Ahad, 15 Mac 2009

PERHIMPUNAN UMNO

MAKLUMAN... SEMUA SAHABAT PEMUDA MARAN DIJEMPUT BERSAMA MENGHADIRI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO YANG AKAN BERLANGSUNG MULAI 24HB MAC - 28HB MAC DI PWTC KUALA LUMPUR... INSYAALLAH SUSAH SENANG KITA BERSAMA...

5 ulasan:

  1. Bos! Terima Kasih atas jemputan....!

    KP ngan G yang dua orang lagi tu...jemput kome ke tak?

    NK...NK..lah....Nk ni kome dah bese sgt dah! Dema tu jgn lupa plok kat kome ni.. Ni kang... balik2.. NK yang nyelesai...! Yg G2...senyap je.. KP pun gitu jugek!

    DSKT...DSKT gak...! Pwakilan yang mangkoh dulu pun kena ingat gek weh!

    Masa borok... ke main sedap...duit kuatlah..! Biasalah..keta pun mcm orang PKR.. Yang sorang lagi tu..marhain..marhain jgk! Budi dan jasa...jgn dilupa...makan boleh makan...tp jgn lah asyik sorang2...ajak2 lah kome ni...

    Jangan cerita keikhlasan masa nak ke undi je..!
    Masa ni sms..pun takde..jauh sekali.. nk calling2! Balik2 2-3 org tulah..yang biase sms @ tepon pun...yang lain tu haram!

    Malas ckaplah..! Geng2 ni pada koi...jenis borok...cakap ber'gegar'...Org camni baik kita 'pongek' kan je..bila dia datang minta tolong ngan kita nanti..!

    Sori NK...nak lepas geram sikit..bukan nak mngata...nak mnceritakan hay!

    BalasPadam
  2. Salam sdr Apache,
    Ada perubahan kerana saya dah lihat ada makluman tentang aktiviti permuda Maran. Selain itu maklumkan juga aktiviti lain umpamanya mesyuarat ajk PEMUDA, anjuran sukan, lawatan dan perjumpaan dengan penduduk kampong...biarpun ianya tidak mungkin dihadiri pembaca sekurang2nya mereka melihat ada yang kita lakukan. Saya dulupun dalam pemuda di bahagian ......??@ rahsialah weh!

    BalasPadam
  3. http://www.malaysiakini.com/news/100490

    Umno Paya Besar desak MB letak jawatan
    Mar 18, 09 6:20pm

    Umno Bahagian Paya Besar hari ini menggesa agar Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob meletakkan jawatan sebagai mengambil tanggungjawab di atas keputusan Lembaga Disiplin parti yang mendapati empat wakil rakyat Umno dari bahagian itu bersalah melanggar Perlembagaan parti dan tataetika ahli Umno.

    Mereka ialah ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah; Adun Lepar, Mohd Shohaimi Jusoh; dan Adun Pancing, Mohd Zaili Besar.

    Md Sohaimi adalah timbalan ketua bahagian, Mohd Shohami (naib ketua bahagian), Mohd Zaili (ahli jawatankuasa bahagian) dan Abdul Manan (ahli biasa).

    Abdul Manan digantung keahlian selama setahun manakala yang lainnya diberi amaran.

    Ketua bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman mendakwa pihaknya mempunyai saksi bahawa keberanian keempat-empat wakil rakyat tersebut yang secara terbuka mencabar etika parti, adalah didalangi oleh Adnan (foto) sendiri.

    "Umno Bahagian Paya Besar merakamkan rasa kesal terhadap tindak tanduk pengerusi badan perhubungan Umno Pahang itu dan berpendapat beliau hendaklah mengambil tanggungjawab dengan meletak jawatan sebagai pengerusi badan perhubungan Umno Pahang," katanya dalam satu kenyataan yang difakskan ke Bernama hari ini.

    Ahmad Tajuddin berkata beliau percaya keputusan Lembaga Disiplin parti adalah berasaskan peraturan sedia ada dalam rangka mengembalikan integriti parti.

    Sementara itu, Adnan menasihati ahli Umno Pahang yang telah didapati bersalah supaya lebih berhati-hati pada masa depan untuk mengelakkan tragedi yang sama berulang ke atas mereka.

    Dalam satu kenyataan melalui khidmat pesanan ringkas kepada Bernama hari ini, beliau menasihatkan mereka, jika boleh, supaya menangguhkan sementara tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat, ketika berlangsung pemilihan Umno minggu depan, agar tidak didakwa sebagai melakukan apa-apa kesalahan.

    Lembaga Disiplin Umno semalam memutuskan ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail digantung selama setahun, Ketua Pemuda Maran Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi digantung keanggotaan selama tiga tahun manakala Timbalan Ketua Umno Bahagian Paya Besar Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah, Naib Ketua Umno Bahagian Paya Besar Mohd Shohaimi Jusoh dan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Paya Besar Mohd Zaili Besar diberikan amaran.

    Adnan juga berkata, kejadian itu adalah sesuatu yang menyedihkan bagi Umno Pahang namun beliau bertegas, bahawa pada dasarnya, mereka yang didapati terbabit itu tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.

    "Adalah menyedihkan bila menyaksikan rakan-rakan kita dihukum kerana melampaui batasan kod etika parti tapi yang baiknya ialah mereka tidak melakukan apa-apa bentuk jenayah, namun keputusan Lembaga Disiplin Umno mesti dihormati oleh semua ahli parti.

    "Saya ingin jelaskan bahawa Ahli Parlimen Paya Besar yang digantung setahun dan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Lembing (Md Sohaimi), Lepar (Mohd Shohaimi) dan Panching (Mohd Zaili) yang dikenakan amaran bukanlah kerana menggunakan wang tetapi didapati telah menganjurkan dan menyertai perjumpaan dalam usaha mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dalam tempoh pemilihan jawatankuasa Umno bahagian yang lepas," kata beliau.

    BalasPadam