Isnin, 2 Mac 2009

Tahniah

Terima kasih dan Tahniah pada semua jentera pemuda umno bahagian yang telah bertungkus lumus menjayakan program Pemuda UMNO Maran pada hujung minggu baru-baru ini. Pada hari sabtu ( 28hb Februari 2009 ) telah dijalankan program pemuda bersama masyarakat yang dijalankan di felda jengka 4 sebagaimana dalam jemputan yang saya postingkan baru-baru ini. Terima kasih pada semua Ketua UMNO cawangan, Ketua Pemuda , Wanita dan Puteri Cawangan serta ahli-ahli sekelian di felda Jengka 4 yang telah sudi membantu untuk menjayakan program tersebut. Budi baik tuan Allah sahaja yang membalasnya. Terima kasih daun keladi juga pada YB ADUn Dato’ Shahaniza Shamsuddin dan juga YB Dato’ Haji Ismail bin Abd Muttalib yang sudi membantu dari segi kewangan bagi menjayakan program tersebut.

Seterusnya pada hari Ahad ( 1 Mac) telah berlangsung pula kejohanan Ping Pong tertutup Dun Chenor yang dilangsungkan bertempat di balairaya RPSB Bukit Kening. Tahniah pada Pemuda Dun bersama denga Biro Sukan Pemuda yang telah bertungkus lumus menjayakan kejohanan ini. Semoga selepas ini akan berlangsung lagi kejohanan lain di tempat yang lebih besar memandangkan jumlah penyertaan yang terlampau ramai menyebabkan format pertandingan terpaksa dijalankan secara kalah mati. Tahniah diucapkan pada para pemenang dan juag pada yang tidak Berjaya jangan putus asa dan cuba lagi dilain masa.

Insyaallah hasrat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran untuk benar-benar turun Padang bersama dengan ahli pemuda dan golongan muda belia akan mencapai matlamatnya dengan usaha dan tekad kepimpinan diperingkat Pemuda Bahagian dan Dun. Dengan adanya kerjasama yang erat ini adalah diharapkan segala yang dirancangkan akan mencapai matlamatnya.

4 ulasan:

  1. assalamualaikum,

    tiada Tuhan yg disembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH.

    moh masuk agama ISLAM belaka, selesai masaallah.

    BalasPadam
  2. Salam Apache,

    Semakin hari blog ini semakin mantap, tahniah. Saya cadangkan supaya sdr memaklumkan setiap aktiviti yang akan dijalankan oleh UMNO Bahagian sdr untuk rujukan semua pelawat blog sdr. Terima kasih dan selamat berjuang.

    BalasPadam
  3. salam BERANIKAH HATI..

    Tq bro..Insyaallah..bersatu teguh..bercerai kita roboh..

    BalasPadam
  4. Tahniah kepada ppu maran kerana dengan jayanya menjalankan program di jengka 4...harapan saya kepada semua yg belum menyertai UMNO dapat melihat dan membuka mata keiklasan yang dibuat oleh pucuk pimpinan UMNO...bravoo

    BalasPadam