Isnin, 17 Ogos 2009

Tangani H1N1 Segara

Sudah tiba masanya ketika ini kerajaan perlu mengambil satu tindakan drastik untuk memastikan penularan wabak H1N1 ini dapat ditangani dengan baik. Semua kelengkapa yang perlu disediakan mesti diperiksa dan ditambah dengan cepat supaya semua hospital dan poliklinik mendapat bekalan yang mencukupi. Kematian yang sering bertambah setiap hari ini adalah satu fenomena yang membimbangkan rakyat ketika ini.

Sebagai salah sebuah parti ulung dingera in yang sentiasa mengamalkan tradisi membela rakyat walaupun rakyat tidak pernah membela parti menekankan kepada kerajaan supaya mengambil berat masalah yang berlaku berkaitan H1N1. Sikap tidak bertanggungjawab segelintir kakitangan hospital dan klinik perlu diberi perhatian segera supaya kecuaian dapat diminimakan. Pemeriksaan yang teliti tanpa mengira kes perlu diamalkan supaya sebarang perkara buruk dapat dielakkan terlebih dahulu.

Rakyat juga ketika ini perlu peka dengan masalah yang berlaku dan takat bahayanya H1N1 ini. Sikap ambil mudah sesetangah golongan rakyat juga membawa kepada penularan wabak H1N1 ini kerana ianya boleh merebak melalui udara. Rakyat perlu mengambil sikap yang tegas dengan mengurangkan sebanyak mungkin berkenaan melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan penularan wabak berlaku.

Oleh yang demikian blog ini menyeru pihak kerajaan meningkatkan amaran kepada rakyat supaya usaha bersepadu kerajaan dengan rakyat akan menjadi jitu untuk mengelakkan penularan yang besar-besaran di negara ini. Hanya sikap bertolak ansur dan kerjasama tanpa mengambil kesempatan yang akan menjamin kesempurnaan usaha yang dijalankan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan