Selasa, 26 Mei 2009

Email pembaca di UMNO-ONLINE

SESUNGGUHNYA, matlamat perjuangan UMNO adalah berlandaskan Islam, mengubah kaum Melayu yang beragama Islam berdasarkan panduan kitab suci Al-Quran, di dalam surah Al- Anfal, ayat 53 yang bermaksud:Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan Surah Ar-Raad Ayat 11, yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.

Di kaji dari Al-Quran dan hadis (sunnah), UMNO berada pada jalan Islam yang sebenar dalam arena politik berbanding Pas yang mengaku parti Islam dan lain-lain parti politik di Malaysia
Simboliknya UMNO di masa lampau meraih kejayaan yang besar dalam perjuangan Islam apabila dapat mengubah kaum Melayu supaya saling bantu-membantu dengan setiap perjuangan Islam yang lain seperti institusi Raja Berpelembagaan, pasukan bersenjata (polis dan tentera) dan semua jabatan kerajaan dan masyarakat Islam dan bukan Islam bersama-sama bantu-membantu menjaga dan menaikkan maruah agama Islam di Malaysia
Buktinya kemerdekaan Malaya pada 1957 dan pembentukan Malaysia pada 1963 dapat di lakukan tanpa pertumpahan darah ataupun peperangan, malah perletakan senjata pengganas komunis di belantara pada 1989 juga melalui meja rundingan, ini membuktikan kerjasama perjuangan Islam antara parti politik UMNO dan BN dengan semua pihak seperti pasukan keselamatan (polis dan tentera) bertepatan dengan ajaran Islam

UMNO sudah berubah sekarang apabila terlalu berlembut dengan pihak pembangkang, dari sudut politik tidak salah sekiranya berlembut tetapi sudut undang-undang dan keselamatan berlembut akan membawa padah kerana musuh bukan sahaja menyerang dari sudut politik tetapi rakyat yang tiada kaitan dengan politik juga menjadi mangsa musuh politik
UMNO akan rebah sekiranya terus menggunakan kaedah rentak perlahan (berlembut) dalam menghadapi serangan pihak pembangkang, ini kerana UMNO adalah sasaran utama serangan-serangan pembangkang berbanding lain-lain parti komponen BN, sedangkan umat Islam PAS dan PKR menghasut dan memfitnah supaya umat Islam berpecah belah dan memusuhi UMNO yang juga umat Islam dan bangsa Melayu, malah umat Islam PAS dan PKR juga mendoakan supaya Allah S.W.T. memusnahkan umat Islam UMNO.

Pihak pembangkang yang semakin hebat membuat fitnah dan hasutan jahat serta membuat kekacauan bertepatan sebagaimana firman Allah S.W.T. di dalam kitab suci Al-Quran surah Al-Anfal ayat 73 yang bermaksud :
Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.

Kehidupan kita umat Islam tidak dapat dipisahkan daripada kitab suci Al-Quran, fitnah dan kekacauan yang dilalui oleh kita umat Islam sekarang telahpun berlaku 1430 hijrah yang lampau yang pernah di lalui oleh Nabi Muhammad Rasullullah S.A.W, hakikatnya seluruh umat Islam yang berada pada jalan Allah yang benar pasti merasa apa yang di rasai oleh Nabi S.A.W dalam menyampaikan perintah Allah (ajaran Islam), kena maki, kena hina, kena fitnah oleh golongan Abu Jahal dan kadang-kadang kena baling batu macam Nabi SAW kena di Taif, adalah nikmat yang mesti di lalui oleh umat Islam yang berjuang pada jalan Allah sepertimana maksud Ummul Quran iaitu surah Al-Fatihah terutama ayat 6 yang bermaksud Tunjukilah kami jalan yang lurus, dan ayat ke 7 yang bermaksud (yaitu) jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Di fitnah adalah satu sunnah Rasullullah SAW, kita umat islam memang patut merasai bagaimana perasaannya apabila di fitnah seperti Rasullullah SAW kerana saban hari dalam hidup kita sebagai umat Islam paling kurang akan membaca surah Al-Fatihah 17 kali sehari (solat 5 waktu setiap hari) sepanjang hidup atas dunia, sejak kita baligh(cukup umur) hingga hembusan nafas yang terakhir (di cabut nyawa) atau mati.
Kita umat Islam sedang berhadapan dengan 3 strategi yang sama di gunakan untuk menentang Rasullullah SAW yang semuanya menggunakan fitnah sebagai senjata utama mereka, strategi fitnah pihak pembangkang mengikut sejarah Islam ialah strategi fitnah dan hasutan musyrikin kafir harbi Abu Jahal (DAP), strategi fitnah dan hasutan orang Islam munafik Abdullah bin Ubaiyy (PAS) dan strategi fitnah dan penipuan orang Islam munafik Abdullah bin Salul (Anwar).
Tindakan tegas dan keras perlu di kenakan kepada pembuat fitnah dan juga golongan yang terpedaya pada fitnah terutama umat Islam yang bijak membuat fitnah seperti PAS yang meniru munafik Abdullah Ubaiyy dan Anwar yang meniru Abullah bin Salul juga kebanyakkan ahli dan penyokong PAS dan Anwar (PKR) yang tertipu atau termakan dengan fitnah PAS dan Anwar, tindakan tegas dan keras ke atas munafik PAS dan Anwar ini jelas telah di perintahkan Allah SWT di dalam kitab suci Al-Quran surah An-Nisaa ayat 91 yang bermaksud :
Kamu juga akan dapati golongan-golongan yang lain (yang pura-pura Islam) supaya mereka beroleh aman dari pihak kamu, dan (sebaliknya mereka melahirkan kekufurannya) supaya mereka beroleh aman dari pihak kaumnya (yang masih kafir). Tiap-tiap kali mereka diajak kepada fitnah (pencerobohan), mereka segera terjerumus ke dalamnya.

Oleh itu, jika mereka tidak membiarkan kamu (dan terus mengganggu atau berpihak kepada musuh), dan (tidak pula) menawarkan perdamaian kepada kamu dan juga (tidak) menahan tangan mereka (daripada memerangi kamu), maka hendaklah kamu bertindak menawan mereka dan membunuh mereka di mana sahaja kamu menemuinya; kerana merekalah orang-orang yang kami jadikan bagi kamu alasan yang terang nyata untuk bertindak terhadapnya.
Demontrasi jalanan yang hanya diadakan PAS dan Anwar (PKR) membuktikan baik ahli mahupun penyokong PAS dan Anwar mudah di ajak kepada fitnah (pencerobohan), Sepertimana sewaktu kekecohan di DUN Perak baru-baru ini yang menyaksikan beberapa ahli politik pertubuhan haram pakatan rakyat dari luar Perak telah cuba untuk menceroboh Dewan Negeri Perak telah di tahan walaupun pihak berkuasa (polis) telah memberi arahan jangan mengganggu hal ehwal Negeri Perak.

Paling sadis apabila demontrasi jalanan (fitnah) ini hanya di lakukan oleh orang Islam dan bangsa Melayu PAS dan PKR yang sanggup baring di tengah jalan sanggup bermati-matian menghabiskan duit dan masa serta tenaga untuk membela musyrikin kafir harbi DAP sahaja seperti demontrasi membantah upacara angkat sumpah Menteri Besar Perak dari BN Dr. Zambry tidak lama dahulu, sedangkan musyrikin kafir harbi DAP itu sendiri tidak berbuat demikian, hanya Pak Lebai berserban berjubah PAS dan PKR sahaja yang lakukan dan musuh Islam hanya ketawa dari jauh sambil memasang cita-cita untuk menjatuhkan kedaulatan Islam di Malaysia.

Fitnah tidak boleh dijatuhkan atau dimusnahkan dengan fakta. Pengajaran dari sejarah Islam sebelum Hijrah Rasullullah SAW ke Madinah ialah perjuangan Rasullullah SAW menyampaikan perintah Allah (ajaran Islam) di Mekah ditentang hebat oleh masyarakat Quraish Mekah yang terpedaya dengan fitnah dan hasutan jahat Abu Jahal.

Hebatnya angkara fitnah dapat dilihat apabila masyarakat Quraish yang terpedaya dengan fitnah Abu Jahal menentang dakwah Nabi SAW biarpun mereka ketahui lagi yakin Nabi SAW tidak pernah berbohong, masyarakat musyrikin Quraish menggelar Nabi Muhammad Rasullullah SAW sebagai Al-Amin kerana Nabi Muhammad SAW tidak pernah berbohong dan paling amanah, tetapi walaupun Nabi Muhammad Rasullullah SAW menyampaikan perintah Allah (ajaran Islam) di kota Mekah kepada kaumnya Quraish (sebelum hijrah) dengan memberi penerangan yang amat jelas dan bukti kukuh, fitnah Abu Jahal lebih hebat hinggakan mengusir Rasullullah SAW dari Kota Mekah kerana masyarakat membenci hingga mahu membunuh Rasullullah SAW, ini membuktikan fakta dan penerangan dengan bukti kukuh tak dapat mengatasi fitnah.

Buktinya kekalahan UMNO di PRK Bukit Gantang di sebabkan fitnah, UMNO kalah ketika gagah pada pilihan raya kecil Bukit Gantang yang juga menyaksikan UMNO yang berjuang dengan fakta dan strategi politik dan penerangan yang jitu, tetapi UMNO (BN) tetap kalah kerana fakta tidak dapat mengatasi fitnah, masyarakat atau rakyat sudah di pengaruhi fitnah,
Minda dan pemikiran rakyat terutama generasi muda yang lahir ketika senang iaitu tidak pernah berjuang seperti memerdekakan negara atau menentang pengaruh komunis sepertimana generasi terdahulu semakin terpedaya dengan fitnah, generasi muda Islam lebih lalai dengan sikap takbur dan sombong bongkak kekayaan atau profesional mereka terutama pelajar universiti yang sombong bodoh dengan ijazah dan Phd., genarasi muda sekarang terutama adik-adik dan anak-anak hinggalah cucu-cucu umat Islam tidak lagi menghormati orang-orang tua terutama kaum keluarga mereka sepertimana ajaran Islam yang sebenar.
Buktinya krisis politik di Perak menyaksikan bagaimana Sultan Perak (Ulil Amri) di hina dan di keji oleh golongan yang lebih muda belia dan remaja, begitu juga ahli politik pertubuhan haram pakatan rakyat yang bukan sahaja tidak menghormati orang yang lebih tua (kebawah DYMM Sultan Perak) malah mereka juga tidak menghormati umat Islam dan bangsa Melayu.
Malangnya tiada tindakan tegas yang di ambil memungkinkan institusi Raja Berpelembagaan (Ulil-Amri mengikut panduan Allah SWT di dalam kitab suci Al-Quran surah An-Nisa Ayat 59 dan 85) berhadapan dengan kejatuhan!!!

Ikhwan Mukminin

1 ulasan:

  1. SdrAminchenor, mari kita perhatikan DUN CHINI dalam Parlimen Pekan ,pernah jatuh ketangan parti Keadilan. Sedangkan parti itu tiada ahli, tiada pejabat, tiada jentera parti diDUN tersebut. Apa faktornya?

    BalasPadam