Jumaat, 6 November 2009

PUSPAKOM

BLOG INI MENENTANG KERAS CADANGAN KERAJAAN UNTUK MEWAJIBKAN PEMERIKSAAN KERETA BERUMUR MELEBIHI 15 TAHUN DI PUSPAKOM. BLOG INI BERPENDAPAT POLISI INI AKAN MEMBEBANKAN RAKYAT KERANA RAMAI DIKALANGAN RAKYAT YANG KURANG KEMAMPUAN HANYA MAMPU MEMBELI KERETA TERPAKAI YANG BERUMUR LEBIH DARI 15 TAHUN. PEMERIKSAAN KETAT DI PUSPAKOM AKAN MENYEBABKAN BANYAK KERETA TERKANDAS UJIAN DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN. INI AKAN MENGUNDANG BAHAYA KERANA MEREKA TETAP AKAN MENGGUNAKANYA KERANA KEPERLUAN HIDUP.

OLEH YANG DEMIKIAN SAYA MENUNTUT SUPAYA KERAJAAN MEMIKIRKAN SEMULA CADANGAN INI KERANA JELAS IANYA LEBIH BANYAK KEBURUKAN DARI KEBAIKAN KEPADA RAKYAT ...... " RAKYAT DIDAHULUKAN...."

7 ulasan:

  1. mekanisma nak mengurangkan jumlah kereta di jalan raya..sekaligus meningkatkan penjualan kereta tempatan. yg makan gaji, berkemampuan akan menangung hutang kereta sepanjang hayat jawabnye. ye la, kereta dah lama sket kena tukar baru.

    yg tak mampu, akan beralih kpd motorsikal.

    ini mmg nampak dah macam memaksa. bila pegi puspakom bkn free..dan pemeriksaan ketat.

    I say NO

    BalasPadam
  2. Saya pun say...NO!!! Hihihi...yer la...kalo ikutkan kadar kenaikan kemalangan di jalan raya...adakah disebabkan kereta terpakai??? Saper jawab YA...meh nak sekeh..ahaks...hanya segelintir sahaja...kebanyakan adalah kereta2 keluaran baru yang kononnya nak 'test' kelajuan dan menyebabkan kemalangan...tidak ketinggalan juga yang berlaku 'kurang ajar' di jalan raya...huh!!! ini dah berlaku KETIDAKADILAN nih...so...saya tetap say NO!!!NO!!!NO!!! MUKTAMAD...yeyyyy

    BalasPadam
  3. KATANYA UMNO DAH BERUBAH,KATANYA RAKYAT DIDAHULUKAN. TETAPI HINGGA HARI INI...... Suara Umno Bahagian macam lama juga. Suara Pemuda tak dengar jantannya...ke tak ada punai, cuba raba batu tu !

    BalasPadam
  4. saudara awang kurap,bersihkan kurap dibibir anda dulu sebelum berkata-kata....kerajaan mungkin ada sebab menasabab kenapa perlaksaan tersebut dibuat, mungkin untuk mengurangkan jumlah kecelakaan jalan raya yang semakin meningkat di malaysia.tetapi ape yang membimbangkan adalah tidak semua rakyat jelata yang ,mampu untuk memiliki kenderaan baru dan melupuskan kenderaan lama yang sekian lama mereka miliki.....saya berharap kerajaan dapat memikirkan semula mengenai perkara diatas supaya ianya dapat memihak kepada rakyat..

    BalasPadam
  5. Salam,

    Malam tadi bila dengar berita yang Menteri Ong Tee Kiat kata dasar ini tidak akan dibatalkan, maka saya rasa amat kecewa. Sedangkan sehari sebelumnya TPM kata kerajaan sedia untuk mengkaji semula.

    Menteri OTK kata kerajaan membuat keputusan tersebut dgn berdasarkan kepada bebanan rakyat dan keselamatan. Bagaimanapun apakah kajian telah dibuat untuk membuat keputusan tersebut:

    1. Berapakah jumlah kemalangan yang melibatkan kenderaan persendirian dalam setahun bagi tempoh 5 atau 10 tahun?

    2. Berapa % kah kemalangan yg melibatkan kenderaan baru dan % melibatkan kenderaan lebih 15 tahun?

    3. Berapa jumlah kenderaan persendirian dan perdagangan?

    4. Berapa jumlah kenderaan persendirian yg baru dan yg lebih 15 tahun?

    5. Berapa banyak pusat puspakom? Adakah mencukupi utk menampung jumlah kenderaan ini?

    6. Sekiranya telah beberapa kali melalui ujian tetapi tidak lulus, apakah bentuk dan cara yang kerajaan sediakan untuk mengatasi masalah dan bebanan rakyat yang berkaitan dgn perkara ini? Apakah perlu dilupuskan dgn menjualnya sbgi besi buruk?

    7. Sekiranya atas faktor keselamatan, apakah kereta baru semuanya mempunyai ciri-ciri keselamatan yang mencukupi?

    8. Apakah senarai perkara-perkara yang akan diperiksa oleh Puspakom? Apakah sama dengan kenderaan perdagangan?

    Banyak lagi soalan yang boleh diajukan oleh rakyat dan kerajaan perlu menjawabnya.

    Rakyat melihat bahawa langkah ini hanya bertujuan untuk memberi keuntungan kepada beberapa pihak sahaja iaitu:

    1. Puspakom
    2. Syarikat pengeluar dan pengimport kereta
    3. Syarikat penjual, agen dan dealer kereta
    4. Syarikat servis dan bengkel kereta

    Dan yang merana ialah rakyat dan syarikat penjual kereta terpakai.

    OK, menjurus kepada soal harga diri, moral, agama dan bangsa saya katakan bahawa:

    1. Menteri OTK sememangnya tak bermoral sbb melanggar janjinya sendiri berhubung isu EGM partinya. Elok berundur sahaja.

    2. Isu PKFZ - saya yakin 110% jika beliau terlibat.

    3. Dasar ini sememangnya menguntungkan pihak yg dinyatakan di atas yg majoritinya kaum Cina. dan yang merana ialah rakyat yang majoritinya kaum Melayu.

    4. BN dan UMNO mesti melihat perkara ini secara serius. Setelah kepercayaan rakyat merudum terhadap keegoan dan kesombongan BN hampir 50 tahun, maka rakyat beralih kepada payung PR. Ternyata PR lebih bobrok dari BN. Jika BN masih tidak belajar dan terus menindas rakyat (Melayu), jangan ingat kami bodoh seperti kepala lembu.

    Kami rakyat Melayu akan bangkit menentang kebajingan pemimpin politik baik dari BN ataupun PR.

    Salam.

    -Tetamu Jumaat-

    BalasPadam
  6. awang kurap simpang jengka6 November 2009 5:35 PTG

    HA, sdr AMINCHENOR DAN CUCU TOK GAJAH, SUARA TETAMU JUMAAT TU AMBIL PERHATIANLAH.( JANGAN PULOK KATA KERAJAAN TIDAK TUNDUK KEPADA UGUTAN MANA MANA PIHAK PULOK). BERPOLITIK LAH DEMI BANGSA MU SENDIRI YANG AMAT AMAT PERLU DIBANTU DITOLONG. (JANGAN PULOK KATA,KITA TAK NAK JADI BANGSA SUBSIDI, BANGSA RED INDIAN AMERIKA PULOK).

    BalasPadam
  7. CIKGUDRIVINGSCHOOL18 November 2009 3:41 PG

    Kereta Kancil Baru
    Unyuk Buat Driving School
    Sudah Cat Tulis Body
    Hantar Puspakom

    Tak Lulus
    Brek Tak Bagus
    Dan Blu bla bruk brek
    Keluar- Masuk Semula
    Barulah LULUS

    BalasPadam