Ketika ini ramai yang memberi berbagai pandangan kepada UMNO supaya dapat kembali diterima secara keseluruhannya oleh rakyat. Ketika ini dilihat seolah-olah rakyat terutamanya orang melayu (ramai dari golongan muda) begitu cenderong kepada parti-parti pembangkang seperti PAS, PKR dan DAP. Entah mengapa tiba-tiba sahaja segala penat lelah, titik bengit dan keringat yang mengalir pada pejuang-pejuang negara melalui UMNO seolah-olahnya hilang dimata rakyat. Golongan muda secara terang-terangan bertindak tanpa segan silu untuk menentang UMNO walaupun apa yang mereka nikmati ini datangnya dari perjuangan UMNO itu sendiri.
Segelintir manusia yang rakus dan dahagakan kuasa pula menggunakan sepenuhnya peluang ini untuk membelasah UMNO dari segala segi disamping mengapikan lagi semangat orang-orang muda itu. Akhirnya masyarakat menjadi berpecah belah dan pelbagai tudahan dan kecaman dilemparkan. Ulamak dunia, perompak, penyangak, penderhaka, kafir, dan sebagainya menjadi mainan dibibir mulut rakyat yang selama ini ditatang bagaikan minyak yang penuh supaya segalanya dapat diberikan demi memastikan keselesaan rakyat. Memang UMNO tidak pernah mendabik dada bahawa apa yang dilakukan sudah mencukupi malahan ianya terus berusaha dari semasa ke semasa untuk memastikan UMNO dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Namun ketika ini, mungkin akibat daripada kelemahan kepimpinan terdahulu,, rakyat kini seolah-olah mempunyai lebih banyak masalah berbanding ketika mula-mula negara ditubuhkan. Pelbagai hujah disampaikan untuk memastikan dan menyokong segala tindakan yang dilakukan. Soal asas penubuhan negara seperti Agama, Kedudukan Raja, kontrak sosial, hak keistimewaan mula dipersoalkan kembali.
Oleh yang demikian adalah lebih baik sebagai sebuah negara yang mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi negara untuk kembali kepada agama Islam untuk menyelesaikan masalah negara ketika ini. Oleh itu sudah sampai masanya UMNO mempelopori usaha untuk meminda perlembagaan yang ada sekarang supaya selaras dengan kehendak Al Quran dan Sunnah. Ini akan menjamin kesejahteraan rakyat kerana Al Quran dan Sunnah adalah rujukan terbaik bagi orang Islam. Ini akan membuktikan bahawa Malaysia sememangnya negara Islam sebagaimana yang diucapkan oleh Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu.
Rakyat yang bukan beragama Islam tidak perlu khuatir kerana Islam menjamin keselamatan mereka dan oleh kerana Mahkamah sivil ketika ini telah wujud mereka boleh memilih untuk mengikut hukum sivil, hukum agama mereka ataupun mengikut undang-undang negara yang berpandukan kepada Al Quran dan Sunnah. Contoh terbaik berkenaan dengan kaedah pemerintahan negara setelah perlembagaan baru digubal ini ialah kerajaan pimpinan Rasulullah di Madinah Al Munawarrah pada 1430 tahun dahulu. Jika UMNO berjaya menyakinkan rakan-rakan dalam Barisan Nasional untuk melaksanakan perkara ini, maka sudah tentulah UMNO akan kembali diterima rakyat terutamanya melayu yang sudah tentu beragama Islam dan sudah tentu kewujudan PAS telah menjadi tidak relevan lagi. Apatah lagi kini PAS tidak lagi memperjuangkan penubuhan negara Islam kerana mereka terpaksa mengikut telunjuk PKR dan DAP dan kerana itu slogan mereka telah ditukar kepada negara berkebajikan sahaja.
Maka akan tertunailah salah satu Fasal 3.3 UMNO iaitu:
3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama
rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.
Tidak sepatutnya menjadi kesukaran kepada parti parti komponen dalam Barisan Nasional untuk menyokong perubahan perlembagaan ini kerana ianya akan memeberi banyak manfaat kepada mereka. Konsep kepimpinan nasional ketika ini yang meletakkan urusan pentadbiran negara secara kerjasama boleh diteruskan selepas pindaan perlembagaan tersebut. Orang cina, india masih boleh memegang jawatan menteri dan sebagainya kerana Islam tidak pernah melarang dari mereka berbuat demikian kerana tidak kiran rakyat itu Islam atau tidak mereka akan mempunyai hak yang sama ( bukankah itu yang dimahukan oleh orang cina dan india) . jadi sememangnya cadangan ini akan lebih menguntungkan mereka kerana secara rasminya agama mereka diiktiraf dan dibolehkan membuat hukuman bersesuaian berkenaan kesalahan agama mereka secara sah berbanding sekarang yang semua kesalahan agama mereka tidak dapat dirujuk dimahkamah.
Oleh yang demikian adalah sewajarnya sebagai orang Islam hendaklah kita mengikut pesanan junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang mengingatkan kita supaya orang Islam apabila berlaku perselisihan maka hendak segera kembali kepada Al Quran dan Sunnah. Insyaalah dengan kesungguhan dan keazaman yang ada pada kepimpinan UMNO hari ini tidak mustahil untuk ianya dilakukan. Ini kerana sebagai umat Islam kita mengimani bahawa Islam itu adalah tinggi dan tidak ada lagi yang lebih tinggi daripadanya. Maka sesuailah sekiranya AlQuran dan Sunnah yang menjadi rujukan utama agama Islam di tegakkan pada Perundangan tertinggi negara Malaysia yang tercinta..Insyaallah..

Assalamualaikum,
BalasPadamPertamanya, jangan salahkan gologan muda kerana tidak menyokong UMNO. Bukan niat untuk melupakan sejarah, tetapi mengenang sejarah sahaja tidak mendatangkan kebaikan. UMNO dahulu di zaman 'sejarah' yang anda nyatakan tidak sama dengan UMNO sekarang dari banyak segi. UMNO dahulu diterima kerana pemimpinnya ikhlas memperjuangkan bangsa dan negara. UMNO sekarang dimata golongan muda ialah terdiri daripada pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan melakukan sesuatu tanpa keikhlasan untuk mendapatkan sokongan. golongan muda merasakan mereka tertindas oleh sikap bias pemimpin-pemimpin UMNO yang sentiasa mendahulukan kebajikan diri sendiri, kelurga dan kenalan mereka. Budaya rasuah didapati tidak dapat ditangani dengan baik. dalam UMNO. sikap double standard yang menindas menunjukkan bahawa pemimpin UMNO masih tidak berupaya melakukan perubahan positif dalam kepimpinan mereka. Kehadiran pemimpin-pemimpin lama yang diketahui tidak ikhlas dan kehadiran pemimpin-pemimpin muda yang mementingkan diri, sombong dan merasakan mereka semuanya betul juga semakin menjauhkan generasi muda dari UMNO. Lihat apa yang terjadi kepada ketua pemuda Maran. didapati berslah kerana rasuah. Rata-rata pemimpin UMNO cuba merasionalkan bahawa rasuah bukan rasuah tanpa ingin menghapuskannya. Tindakan pemimpin UMNO juga dilihat memilih bulu. Cuba anda bayangkan pada tahun 2009 ini, dizaman yang kononnya moden ini masih ada 1 keluarga di kg bak-bak yang tidak mempunyai bekalan elektrik kerana tidak mampu untuk membayar kos membayar tiang api dan sebagainya kepada TNB. Mana pergi UMNO yang prihatin? sedangkan Pahang ini sentiasa di bawah UMNO? buta kah mata pemimpinnya? Jika tok empat yang dilantik kerajaan UMNO tidak dapat mengambil tindakan sewajarnya walaupun telah beberapa kali dirujuk maka nescaya golongan muda yang prihatin akan menganggap UMNO sebagai parti zalim dan label ini akan digeneralisasikan kepada seluruh UMNO.
Ingat keyakinan rakyat kepada UMNO akan hanya pulih jika pemimpin UMNO menunjukkan perubahan positif yang memuaskan hati mereka. Jangan salahkan rakyat yang mengundi kerana mereka hanya menyatakan pendapat mereka melalui kertas undi sedangkan pemimpin sentiasa dihisab oleh rakyat baik melaui percakapan, perbuatan dan sebagainya. sebelum pemimpin menghisab rakyat, hisablah diri mereka dahulu. Sikap pemimpin yang menyalahkan rakyat hanya akan menambah kebencian mereka kepada UMNO
Sdr Amin,
BalasPadamSecara peribadi, saya melihat kepimpinan UMNO perlu berubah, bukan lagi retorik, tetapi realiti. Jangan hanya mengharap akar umbi untuk terus menyokong jika kepimpinan sudah tidak menunjukkan teladan yang murni dan lari dari matlamat.
Rakyat, terutama golongan muda, tidak melupakan sejarah. Namun, jika UMNO sentiasa mengungkit, apa maknanya sejarah? Kita perlu bergerak ke hadapan, sambil 'sesekali', bukan terlalu kerap, menoleh kebelakang.
Jasa UMNO besar, memberi pendidikan kepada anak-anak yang akhirnya menjadi bijak pandai. Apabila bijak menilai, bijak menafsir dan bijakn menterjemah apa yang dilakukan pemimpin, anak-anak tersebut akan membuat keputusan. Pemimpin wajib lebih bijak untuk menambat hati mereka agar terus membantu UMNO, bukannya sikap dan perangai yang akhirnya membuat anak-anak tadi menentang UMNO.
Orang-orang muda masa kini tidak lagi memerlukan pemimpin yang kaya dan menunjuk-nunjuk kemewahan. Apa yang diperlukan, pemimpin yang setiasa ada apabila diperlukan, bukannya pemimpin yang memimpin dengan 'remote control', atau hanya melihat dan mendengar dari pihak ketiga.
Suara saya hanyalah suara seorang yang berada di akar umbi. Mungkin tiada nilainya kepada pemimpin besar...
rentaka