Selasa, 19 Mei 2009

RAKYAT DIDAHULUKAN...

Ada sesuatu yang tidak kena apabila Tabung Haji meluluskan kenaikan tambang haji bagi jemaah haji yang mengikuti Tabung Haji. Ini kerana dalam keadaan kegawatan ekonomi ketika ini adalah menjadi suatu perkara yang tidak sepatutnya dilaksanakan oleh kerajaan. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin kepada masalah rakyat tidak sepatutnya kenaikan sebanyak 11% ini terbeban kepada bahu rakyat ketika ini.

Oleh yang demikian blog ini MENENTANG KERAS sebarang usaha kenaikan tambang haji kepada jemaah di Malaysia kerana dalam suasana ekonomi yang merudum ketika ini adalah sewajarnya Tabung Haji menggunakan kembali hasil pelaburan simpanan jemaah yang ada. Jika Kerajaan boleh membantu rakyat melalui pelbagai skim dalam negeri seperti kakitangan kontrak dan sebagainya, inikan pula berkaitan ibadah dalam Rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap rakyat yang beragama Islam yang telah dijamin kedudukannya dalam perlembagaan.

Sekali lagi saya MERAYU kepada Menteri yang berkaitan yang ditugaskan dan juga penjawat awam yang membuat keputusan ini agar dapat kembali berfikir dengan semasak-masaknya keputusan ini kerana tidak ada yang tidak boleh diubah melainkan Al-Quran sahaja. Insyaalllah…..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan