Setelah memikirkan dengan secara mendalam hari ini saya akan melancarkan KEMPEN PENGHARAMAN PROGRAM REALITI YANG BERBENTUK HIBURAN MELALAIKAN TERMASUK PROGRAM REALITI MENCARI PENYANYI DAN PENGHIBUR. Saya merasakan bahawa program sebegini lebih membawa keburukan dari kebaikan berdasarkan hujah-hujah berikut :
1. Program ini melalaikan masyarakat.
2. Ianya membazir apabila terpaksa menghantar sms yang banyak
3. Lebih banyak lagi karier yang lebih baik untuk anak muda selain dari menjadi penghibur.
4. Tanpa program sebegini tetap penyanyi dan penghibur dapat mengetengahkan bakat mereka.
5. Melemahkan pemikiran masyarakat kerana asyik dengan hiburan semata-mata.
6. Syarikat yang menganjurkan program mengutip keuntungan atas angin hasil undian peminat.
7. Memusnahkan hidup peserta yang tersingkir awal kerana telah berhenti kerja dan komitmen lain untuk menyertai program.
8. Menggalakkan budaya tidak sopan apabila tidak dapat mengawal diri dalam memberi sokongan kepada peserta dan bergaul bebas antara lelaki dan perempuan.
9. Menyemaikan budaya hidup barat yang mementingkan hiburan semata-mata dan tidak ada nilai murni yang baik.
Adalah diharapkan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan memandang serius perkara ini kerana ianya melibatkan rakyat secara keseluruhannya. Insyaallah apabila program telivisyen yang baik dan berilmu akan membentuk rakyat yang ilmiah dan madani.

Sedikit respon. Kawan sokong 100%. Dah lama dah perasan, tapi nak bersuara, sapalah kome ni... Apabila ada dikalangan pemimpin yang berani dan nak bersuara. Kome sokong. Budok-budok jaras sekarang, lain amat dengan zaman kita dulu. Terjadi diantaranya kerana; Kesan dari mereka tidak dikenalkan kepada Tuhan sejak kecil lagi (awal-awal agama adalah mengenal Tuhan), pendedahan terhadap hiburan yang tidak tepat dan melampau-melampau, telah mengubah sosial budaya mereka. Sebagai contoh, kalau gi Jengka pusat, tengok budok jaras sana tak de beza dengan budok belah Kolumpor. 16 tahun dulu, tak gitu.
BalasPadamElok amat awok angkat isu ini untuk wokme belah Maran perjuangkan. Dah lama sangat kawan nengok wokme gagal dalam nak terjun ke tengah masyarakat. Elok PPU Maran berkerjasama dengan semua agensi kerajaan di Maran untuk jayakan semua aktiviti. Jaga nikmat yang Tuhan bagi kepada wokme Sementara berkuasa tu, kalau dah jadi macam Selangor/Perak kan payoh dah.
Awok tengoklah..., kalau berjaya usaha wokme ni, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man kawan rase akan letak jawatan sebagai Pesuruhjaya Pas Pahang; sebab dia pun tak mampu nak berbuat. Juga Khairul Azmi (rodong sepermainan masa kecil), Ketua Pemuda Pas Maran akan letak jawatan; sebab dia pun tak mampu nak berbuat.
Kalau boleh segala aktiviti tu, biorlah berunsur kemasyarakatan dan mesra rakyat. Jangan bawa unsur 'high class' atau 'korporat' sangat. Orang kampung segan nak join.
Sekadar pandangan peribadi, tak semesti betul. Tapi itu yang kawan rasa masa lepas baca mende yang awok tulis tu..
koi pun sokong juga,program2 yg melampau ini patutnya dihentikan saja. hak2 yang melampau ni semuanya kalau kita lihat penyertaannya oleh orang kita je. bangsa lain di malaysia ni tak minat pun. dan yang beria2nya pulak emak bapaknya. mohlah kita sama2 fikir dan berusaha cari jalan supaya kita boleh sedarkan orang kita sedar akan keburukan program seumpama ini. kawan setuju kita buat pemuafakatan dengan sesiapa saja yang menyokong usaha kearah ini. cepat sikit, moh deras.....................koi berhibur cara islam
BalasPadamSetuju bro.. banyak lagi prog realiti dari barat yg baik kalau nak tiru pun.. contohnya seperti The biggest loser . Ia boleh bagi kebaikan pada kita dgn memberi kesedaran bertapa pentingnya utk kita menjaga kesihatan.. Hidup Tok Penghulu! ..
BalasPadamPemuda berani!!!
BalasPadamberani ker????
BalasPadamberani berubah!!!
BalasPadamsokong :)
BalasPadam