Ahad, 24 Mei 2009

Berubahlah untuk kebaikan semua


PELIK…dalam ketika UMNO dalam keadaan lemah begini masih ramai ahli UMNO yang sibuk berkelahi sesama sendiri. Masih ramai yang berebut kuasa untuk menjawat jawatan dicawangan dan bahagian. Ada juga yang berkempen memburuk-burukkan calon lawannya kerana dengan cara itu dia berharap akan mendapat sokongan yang ramai dari ahli yang lain. Malangnya perbuatan memburukkan calon lawan dibuat ditempat terbuka sehingga didengar oleh rakyat jelata sekelian. Akhirnya hasrat untuk memegang kuasa samada tercapai atau tidak hanya membawa musibah kepada parti sendiri.

Ada juga yang masih berpuak-puak dan bermati-matian mempertahankan puak atau kumpulannya. Tidak kira apa sahaja yang penting ketua puak atau kumpulan mesti dipertahankan sehingga ketitisan peluh yang terakhir. Betul atau salah tidak lagi menjadi pertimbangan kerana sudah tentu yang tidak bersama akan sentiasa salah dan kumpulan mereka sekiranya tidak betul sekalipun tetap akan dipertahankan. Setengahnya akan mengheret ahli-ahli parti yang berhampiran untuk sama menyokong mereka. Cerita yang berat sebelah dan salahkan diceritakan untuk menarik minat dan sokongan mereka.Akhirnya akibat tindakan mereka ahli jadi berpecah belah dan saling curiga mencurigai.

Sesuatu harus dilakukan sebelum terlambat. Ketika inin UMNO memerlukan kerjasama semua ahlinya untuk memastikan kemenangan di PRU ke 13 nanti. Sikap buruk seperti ini harus dilempar jauh untuk memastikan UMNO di PRU 13 nanti. Kalu tidak percayalah bahawa UMNO akan terus ditimpa musibah kerana ahli-ahlinya ini jauh dengan Allah SWT.

1 ulasan:

  1. saya tertarik dengan frasa : Kalu tidak percayalah bahawa UMNO akan terus ditimpa musibah kerana ahli-ahlinya ini jauh dengan Allah SWT.

    Ya memang benar, kepada siapa lagi kita mahu bergantung jika tidak kepada Allah !

    tentu kita memerlukan Dia sejak dulu, kini dan selamanya.

    terima kasih kunjungan saudara ke blog saya.

    salam.

    BalasPadam