara realitinya kita masih belum bersatu.

Jelas perkara ini seolah-olah untuk menidakkan perkataan kaum melayu kerana melayu itu mempunyai kelebihannya yang tersendiri dalam perlembagaan. Jika perkataan kaum tidak digunakan maka kita tidak lagi dapat membezakan antara melayu dan bukan melayu. Ini tidak akan memberi kelebihan seperti dalam perlembagaan dan ianya akan merugikan bangsa melayu itu sendiri sahaja. Sepatutnya agensi kerajan yang bertanggungjawab tidak akan membuang masa untuk mengkaji sesuatu yang tidak memberi kebaikan dan seharusnya terus menolak cadangan seperti ini.

Amat malang jika hak-hak orang melayu dalam perlembagaan ini terus dipersoalkan kerana setiap yang berlaku itu ada harga yang harus dibayar. Misalnya hak-hak istimewa orang melayu itu wujud kerana pertukaran dengan kerakyatan kaum lain ketika negara mencapai kemerdekaan dahulu. Sekiranya hak istimewa ini hendak dilucutkan maka ianya sepatutnya dilucutkan sekali dengan hak kerakyatan kaum lain sesuai dengan tujuannya.

ALLAH JUA MEMBALASNYA

SEKALUNG TAHNIAH DAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA SEMUA JENTERA PARTI YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS DI PERMATANG PASIR. INSYAALLAH JASA KALIAN AKAN MENDAPAT BALASAN DAN GANJARAN YANG SETIMPAL DARI ALLAH SWT. APA PUN KEPUTUSAN YANG AKAN KELUAR KITA TERIMA DENGAN REDHA DENGAN KETENTUAN ILLAHI..

Sabtu, 22 Ogos 2009

Bahasa Kebangsaan kita

Bahasa jiwa bangsa. Ungkapan yang sudah lama diutarakan tetapi hanya kosong tanpa pengertian yang jelas. Ramai rakyat yang mengetahuinya tetapi kebanyakannya hanya pandai mengungkap tanpa menghayatinya. Sebagai sebuah negara majmuk dan rakyat yang berbilang kaum maka antara medium utama yang boleh digunakan untuk menyatu padukan rakyat adalah dengan menggunakan bahasa sebagai alat pengantaranya. Secara rasminya negara Malaysia ini telah mengiktiraf asal kebudayaan melayu sebagai teras dalam pembinaan bangsa dan negara. Maka sudah sepatutnya bahasa Melayu dimartabatkan sebagai satu-satunya banhasa untuk digunakan secara menyeluruh di Malaysia.

Sebagai bahasa kebangsaan sebuah negara adalah amat memalukan seorang rakyat negara ini apabila tidak dapat berbahasa melayu dengan baik. Setelah 52 tahun negara mencapai kemerdekaan sudah sepatutnya rakyat diajar untuk berbahasa melayu apatah lagi telah lama bahasa melayu dijadikan syarat wajib lulus dalam peperiksaan. Oleh yang demikian tidak sepatutnya dalam semua urusan rasmi dan tidak rasmi rakyat perlu kepada bahasa lain dalam menjalankan hubungan samada secara penulisan, media ataupun percakapan. Kalau dahulu ketika negara mula mencapai kemerdekaan bolehlah dikatakan kebanyakan rakyat terutama dari kaum cina dan India tidak pandai lagi berbahasa melayu tetapi setelah 52 tahun merdeka tidak sepatutnya ianya berlaku lagi.

Oleh yang demikian tidak lagi sepatutnya bahan penulisan rasmi sperti suratkhabar cina dan india mahupun suratkhabar berbahsa Inggeris diperlukan lagi dalam negara ini. Satu keputusan drastik perlu dibuat untuk memastikan bahawa semua suratkhabar ditulis dalam bahasa Melayu kerana ianya akan memberi liputan yan sama adil kepada seluruh masyarakat di dalam negara ini. Keperluan untuk menggunakan pelbagai bahasa tidak lagi diperlukan kerana semua rakyat telah faham dan boleh membaca dalam bahasa melayu. Ini akan memberi keharmonian dalan sesebuah negara kerana semua rakyatnya akan menggunakan satu bahasa sahaja dalam semua urusan.

Medium-medium lain yang masih menggunakan pelbagai bahasa juga tidak lagi diperlukan kini seperti berita dalam bahasa tamil, cina atau inggeris kerana ianya hanya menunjukkan rakyat di Malaysia belum bersedia untuk berintegrasi sepenuhnya kerana masih belum sedia untuk berkompromi dalam penggunaan satu bahasa sahaj seperti yang ditetapkan oleh perlembagaan. Apa perlu lagi penggunaan pelbagai bahasa lagi seperti di berita , iklan, papan tanda , buku penulisan dan sebagainya kerana seluruh rakyat telahpun mengakui bahawa negara Malaysia ini adalah milik bersama dan bagi merealisasikan impian bangsa Malaysia yang bersatu padu maka medium satu bahasa ini adalah merupakan antara alat terpenting kearah pencapaian impian tersebut. Sudah tiba masanya semua tempat pelancongan di Malaysia ini termasuk di semua hotel-hotel bertaraf enam bintang mempromosikan bahasa Melayus sesuai dengan ianya sebagai bahasa kebangsaan dan tidak lagi berbangga denga bahasa Inggeris yang jelas menghilangkan identiti kemalaysiaan itu sendiri.

Bukanlah pula dengan pengunaan satu bahasa ini akan menyekat perkembangan ilmu malahan sepatutnya di semua sekolah pelajar diberi akses dan ruang untuk mempelajari semua bidang ilmu bahasa supaya ianya akan dapat menimba ilmu sepenuhnya. Ilmu ini bolehlah digunakan secara ilmiahnya dan semua akses kepada ilmu ini akan dapat diterjemahkan kebahasa melayu dan secara tidak langsung akan menaikkan taraf bahasa melayu menjadi bahasa ilmu yang penting didunia setaraf dengan bahasa- bahasa lain.

Oleh itu cadangan supaya akhbar-akhbar berbahasa cina di terjemahkan merupakan satu permulaan langkah untuk memastikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan itu dimartabatkan dan akhirnya penggunaan bahasa melayu sepenuhnya akan dapat dicapai menjelang wawasan 2020.

AHLAN YA RAMADHAN

SALAM RAMADHAN 1430 HIJRAH. SEMOGA DIBERKATI DAN DIRAHMATI ALLAH SENTIASA

Isnin, 17 Ogos 2009

Resolusi BPN 7 / 2009 : Anwar Pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara kita !!

Ramai sahabat BPN telah mendesak agar dibuat resolusi mengutuk Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Alif Ba Ta. Namun kerana kesibukan dan faktor tertentu maka saya tidak berjaya membuat resolusi tersebut dengan kadar segera seperti yang dipinta oleh sahabat setia Blogger Pembela Negara ( BPN )Akhirnya malam ini saya telah diberikan sedikit masa oleh Allah untuk menyiapkan resolusi yang dihajatkan oleh kita semua. Maka dengan ini marilah kita membuat kecaman dan juga menzahirkan pendirian mengutuk seorang manusia bernama Anwar Ibrahim yang pernah menjadi orang kedua terpenting di negara kita sejak menyertai UMNO dan Kabinet sebelum dipecat dan dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun pada 1998 kerana meliwat.Yang sedihnya ialah si pengkhianat ini telah bertungkus lumus mencuba untuk merobohkan kekuatan bangsa Malaysia dengan agenda politiknya yang melangkaui sempadan kehormatan bangsa atau agama atau undang-undang negara. Meskipun berbelas tahun telah berada di dalam kerajaan dan sering mengecam pembangkang sebelum dibuang dari jawatan..Oleh itu Resolusi kita ialah :

1. BPN bersepakat mengutuk Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat agama.

2. BPN sedar segala kecaman yang melampau batas terhadap institusi Raja dan agama Islam sejak kebelakangan ini adalah berpunca dari tindakan beliau yang membuka pintu kepada penghinaan tersebut samada nyata atau rahsia.


3. BPN mendesak agar si pengkhianat ini yang terus mengajak ke arah ketidakstabilan dan mengancam keselamatan awam agar ditahan dengan segera atau diusir dari Malaysia jika kita tidak ingin melihat negara kita akan terjerumus ke kancah peperangan saudara atau berlainan etnik agama dan fahaman politik mereka.


4. BPN juga meminta kerajaan turut mengusir sesiapa sahaja yang berkeras ingin menyentuh perkara sensitif seperti Raja dan Agama Islam agar turut diusir keluar dari negara kita tidak kira dari apa jua bangsa atau agama mereka.

5. BPN akan terus berkempen agar rakyat menolak si pengkhianat ini dan juga sesiapa sahaja yang menyokong idealisme perjuangan songsang beliau dari terus diberikan ruang di tanah Malaysia.

6. BPN menyeru rakyat Malaysia membantu usaha menolak tokoh pengkhianat moden ini yang terang terangan telah banyak melanggar undang-undang negara kita dan sibuk mencari idea untuk menjatuhkan pemimpin negara walaupun telah menyebabkan urusan kebajikan rakyat sudah tidak lagi terbela di negeri yang mereka telah diberi kuasa.

Yang benar,
Panglima Perang Cyber,
Ydp Blogger Pembela Negara
Ahad 11.03 malam
15 Ogos 2009

Tangani H1N1 Segara

Sudah tiba masanya ketika ini kerajaan perlu mengambil satu tindakan drastik untuk memastikan penularan wabak H1N1 ini dapat ditangani dengan baik. Semua kelengkapa yang perlu disediakan mesti diperiksa dan ditambah dengan cepat supaya semua hospital dan poliklinik mendapat bekalan yang mencukupi. Kematian yang sering bertambah setiap hari ini adalah satu fenomena yang membimbangkan rakyat ketika ini.

Sebagai salah sebuah parti ulung dingera in yang sentiasa mengamalkan tradisi membela rakyat walaupun rakyat tidak pernah membela parti menekankan kepada kerajaan supaya mengambil berat masalah yang berlaku berkaitan H1N1. Sikap tidak bertanggungjawab segelintir kakitangan hospital dan klinik perlu diberi perhatian segera supaya kecuaian dapat diminimakan. Pemeriksaan yang teliti tanpa mengira kes perlu diamalkan supaya sebarang perkara buruk dapat dielakkan terlebih dahulu.

Rakyat juga ketika ini perlu peka dengan masalah yang berlaku dan takat bahayanya H1N1 ini. Sikap ambil mudah sesetangah golongan rakyat juga membawa kepada penularan wabak H1N1 ini kerana ianya boleh merebak melalui udara. Rakyat perlu mengambil sikap yang tegas dengan mengurangkan sebanyak mungkin berkenaan melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan penularan wabak berlaku.

Oleh yang demikian blog ini menyeru pihak kerajaan meningkatkan amaran kepada rakyat supaya usaha bersepadu kerajaan dengan rakyat akan menjadi jitu untuk mengelakkan penularan yang besar-besaran di negara ini. Hanya sikap bertolak ansur dan kerjasama tanpa mengambil kesempatan yang akan menjamin kesempurnaan usaha yang dijalankan.

Jumaat, 14 Ogos 2009

Jangan Kurang Ajar

Blog ini secara jelasnya berpendapat bahawa sebagai agama rasmi kepada Persekutuan ( Malaysia) tidak sepatutnya rakyat di negara ini terutamanya pemimpin di semua peringkat yang tidak memahami kedudukannya sebagai agama utama di dalam negara ini. Oleh yang demikian blog ini menyeru pihak kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia dan pihak berwajib yang lain mengambil tindakan yang tegas apabila ada mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan peruntukan-peruntukan yang ada dalam perundangan Islam. Adalah juga tidak wajar apabila ada sesetengah pemimpin bukan Islam yang secara sendirinya cuba untuk mentafsirkan agama Islam mengikut acuannya sendiri.

Sebagai negara yang telah mengiktiraf Islam sebagai agama persekutuan maka sepatutnya semua pihak menghormatinya sebagaiman yang telah tertulis dalam perlembagaan Malaysia. Adalah penting semua rakayt menghormatinya kerana dengan adanya perlembagaan maka barulah wujudnya negara Malaysia yang tercinta ini. tdak sepatutnya perkara berkaitan agama ini juga dipolitikkan oleh orang tertentu hanya kerana ingin meraih sokongan tanpa memikirkan akibatnya kepada masyarakat dan negara. Oleh yang demikian sekali lagi blog ini mendesak kerajaan supaya mengambil tindaka tegas terhadap mana-mana individu yang celupar mulutnya dan tidak bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan terhadap agama Islam mahupun agama-agama lain.

Renungan Jumaat

Sekadar Renungan di Pagi Jumaat ini. Terima Kasih kepada penulis di ruangan Forum Utusan Malaysia pada 14hb Ogos ( hari ini ) ...

Perangai Pas pelik tapi benar
*BILA ADUN BN lompat parti ke PR, halal. Bila ADUN PR lompat parti ke BN, haram (di Perak).

*Bila Mufti Perak sokong Pas, dia ulama terbilang. Bila Mufti Perak tegur Pas, habis dimaki hamun.

*Bila menang pilihan raya, puji SPR. Bila kalah, maki hamun SPR.

*Bila ADUN BN buat perbuatan tidak bermoral, kutuk habis-habisan. Bila ADUN PR yang buat disuruh berehat saja (Elizabeth Wong).

*Masa perintah Perak, cakap Raja Perak paling adil. Tapi bila dah hilang kuasa, tuduh Raja Perak macam-macam.

*Sebelum berkuasa, beria-ia hendak laksana hudud. Lepas dapat kuasa, cakap hudud tak wajib.

*Bila UMNO kata hudud sukar dilaksana, caci-maki-kafirkan habis- habisan. Bila DAP kata langkah mayat saya dahulu, Pas kata baiklah “Kami Dengar dan Taat”.

*Bila orang luar hina nabi berarak satu KL, bila Raja Petra Kamarudin (RPK) hina nabi, senyap membisu (mungkin orang Pas lebih sayangkan RPK dari nabi).

*Bila kerajaan naikkan harga minyak, marah menggila, bila kerajaan turunkan harga minyak, cakap itu hanya muslihat politik.

*Bila Pak Lah kata nak teruskan jambatan bengkok, kutuk Pak Lah sebab jadi patung Mahathir. Bila Pak Lah batalkan, pun kutuk Pak Lah sebab tidak dengar cakap Mahathir.

*Masa Pak Lah PM, desak Pak Lah undur. Bila Pak Lah nak undur ganti Najib, Hadi kata Pak Lah tak payah undur pulak.

*Bila PR buat demonstrasi, itu demokrasi. Bila BN buat demonstrasi, gesa polis ambil tindakan.

*Bila menang pilihan raya, itu namanya demokrasi. Bila kalah, ada pengundi hantu.

*Bila Kelantan mundur, salahkan Kerajaan Pusat. Bila negara maju, itu hasil sumbangan Anwar ke luar negara cari pelaburan tak langsung.

*Bila bersendirian bertakbir, sekarang bila berdua dengan DAP ber take beer! (di Selangor boleh jual arak di kawasan majoriti umat Islam)

*Bila mulakan ceramah, baca bismillah puji nabi. Masa tengah ceramah, habis semua yang berbeza pandangan di maki-hamun.

*Bila orang UMNO baca al-Quran dituduh hipokrit, bila orang DAP baca al-Quran (di DUN Perak) dipuji melangit.

*Bila UMNO (parti orang Islam) ajak berdamai kata pergi jahanam, bila DAP ajak bersatu kata setuju (biarpun terpaksa gadai prinsip).

*Bila Beng Hock mati tuduh kerajaan zalim, bila kerajaan tubuh inkues pula kata kerajaan ada konspirasi.

*Kalau Anwar bersumpah dengan nama Allah, benarlah Anwar, tapi kalau Saiful Bukhari bersumpah, dustalah kata-katanya dan boleh dimaki hamun secukup-cukupnya.
Bahkan akuan bersumpah Raja Petra lebih dipercayai daripada sumpah laknat Saiful Bukhari.

*Kalau Anwar tak berani bersumpah, itu pun satu kebenaran tapi bayangkan kalau Saiful yang tak berani bersumpah, confirm dimaki habis-habisan.

*Bila UMNO tak laksana hudud disebabkan faktor ketidaksesuaian, Pas maki ramai-ramai. Tapi bila Azizan Razak kata hudud bukan keutamaan di Kedah, Pas kata itu ijtihad murni.

Khamis, 13 Ogos 2009

TAHNIAH

SEKALUNG TAHNIAH KEPADA SAUDARA AZMAN BIN ABDUL RAFAR ( AJK PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN MARAN ) YANG TELAH SELAMAT MELANGSUNGKAN PERKAHWINANNYA DENGAN PASANGANNYA ORANG NEGERI SEMBILAN ( KAWASAN REMBAU KALAU TAK SILAP ) PADA 8HB OGOS 2009 BARU-BARU INI. MAAF KERANA TERLEWAT MENGHANTAR POSTING INI.DIDOAKAN PENGANTIN BARU INI AKAN BERKEKALAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT DAN SENTIASA DALAM RAHMAT ALLAH SWT.

Rabu, 12 Ogos 2009

ISA KAN SAHAJA MEREKA INI

Sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas dengan sesiapa sahaja yang tidak bertanggung jawab dalam mengeluarkan kenyataan berbahaya seperti yang di buat oleh Ronnie Liu, Jef Oi dan juga Loke Siew Fook. Tidak ada bezanya pemimpin politik ataupun rakyat biasa. Semuanya mestilah tertakluk kepada undang-undang yang ada didlam negara ini. Oleh yang demikian saranan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang mahukan rakyat mengikut semua undang-undang dan bukannya secara terpilih adalah satu seruan yang tepat ketika ini.
Kementerian yang bertanggung jawab sepatutnya bertindak tegas kerana ianya akan melibatkan semua rakyat jika berlaku sesuatu hal yang tidak diingini. Sikap berdiam diri ataupun hanya bercakap tetapi tiada tindakan hanya akan mengundang lebih ramai orang yang berani mengutarakan pandangan ekstrem secara membabi buta tanpa melihat kesesuaiannya. Bukanlah tujuan dibina negara ini hanya untuk segelintir rakyat ataupun golongan ataupun kaum tetapi ianya mestilah sesuai dan toleran pada semua masyarakat.
BLOG INI DENGAN TEGASNYA MENDESAK KERAJAAN MALAYSIA MENGAMBIL TINDAKAN KEPADA KETIGA NAMA YANG DISEBUTKAN DIATAS DENGAN HARAPANIANYA AKAN MENJADI CONTOH TELADAN KEPADA RAKYAT KESELURUHANNYA

Pengkhianat Bangsa - Tepat sekali!!

Gelaran pengkhianat bangsa yang diberikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin kepada Dato' Seri Anwar sememangnya menarik perhatian saya. Ungkapan yang ringkas tetapi begitu menusuk kalbu dan merupakan satu gambaran yang amat tepat bersesuaian untuk menggambarkan Dato Seri Anwar ketika ini. Sikap beliau yang secara jelasnya memecah belahkan rakyat diMalaysia ini dengan slogan keadilan ( untuk beliau sahaja) dan kesamarataan telah menjadikan negara yang sangat aman ini menjadi dalam keadaan yang sentiasa bergolak. Bolehlah diibaratkan negara ketika ini umpana jinak diair tenang tetapi dibawah siapa yang tahu.

Pertamanya apabila beliau dengan secara seriusnya ingin menghapuskan hak keistimewaan orang melayu dalam kempen-kempennya secara jelas melihatkan sikap beliau yang tidak bertanggungjawab ( walaupun dibesarkan dengan HAK itu) dan secara langsung akan mengurangkan peruntukan melayu dan bumiputera dalam negara sendiri. Bukankah telah dipersetujui perkara ini ketika wujudnya kemerdekaan danianya bukanlah hanya untuk ketika itu tetapi berterusan lamanya kerana kekurangan dari segi kerakyatan akan selamanya dirasai oleh orang melayu. Bukanlah selama ini dengan adanya hak ini dalam perlembagaan masih lagi kaum-kaum lain di Malaysia dapat hidup aman dan merasai semua nikmatnya tanpa sekatan. Kenapa perlu pula dihaapuskan kerana ianya walaupun masih belum berjaya sepenuhnya ( mungkin ada bebrapa masalah ) membantu orang melayu dan bumiputera. Usahkan untuk mempunyai 50 % ekonomi malahan belumpun sampai 20%. Jadi apakah akan berlaku sekiranya hak ini dihapuskan? maka sudah tentulah akhirnya kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa kerana tida peruntukan dalam undang-undang setalah ianya dihapuskan.

Tetapi lain pula nadanya bila berhadapan dengan masyarakat melayu yang sudah tentu bingit telinga mendengar petikan -petikan ayat Al Quran dan Hadis ( yang dipotong-potong untuk menampakkan sokongan kepda tindakannya ) . Cerita tentang hudud dan negara islam serta kekuatan melayu yang perlu dibina menjadi lagu dendangan yang amat merdu ( walaupun isi nya hampas). Jelas tindakan beliau ini akan menjadikan masyarakat menjadi keliru dan taksub apabila cerita - cerita yang direka itu diceritakan secara berulang kali dan akhirnya pendengarnya menjadi taksub dan sanggup berbuat apa sahaja. Kepandaian dan kepetahan beliau dalam ucapan digunakan untuk memperkuatkan lagi hujah-hujah palsu beliau.

Seterusnya beliau mengarahkan kader-kader dan juak-juak beliau menerjah masuk keperkampungan orang asli dan membuat pelbagai cerita melaga-lagakan masyarakat orang asli dengan masyarakat melayu. Cerita - cerita buruk tentang orang melayu yang ingin mengambil tanah orang asli diceritak berulang kali untuk memastikan sokongan orang asli kerana hanya mereka yang akan menjamin kedudukan hak orang asli ini. Unuk lebih meyakinkan mereka membawa peruntukan duit untuk diberi kepada orang asli menjalankan aktiviti sewang mereka dan mereka ini akan turut serta dalam acara tersebut. Semangat orang asli juga dibakar dengan mengatakan hanya orang asli sahaja yang layak dipanggil bumiputera dan melayu itu sama dengan orang Cina dan India yang hanya mendatang di Malaysia ini. Tetapi kerajaan sekarang telah menipu orang asli dan jika PKR memerintah maka orang asli sahaja akan menjadi kaum bumiputera di Malaysia ini.

Sikap Dato Seri Anwar yang suka melaga-lagakan masyarakat dengan cerita-cerita rekaan yang berbahaya dan boleh mnyebabkan berlaku perselisihan kaum ini amat dikesali dan sekiranya dibiarkan akan menyebabkab negara huru hara. Oleh yang demikian label yang diberi oleh YAB Tan Sri Muhyiddin adalah amat tepat sekali untuk menggambarkan dato seri anwar itu sendiri. Semoga rakyat akan lebih sedar dan menolak Dato Seri Anwar demi kepentingan untuk agama , bangsa dan tanah air....

ramah mesra dan ceramah bersama PPU Cawangan Kg Jalan Panjang, Kg Dalam dan Kg Huma Luas bersama JASA Dun Chenor











Isnin, 10 Ogos 2009

Arak di Selangor

Tindakan kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid mengambil jalan mudah dengan memperkenalkan kawalan sendiri pada penjualan arak amat mengecewakan. Sikap tidak bertanggungjawab dan lepas tangan Menteri Besar dalam hal ini amat dikesalkan. Bagi seorang yang kononnya amat berjaya dalam pentadbiran syarikat besar (GLC Kerajaan yang sentiasa dibantu) akhirnya menunjukkan kemampuan sebenar beliau. Dengan memperkenalkan undang-undang ini maka secara langsung kerajaan negeri akan dapat mengelakkan diri dari menjadi pihak yang bertanggung jawab mengenai isu tersebut.

Secara langsungnya mengekalkan dan menyerlahkan watak-watak pemimpin PKR yang selama ini sentiasa menjadi sumpah-sumpah dengan percakapan dan kempen yang berbeza antara kaum yang ada di Malaysia ini. Kalau dengan Melayu mereka kata mereka memperjuangkan orang melayu, kalau dengan orang asli mereka kata orang asli bumiputera dan melayu adalah golongan pendatang seperti orang lain, kalau dengan orang cina dan India mereka kata semua bangsa adalah sama dan melayu tak perlu lagi kepada hak istimewa irang melayu dan akan menghapuskannya untuk memastikan kesama rataan antara rakyat. Jadi akhirnya cakap yang berbelit ini memakan diri dan untuk melepaskan diri mereka membuang agama dan membuat keputusan yang akan mengekalkan sifat mereka sebagai balik sumpah. Yang lebih mengejutkan apabila Tan sri khalid menyalahkan penduduk Shah Alam sendiri dan bukannya arak yang dibawa dan dijual oleh peniaga di kawasan hampir keseluruhannya orang Melayu. Seolah-olah tak ada tempat lain yang menjual arak berhampiran dengan kawasan tersebut.

Sebenarnya dilema sebegini sudah lama berada dalam negara ini dan ianya mestilah diselesaikan dan cara yang baik dan bijaksana. Memberi kunci kepada rakyat ataupun peniaga membuat keputusan yang sepenting ini agak merbahaya dan boleh memberi kesan yang tidak baik kepad masyarakat. Sebagai sebuah negara berbilang kaum yang berpaksikan kepada Islam sebagai agama rasmi ( bukan paksaan) maka penelitian yang tepat perlu dibuat sebelum sesuatu keputusan dilaksanakan. Bukan senang seperti sesetengah pihak yang ingin menutup kilang arak sebelum subuh apabila mereka berkuasa tetapi akhirnya ibarat meludah kelangit akhirnya jatuh ke muka dan satu jari menunjuk empat jari kembali kepada kita.

Secara peribadi sepatutnya arak di Malaysia boleh dijual secara tertutup kepada masyarakat bukan Islam dan bukanlah arak itu keperluan yang mendesak. Dalam mana-mana agama sekalipun sememangnya arak bukanlah minuman yang baik untuk kesihatan dan agama Islam sememangnya melarang keras arak kerana keburukan-keburukan yang akan berlaku sekiranya sesuatu masyarakat mengamalkan minuman arak ini. Sehubungan dengan itu tidak sewajarnya mana-mana pihak yang mengaku beragama Islam menuding jari kepada sesiapa tetapi adalah lebih wajar sekiranya satu penyelesaian jangka panjang diambil demi kebaikan untuk semua golongan masyarakat.

Jumaat, 7 Ogos 2009

Susah sangat ke nak faham

Apakah isu yang sebenarnya berlaku berkenaan perintah ronnie liu berkenaan penjualan arak di Shah Alam yang memaksa pihak penguasa MBSA memulangkan kembali arak yang dirampas. Sebenarnya perkara ini tidak akan berlaku kiranya ronnie memahami perundangan perlembagaan yang ada dan juga sensitivi umat Islam di Malaysia terutamanya di kawasan Shah Alam ini. Kawasan yang boleh dikatakan 95% melayu beragama Islam ini sepatutnya tidak memerlukan penjualan arak secara terbuka hanya semata-mata untuk memastikan keperluan 5% yang bukan Islam berada di Shah Alam kerana ditempat lain ianya boleh di beli.

Untuk makluman pihak ronnie liu dan sekutunya termasuk yang bersama dengan BN, sepatutnya mereka bersyukur di Malaysia ini walaupun agama rasminya Islam tetapi tetap memberi ruang kepada masyarakat bukan Islam untuk mendapatkan bekalan arak walaupun sebenarnya pemerintah mempunyai hak untuk berbuat demikian. Jangan lah pula kebenaran itu dimanipulasikan dengan anggapan bahawa ianya menyekat kebebasan hak asasi manusia pula kerana sekuat mana hak asasi pun akhirnya ianya akan tertakluk kepada undang-undang negara itu sendiri. Jadi sepatutnya Ronnie Liu bersyukur dan bukannya bertindak secara kurang ajar begitu.

Perundangan berkaitan penjualan arak ini telah lama diperuntukkan sejak dahulu lagi dan tindakn pihak penguasa MBSA adalah amat bertepatan dengan undang-undang yang sedia ada yang jelas tidak merampas hak sesiapa pun malahn ianya hanyalah untuk memastikan keharmonian masyarakat semata-mata. Jadi perkara ini sepatutnya tidak menjadi isu sekiranya Ronnie dapat memahami tugasnya sebagai exco bukan untuk menjaga kepentingan satu-satu kaum sahaj malah untuk memastikan kepentingan semua rakyat. Amat malang sekiranya kerajaan negeri melalui exconya seperti ronnie Liu ini gagal memahami konsep sebenar negara Malaysia ( atau mungkin sengaja tak nak faham) yang harmoni ini.

Lebih malang lagi apabila isu sebesar ini dipandang remeh oleh Menteri Besar Selangor yang berketurunan Melayu beragama Islam ( atau Islam berketurunan Melayu) memandang remeh terhadap apa yang berlaku. Sikap tidak bertanggungjawab ini menjelaskan kepada rakyat bahawa sebenarnya tidak pernah wujud satu persefahaman yang pasti antara pemimpin PR dalam perjuangan membela rakyat tetapi lebih kepada perjuangan idealogi masig-masing yang bercelaru antara satu sama lainnya. PAS dengan hududnya ( kebajikan sekarang ni..sebab itu agaknya kelantan miskin) , PKR dengan Anwar sebagai PM keadilan untuknya dan DAP dengan hak sama ratanya menampakkan kerapuhan hubungan yang boleh meledak dan putus pada bila-bila masa.

Namun saya yakin bahawa PAS akan kembali melemparkan tuduhan pada UMNO dan DAP melalui Ronnie Liu akan memeprtahankan tindakannya dan PKR akan bermain selamat demi untuk mengekalkan kuasanya.

Sebagai parti terbesar dan utama yang mengaku membela agama, bangsa dan tanah air Umno mesti memberikan pandangan dalam semua isu dan isu yang berlaku ini membabitkan dua tunjang perjuangan Umno. Sudah sampai masanya Umno menegur kerajaan disamping mendidik rakan-rakan bukan Islamnya mengenai ajaran Islam yang sebenarnya. Umno mesti lantang menegur kerajaan yang mengabaikan kesucian agama Islam itu sendiri dan jika secara kebetulan pihak lain termasuk Pas berada dilandasan yang sama maka hendak disatu padukan dan jangan dipecah belahkan. Sebagai parti yang matang dan menjadi tumpuan dan payung sebenar untuk Islam keturunan Melayu ( atau Islam sahaja) di Malaysia Umno patut lebih pantas bertindak menangani isu ini. Selaku salah seorang ahli parti yang akur dengan tanggungjawab saya mengutuk tindakan YB Ronnie yang jelas cuba untuk mencabar sensitivi orang Islam dan Melayu di Malaysia ini.

Khamis, 6 Ogos 2009

Pindaan Perlembagaan....

Isu pindaan Perlembagaan parti adalah isu yang perlu diberi perhatian khusus oleh ahli umno ketika ini kerana ianya berkait rapat dengan survival parti pada masa akan datang. Banyak aspek yang perlu dikaji bagi memastikan pindaan tersebut akan memberi impak positif kepada parti. Bukan niat saya menulis hari ini untuk membincangkan secara khusus tentang pindaan perlembagaai tetapi sebagai golonagn muda dalam parti saya perlu mengambil tahu dan berbahas mengenai pindaan ini kerana kesannya akan dalam secara langsung kepada generasi perwaris dalam umno itu sendiri.


Pindaan mengenai jumlah ahli pemuda dan kouta pemuda sendiri disentuh secara langsung dalam pindaan tersebut dan saya berpendapat sememangnya jumlah tersbeut perlu berubah. Jumlah yang lama tidak lagi mencerminkan kekuatan umno disetiap tempat itu sendiri. Sebagai contoh ketika syarat menubuhkan pemuda cawangan ialah sebanyak 15 otang ahli pemuda yang berbayar yura dan korumnya 9 orang untuk menjalankan Persidangan semasa Persidangan tahunan. Jumlah ini tidak lagi relevan dan sepatutnya ketika ini jumlah ini boleh dinaikkan ke 25 orang ahli supaya keahlian pemuda itu benar-benar kita dapat hasilkan dalam jumlah yang sebenar dan mampu untuk menghasilkan kourum seperti yang diminta . Jumlah yang terlalul sedikit akan menyebabkan susah untuk mendapatkan kourum dan sekaligus mengurangkan peluang untuk mencukupkan kourum semasa mesyuarat. Kourum juga mungkin boleh dinaikkan kepada 11 orang merangkumi Pengerusi tetap dan Timbalan pengerusi Tetap.

Sistem pemilihan MKT juga wajar dilaksanakan diperingkat bahagian semata-mata dan tidak perlu untuk diundi diperingkat cawangan. Pengundian di peringkat bahagian akan lebih teratur dan secara outomatiknya semua ketua-ketua UMNO cawangan telah berada dalam mesyuarat perwakilan bahagian dan akan sentiasa dapat menyampaikan maklumat, masalah , saranan dan berbagai isu lagi secara direct kepada makluman. Namun untuk menjadikan lebih adil , maka penambahan ahli mesyuarat boleh dibuat dengan menambah keahlian mesyuarat melayakkan secara automotik Ketua Pemuda Cawangan, Ketua Wanita, ketua Puteri untuk hadir di mesyuarat perwakilan umno bahagian.

Sistem penerimaan keahlian yang selama ini dijalankan oleh pihak Ibu pejabat haruslah diberi kepada umno bahagian yang akan bertindak berdasarkan laporan tersebut. Yang lebih mengetahui tentang ahli yang hendak didaftar masuk juga adalah orang umno bahagian itu sendiri sahaja.

Selasa, 4 Ogos 2009

Ceramah UMNO

Cadangan Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang mengarahkan setiap bahagian mengadakan ceramah pada setiap bulan sudah sampai kepada keprluannya . Program ceramah yang sepatutnya menjadi salah satu senjata wajib parti politik ini sudah lama ditinggalkan oleh umno yang selesa dikerusi-kerusi empuk Adun, Ahli Parlimen, EXCO negeri, Menteri Besar dan Ketua Menteri, Setiausaha Politik, Timbalan Menteri dan Menteri . Keselesaan yang jelas apabila sudah kekok lagi untuk menyebut umno dalam majlis sebaliknya menggunakan istilah kerajaan ( kerajaan tidak boleh campur dengan parti...tak payah nak berparti la senang) . Majlis anjuran jabatan ataupun kementerian juga dilaksanakan sepenuhnya oleh pegawi kementerian dan orang umno dijemput untuk menjadi nasi tambah supaya kehadiran ke majlis akan jadi ramai dan majlis akan dilaporkan sebagai mendapat sambutan rakyat.

Masa untuk hadir keceramah parti semata-mata tidak lagi sesuai dan doganti dengan program kementerian, perasmian , penyampaian bantuan dan sebgainya yang tidak sedikit pun menyebut Umno yang telah berjasa memberikan pangkat kepada menteri tersebut sehingga berjaya menjadi ahli parlimen dan seterusnya dilantik sebagai menteri dan sebagainya. Penceramah untuk program parti diserahkan kepada orang yang tidak mempunyai sebarang kedudukan dalam kerajaan ataupun suruh sahaja JASA buat taqarrub dan dimasukkan dalam program penerangan umno bahagian dan hasilnya akn mendapat pujian dari pucuk pimpinan.

Kadang-kadang apabila buat appointment dengan pimpinan atas untuk ceramah 100 orang tidak sesuai katanya kerana jawatan Menteri Besar atau Ketua Menteri kena ada 3000 orang hadir baru setaraf. Akhirnya program berjalan dengan memakan belanja yang besar tetapi kesannya hilang entah kemana.

Oleh yang demikian saranan Ketua Penerangan UMNO Malaysia ini sudah sampai masanya walaupun sudah agak terlewat. Oleh yang demikian kerana ini adalah ceramah bulanan dan kumpulan sasar mungkin sama atau berbeza maka input yang berbeza amat perlu untuk memastikan kehadiran ke tempat ceramah. Yang sebaiknya ialah phak Penerangan UMNO Malaysia sentiasa mendapatkan maklumat terkini berkenaan sesuatu isu ( nasional terutamanya – isu tempatan mungkin boleh dicari oleh UMNO Bahagian ) supaya isu tersebut dijelaskan secara bersepadu dan sama diseluruh negara. Barulah nanti rakyat akan mudah menerima kerana dia akan mendapat input yang sama disemua tempat. Isu-isu berkaitan kepimpinan seperti contoh isu yang melanda Menteri Besar Pahang yang disaman ataupun isu penghapusan kouta bumiputera dalam syarikat pelaburan hendaklah dijawab serta merta oleh Penerangan UMNO Malaysia. Ini akan membant penerangan berfakta yang akan dilakukan dengan cepat oleh pihak umno bahagian.

Oleh kerana UMNO tidak termasuk dalam golongan parti yang merompak duit orang ramai dalam bentuk derma dan sedekah maka pihak Peneranag UMNO Malaysia juga perlu menyediakan sedikit dana pada setiap bulan dalam jumlah yang difikirkan sesuai untuk program ceramah tersebut. Dengan cara demikian program tersebut dapat dirancang dengan baik dan tidak perlu menunggu Umno bahagian ataupun ketua penerangan umno bahagian mempunyai kewaangan barulah program dapat dilaksanakan.
Untuk memudahkan urusan ceramah, bolehlah gerak kerja ini dipecahkan mengikut peringkat seperti yang ada sekarang ini iaitu ceramah pemuda , ceramah puteri, ceramah wanita dan juga UMNO bahagian . maka dalam satu bulan Umno Bahagian akan mempunyai 4 siri ceramah yang boleh memberi penerangan kepada ahli dan rakyat di bahagian itu.

Sokongan padu dari kepimpinan atasan akan memastikan program sebegini berjaya terutamanya dari segi kehadiran penceramah dan bajet yang disediakan untuk menjalankan program tersebut.

Demo ISA

Demonstrasi Jalanan yang dilaksanakan oleh GMI baru-baru ini yang didalangi oleh pemimpin parti PAS, PKR DAP amat mengejutkan saya apabila melihat semangat berkobar-kobar para penunjuk perasaan. Sikap melawan ( mula-mula sahaja) pihak berkuasa tempatan sehingga sanggup disembur dengan air lada mahupun dipukul dengan belantan FRU merupakan salah satu sikap orang melayu yang berani. Cuma sayangnya keberanian itu hanya pada sesetangah perkara dan tidak pada yang lainnya. Agak pelik apabila setelah beberapa ketika dari dahulu hingga sekarang baru saat ini secara tiba-tiba perjuangan menentang ISA perlu dilakukan sedemikian rupa.

Puas saya mencari sebabnya tetapi gagal malahan amat sukar untuk merasionalkan pemikiran dan perbuatan tersebut. Alasan undang-undang kejam ini sudah lagi tidak relevan apabila beberapa peruntukan yang boleh digunakan untuk mencabar keputusan penangkapan di mahkamah menunjukkan pihak polis mahupun menteri sendiri tidak berkuasa menghalang kes mahkamah tersebut. Cuma bezanya tangkap ISA in membenarkan seseorang itu ditangkap dan ditahan tanpa bicara dalam tempoh tertentu. Namun melihat kepada suasana ketika in rasanya tidak perlu ada sebab untuk kita melupuskan ISA kerana selama ini sistem tersebut berjaya membawa keamanan didalam negara. Usah kata nak hapus , belum hapus sahaja sudah menimbulkan pelbagai konflik hubungan antara kaum di Malaysia. Pendemonstrasi yang diketua sebilangan besar ( ada yang kata 99% orang melayu) tidak menunjukkan hubungan kesamarataan seperti yang dicanang oleh pihak pembangkang.

Keistimewaan juga tidak perlu diberikan kepada pesalah ISA kerana setiap tangkapn yang dibuat mesti mengikuti prosedur yang betul sebelum seseorang boleh dipenjarakan dikamunting. Sebagai orang bertanggungjawab tidak sepatutnya melakukan sesuatu yang boleh dianggap membahayakan keselamatan awam dan juga negara. Sememang kesalahan sebegini memerlukan tindakan pantas berbentuk pencegahan supaya yang buruk dapat dielakkan dan dicegah sebelum berlaku. Contoh yang paling jelas ialah demonstrasi baru-baru jelas menunjukkan bahawa perbuatan tersebut sememangnya menghuru-harakan negara dan tidak sepatutnya dibuat. Tetapi kerana liputan media yang luas dan hak asasi ( kononnya ) maka yang buruk tetap berlaku dan akhirnya bukannya mereka sahaja terlibat malahan orang awam yang tidak berdosa juga menjadi mangsa.

Lagipun sememangnya pesalah-pesalah tak mengira ditangkap atas ISA ataupun atas tangkapa jenayah lain memang akan memberi amsalah kepada keluarga secara langsngnya. Oleh yang demikian tidak timbul soal keluarga ditinggalkan tanpa nafkah, zalim , memisahkan keluarga dan sebagainya kerana memang itulah yang berlaku apabila sesorang itu dipenjarakan. Jadi kenapa pula hanya keluarga ISA yang disensasikan dan tidak pada yang lain.

Undang-undang ISA ini hanya sebahagian dari undang-undang negara yang ada dan ianya boleh diperbahaskan dengan secara ilmiah oleh semua ahli parlimen. Oleh kerana itu , ianya boleh diperbahas dan dibincangkan dalam dewan parlimen kerana jumlah ahli parlimen PAS, PKR dan DAP juga agak ramai pada sesi ini dan tidak perlu riuh diluar sahaja. Forum-forum ilmiah seperti program Hujah TV9, perbincangan dalam pelbagai segmen di Astro Awani, forum aanjuran kerajaan, swasta dan sebagainya boleh digunakan sebagai platform untuk menyuarakan bantahan dan bukannya dengan cara melalak seperti orang tidak ada pegangan agama menuntut yang bukan-bukan dan menyussahkan orang awam yang lain. Kalau dilihat dari segi kehadiran sebanyak 5,000orang ( ada yang lapor 20,00 0 orang ) tidaklah ianya melambangkang majoriti rakyat itu sendiri. Pemilihan kerajaan juga yang sentiasa berjalan dalam tempoh setiap 5 tahun sekali juga membolehkan kita meluahkan sokongan secara bebas dan demokrasi.

Oleh yang demikian sememangnya demonstrasi bukanlah cara yang sesuai untuk rakyat di Malaysia ini malahan mungkin juga ianya tidak sesuai dan bercanggah dengan agama Islam yang diakui sebagai agama rasmi kepada Malaysia ini.