Saya agak terkejut dengan kenyatan Yb Ahmad Bin Maslan, Ketua Penerangan Umno Malaysia yang menyalahkan ketua-ketua penerangan diperingkat cawangan dan bahaagian yang tidak bergerak menyebabkan UMNO kehilangan sokongan majoriti rakyat. Sepatutnya sebelum beliau membuat kenyataan tersebut perlulah beliau melihat keadaan sebenarnya.
Melihat kepada trend awal tahun 90an hingga kepada tahun 2008 kecuali tempoh 1999-2004, peringkat tertinggi parti lebih banyak mengabaikan peringkat Bahagian dan cawangan. Sebarang maklumat terkini berkenaan dasar dan keptusan kerajaan tidak lagi dimaklumkan kepada jentera parti diperingkat bahagian. Pimpinan peringkat tertinggi lebih selesa menggunakan kakitangan awam ( oppss…silap, penjawat awam..maaf ye..) diperingkat kementerian yang meraka jaga untuk menyampaikan maklumat tersebut. Ini mengakibatkan jentera parti lambat mengetahui maklumat-maklumat terkini. Sepatutnya sebagai parti yang memerintah kerajaan, sepatutnya pegawai-pegawai parti diperingkat teringgi seperti YB Ahmad Maslan ini mendapatkan maklumat tersebut untuk disalurkan terus kepada jentera parti diperingkat cawangan dan bahagian.
Jangan salahkan pimpinan bahagian dan cawangan kerana parti tidak pernah diberi peluang untuk mencampuri urusan pentadbiran kerajaan. Bukannya dengan menjadi pimpinan umno cawangan dan bahagian akan dijanjikan dengan projek yang melimpah ruah malah kadang-kadang lagi susah untuk mendapatkan projek kerana terpaksa bertolak ansur dengan ahli dan rakyat jelata sekelian. Sudahlah demikian untuk mendapatkan peruntukan program dari peringkat pusat ataupun peringkat negeri mengambil masa berbulan-bulan dan akhirnya jentera diperingkat cawangan dan bahagian menjadi lemah semangat untuk menjalankan program tersebut kerana dari segi masa telah tidak lagi relevan lagi.
Sikap pemimpin atasan yang apabila diberi peluang menjawat jawatan diperingkat negeri dan persekutuan menjadi sombong dan lupa diri juga menjadi punca kepada kelemahan jentera parti diperingkat cawangan dan bahagian. Malahan ada juga pemimpin negari yang memberi kuasa kepada pegawai kerajaan ( yang tidak diketahui sokongan politiknya) untuk memastikan tidak ada gangguan dari orang umno sendiri( jahat sangat ke kami diperingkat bahagian dan cawangan nih…) . Sepatutnya pemimipin tersebut mestilah sedar bahawa antara faktor mereka ini menang dalam pilihanraya adalah kerana jasa ahli parti diperingkat cawangan dan bahagian yang tidak jemu-jemu berkempen dan mengundi.
Jadi-jadilah memburukkan parti sendiri dalam media cetak dan media elektronik. Sepatutnya kesempatan masa yang ada ini digunakan sepenuhnya untuk merancang dan melaksanakan program-program parti bagi menarik kembali sokongan rakyat kepada UMNO. Jangan hanya pandai beretorik sahaja demi untuk jadi glamor semata-mata.

Salam,
BalasPadamSaya bersetuju dengan pendapat Yb Ahmad Bin Maslan, Ketua Penerangan Umno Malaysia yang menyalahkan Ketua Penerangan Bahagian dan cawangan kerana memang mereka kurang bergerak dalam menjalankan tugas seperti apa yang berlaku sebelum itu. Kerana itulah banyak maklumat tidak sampai kepada ahli-ahli. Begitu juga dengan keahlian baru yang langsung tidak menampakkan pertambahan keahlian. Ini mungkin kerana ketua cawangan yang selesa dengan ahli yang ada yang pastinya tidak akan mencabar beliau bagi jawatan ketua cawangan bagi tempoh yang lama atau mungkin selama-lamanya.
Bagaimana pun saya juga setuju dengan pendapat Sdr. Apache sendiri tentang apa yang dinyatakannya - jari juga harus dituding kepada pemimpin-pemimpin tertinggi parti yang tidak membina hubungan erat dengan akar-umbi parti.
Kita harus mengambil iktibar dari segalanya ini da semua pihak harus bertindak kearah perubahan total demi kepentingan parti, bangsa dan negara ~ bERANIKAN hATI
Sdr Amin,
BalasPadamSepanjang pengalaman saya, saya tidak tahu apa fungsi ketua penerangan ini. Mungkin saya tak ambil tahu atau memang tak berlaku, tetapi saya tak pernah dengar atau lihat ketua penerangan beri penerangan, secara lisan atau bertulis.
Maaf la jika ada yang terasa. Tetapi nama jawatan adalah berkaitan penerangan, tetapi apa fungsinya, entahlah.
Harap ada ketua penerangan yang dapat buktikan saya silap dan buktikan saya salah memberi pandangan. Buktikan dengan bukti yang kukuh dan hujah yang bernas.
Saya juga harap YB Ahmad bin Maslan ini akan tunjukkan bagaimana cara ketua penerangan bekerja, buktikan anda benar dan betul.
.