Kini telah 51 tahun negara Malasyia menyambut kemerdekaan dan diberi kuasa untuk menentukan pemerintahan sendiri. Rakayat negara ketika itu berbilang kaum kerana pendatang dari negeri China dan India tidak mamhu balik dan membuat keputusan untuk tinggal dinegara ini. Orang Melayu pula telah bersetuju untuk berkompromi dengan hasrat orang cina dan India tersebut. Jadi apabila rakyat Raja ( Melayu dan Bumiputera ) bergabung dengan golongan pendatang ( Cina dan India) maka semuanya digelar rakyat Malaya dan kemudiannya Malaysia apabila berlaku kemasukan Sabah dan Sarawak.
Semuanya digelar rakyat Malaysia dan untuk kefahaman yang lebih maka sebutan bangsa masih digunakan sampai sekarang. Dan rasanya tidak ada apa-apa yang harus dimalukan dengan kebanggaan terhadap sesuatu bangsa tersebut. Oleh kerana Malaysia ketika kemerdekaannya masih dalam kemunduran dan baru belajar bertatih maka semua rakyat ketika itu bersetuju untuk sama-sama membina negara ini demi untuk kejayaan bersama. Alhamdulillah walaupun ada kekangan ketika berhadapan dengan insiden 13 Mei 1969, tetapi rakya kembali sedar bahawa hanya perpaduan yang erat akan memastikan cita-cita membina negara bangsa yang cemerlang akan berjaya.
Oleh yang demikian dengan penubuhan Rukun Negara dan dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan oleh kerajaan menyebabkan negera ini mampu bertahan sampai ke hari ini. namun beberapa insiden yang berlaku kini mula menunjukkan perpecahan dikalangan rakyat negara ini. Orang Melayu mula mempertikaikan bahawa banyak lagi hak mereka yang perlu dijaga oleh kerajaan sementara orang Cina dan India pula mempertahankan bahawa mereka kini bukan lagi kaum pendatang tetapi telah lahir dan mentepa disini. Oleh yang demikian mereka juga perlu diiktiraf sebagai rakyat dinegara ini dan diberi hak yang sama dengan orang melayu dan bumiputera. Hujah-hujah mula dikeluarkan kedua belah pihak sehingga kadang-kadang keluar kenyataan-kenyataan yang menyakitkan hati sesetengah pihak. Jalan penyelesaian perlu dicari sebelum ianya merebak menjadi krisis perkauman yang teruk.
Ada beberapa pandangan menyatakan bahawa untuk menyatukan negara bangsa ini maka perlu beberapa pendekatan yang menyeluruh dibuat oleh kerajaan. Antara yang dianggap penting ialah penubuhan satu system pendidikan sahaja supaya intergrasi kaum dapat bermula seawall dibangku sekolah rendah malahan diperingkat tadika lagi. Hubungan awal ini akan membantu sesama kaum untuk memahami intipati kaum tersebut dan akan melahirkan satu bentuk pergaulan yang bersatu padu dan erat. Hubungan diperingkat awal ini penting kerana sikap buruk sangka dan prejudis ini belum lagi memasuki jiwa kanak-kanak dan ianya akan membantu apabila mereka meningkat dewasa nanti.
Perlembagaan negara juga telah menetapkan bahawa hanya Islam agama rasmi bagi negara dan agama lain walaupun boleh diamalkan tetapi tidak boleh dikembangkan dengan sewenang-wenangnya . Ini sepatutnya menjadi perhatian serius dari pihak kerajaan kerana pemahaman yang jelas perlu supaya rakyat tidak hidup dalam persengketaan. Agama Islam memainkan peranan penting kerana Islam sentiasa mengajak kepada persaudaran dan bukannya persengketaan. Apatah lagi untuk mengajar umatnya mencaci, memaki, memfitnah dan mengata keburukan orang ditempat terbuka. Maka dengan memberi perhatian khusus kearah pemahaman Islam dan penyebaran islam di dalam negara perlu dilakukan kerana Islam adalah agama rasmi kepada negara ini.
Insyaalah jika penekanan diberi kepada dua aspek penting ini akan menjernihkan hubungan sesama rakyat dinegara ini dan negara akan mencapai kemajuan dan kesejahteraan yang lebih baik dimasa akan datang..
kalau kita rasa kita sebagai keturunan org yg datang benar ikhlas nak menjadikan tanah air ini sebagai tanah air kita maka kita mestilah berusaha untuk menanamkan nilai2 setempat didalam hati sanubari kita bukannya dengan meminta penduduk asal menerima nilai2 kita. lebih2 lagi jika kita berusaha untuk menjadi pemerintah kepada mereka. jika begini caranya apa bezanya dengan sewaktu mula2 inggeris datang menjajah tanah melayu dahulu.
BalasPadamcakap jer pandai...buatnyer x....my adik pun pandai ckp!!! lupikir lasendiri
BalasPadam