Selasa, 13 Januari 2009

Cetusan Rasa

Sebagai pemimpin kecil dibahagian saya cuba untuk memenuhi semua criteria sebagai pemimpin dalam era moden ini. Salah satu perkara yang perlu ketika ini jelas dari segi ITnya memerlukan seorang pemimpin itu mempunyai blognya yang tersendiri. Oleh yang demikian ssaya sedaya upaya cuba untuk memenuhi tuntutan tersebut. Namun sebagai pemimpin kecil dibahagian dan juga kesibukan masa menjalani tuntutan kehidupan lain dan juga tuntutan sebagai pemimpin yang bergelar Naib ketua Pemuda saya akur bahawa saya tidak mampu untuk memenuhi kehendak semua.
Saya berdoa dari semasa ke semasa saya akan diberi petunjuk dan hidayah dari Allah swt dalam saya menjalankan tugas sebagai hambaNya di muka bumi ini. Saya juga berdoa agar saya sentiasa dalam rahmat dan Berkat-Nya supaya saya terhindar dari melakukan kesilapan dan kesalahan terhadap agama dan bangsa saya. Tetapi sebagai manusia biasa saya akur bahawa itu sememangnya sifat semulajadi manusia. Oleh yang demikian saya memohon maaf sekiranya terdapat catatan saya pada masa lepas, masa kini dan akan datang tidak dapat memenuhi kehendak semua dan Insyaallah dari semasa ke semasa saya akan cuba untuk memperbaiki mutu penulisan saya yang baru tak sampai dua bulan menulis di laman blog ini.
Kepada rakan-rakan yang sentiasa memberi semangat dan teguran saya ucapkan terima kasih dan semoga Allah sentiasa menyinarkan rahmat-Nya kepada anda semua..Insyaallah.

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah, Walau saudara katakan saudara pemimpin kecil, namun hati dan jiwa saudara besar. Cuma saya harap apabila saudar diatas nanti janganlah saudara berbesar hati dan besar kepala. Jika perjuangan saudara suci insyallah sudara akan mendapat rahmat allah. Selamat berjuang dan selamat berjaya. Saya sentiasa doakan.

    BalasPadam
  2. semoga Allah memudahkan segala usaha dan kerja saudara. terus berjuang.

    BalasPadam
  3. Sdr/i,

    Blog sdr/i telah di-link-kan didalam blog hub GERBANG TEMU MAYA @ GABUNGAN SUARA ANAK PAHANG - tanpa prejudis. Blog GERBANG TEMU MAYA ini telahpun di-link-kan didalam blog bug ternama PENGABUNG SUARA ini akan memberikan blog-blog dalam GTM mendapat lebih pengunjung.

    Sila maklumkan jika sdr/i tidak bersetuju blog sdr/i dimuatkan didalam GTM untuk kami keluarkannya. Harap maklum dan terima kasih.

    http://gerbangtemumaya.blogspot.com

    BalasPadam