Rabu, 28 Januari 2009

Kebenaran Yang Nyata...


Berikut adalah penulisan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem yang diambil dari Ruangan Forum Utusan Malaysia untuk renungan kita bersama.


Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam! Mengapa ini berlaku? Siapa mereka ini?
Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi. Begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman. Ramai lagi orang Yahudi yg bijak pandai sebenarnya. Hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua seperti Benjamin Rubin yg memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Secara tidak langsung kita juga masih bergantung harap kepada mereka.
Adakah kita rela berkorban memboikot dgn tidak menggunakan peralatan yg mereka cipta itu? Bagaimana pula dgn Johas Salk yg menemui vaksin polio yang pertama, Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia, Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B, Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis dan Elie Metchnikoff menang hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.
Siapakah yg menemui ubat dan membuat kajian untuk ‘endokrinologi’ (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis), terapi kognitif (rawatan mental dan kesugulan) dan pil perancang keluarga yg pertama? Semua perkara diatas adalah hasil kebijaksanaan bangsa Yahudi keparat! Begitu juga dgn pemenang hadiah Nobel, Willem Kolff yg mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang. Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam. Hanya TIGA sahaja?
Sedarkah anda bahawa jenama terkenal dan terkaya di dunia juga dikuasai Yahudi seperti Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts). Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi!

MempengaruhiWashington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi. Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Mengapa Umat Islam tidak seperti mereka?Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.
Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?
Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam. AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500. Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta!

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.
Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat. Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.
Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan. Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion. Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa? Mengapa?
Jawapannya ialah kerana umat Islam itu sendiri! Lihat saja umat Islam di Malaysia. Mereka lebih suka hidup bersenang-lenang, merebut kuasa, menyelewengkan fakta hatta Hadis Nabi sekalipun diputar-belitkan untuk kepentingan politik dan kuasa. Mereka lebih suka membuat ‘DEMONSTRASI’ daripada menuntut ilmu. Alasannya kerana pemimpin “zalim”, makan wang rakyat,”kerajaan mempekecilkan bahasa Melayu” dan yg terbaru, beselindung di sebalik ‘boikot barangan Zionis mahupun yg menyokong Zionis’. Tetapi yg amat menggelikan-hati adalah disebalik mereka sedang ‘medemonstrasi’, pakaian apakah yg mereka pakai? Saya tidak melihat walau seorangpun yg memakai kain pelikat tetapi terlalu ramai yg seluar Levi’s yg sudah tentu pengeluarnya dari rejim Zionis!

Adakah anda sanggup membakar seluar Levi’s anda? Boikot? Sanggupkah anda menutup perusahaan kilang Bumiputra hanya kerana mereka mengeluarkan Coca-Cola? Bagaimana pula dengan pekerja kilang yg terpaksa diberhentikan kerana pihak kilang tidak mampu membayar gaji mereka?
Sesungguhnya anda telah menganiaya mereka secara tidak sedar. Ilmu adalah kunci kejayaan. Carilah ilmu dahulu sebelum membuat pertimbangan. Jangan membuat alasan utk berkata ‘tidak’. Dengan ilmu didada, umat Islam akan kembali temui kegemilangan yg pernah dikecapi beribu tahun dulu. POLITIK?? Kita seharusnya mencerminkan diri kita terlebih dahulu. Kita sudah terlambat untuk "renung-renungkan" kerana itulah yg kita sedang lakukan selama ini. Apa hasilnya? Apa yg perlu ialah tindakan susulan yg rasional untuk bangsa dan agama Islam.

2 ulasan:

  1. Salam Apache,

    Perpustakaan Negara pernah membuat kempen membaca dengan slogan "Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya". Namun, adakah kempen ini berjaya?

    Saya sendiri yang telibat dalam bidang yang ada kaitan dengan ilmu kecewa. Kecewa dengan pencapaian bangsa kita. Kecewa dengan sikap bangsa kita yang memperlekeh penyampai ilmu sendiri. Displin sudah tiada. Hormat sudah hilang.

    Pemuda UMNO, bersama kita lakukanlah sesuatu...

    rentaka.blogspot.com

    BalasPadam
  2. assalamualiakum

    rasulluhlah telah diamanahkan oleh allah utk mengambil kuncil masjid aqsa tetapi malangnya tidak sempat kerana keutamaan utk mengembangkan islam lalu menurunkan amanah tersebut kepada khalifah abu bakar namun tidak sempat juga kerana menguruskan golongan yang tidak mahu membayar zakat . sebelum wafat beliau mengamanahkan kepada khalifah omar alkhatab yang telah berjaya mengambil kunci tersebut secara aman dengan kebijaksanaanya.

    BalasPadam