Ahad, 29 November 2009

Majlis Korban Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran 2009

Alhamdulillah pagi tadi telah selesai ibadah korban Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Maran yang dilangsungkan di Kampung RTP Kampung Awah. Terima Kasih yang tidak terhingga kepada penduduk kampung terutamanya tuan imam dan juga Kekanda Ketua UMNO cawangan yang telah bekerja keras membantu kelancaran majlis korban tersebut. Sebanyak dua ekor lembu telah dikorbankan dan hampir kesemuanya daging telah disedekahkan kepada penduduk kampung dan sebahagian kecil daging diserahkan kepada pemilik bahagian yang menyertai ibadah korban kali ini. Terima kasih juga kepada peserta-peserta juga yang telah menyertai majlis kali ini. Insyaallah dimasa hadapan program sebegini akan diperbanyakkan untuk kebaikan bersama. Gambar-gambar akan menyusul dalam posting seterusnya..

2 ulasan:

  1. ehem ehem batuk pulok30 November 2009 2:06 PG

    Korban Pergerakan Pemuda Umno,
    Agih tak kat orang Pas
    Bior Betul Betul...

    BalasPadam
  2. walaupun berlainan fahaman politik, tak perlu lah kita nak tinggalkan orang yang dalam kesusahan , tak kira dia orang pas atau pkr....saudara ehem2 dapat ke daging dari orang PAS...???

    BalasPadam