Rabu, 12 Ogos 2009

Pengkhianat Bangsa - Tepat sekali!!

Gelaran pengkhianat bangsa yang diberikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin kepada Dato' Seri Anwar sememangnya menarik perhatian saya. Ungkapan yang ringkas tetapi begitu menusuk kalbu dan merupakan satu gambaran yang amat tepat bersesuaian untuk menggambarkan Dato Seri Anwar ketika ini. Sikap beliau yang secara jelasnya memecah belahkan rakyat diMalaysia ini dengan slogan keadilan ( untuk beliau sahaja) dan kesamarataan telah menjadikan negara yang sangat aman ini menjadi dalam keadaan yang sentiasa bergolak. Bolehlah diibaratkan negara ketika ini umpana jinak diair tenang tetapi dibawah siapa yang tahu.

Pertamanya apabila beliau dengan secara seriusnya ingin menghapuskan hak keistimewaan orang melayu dalam kempen-kempennya secara jelas melihatkan sikap beliau yang tidak bertanggungjawab ( walaupun dibesarkan dengan HAK itu) dan secara langsung akan mengurangkan peruntukan melayu dan bumiputera dalam negara sendiri. Bukankah telah dipersetujui perkara ini ketika wujudnya kemerdekaan danianya bukanlah hanya untuk ketika itu tetapi berterusan lamanya kerana kekurangan dari segi kerakyatan akan selamanya dirasai oleh orang melayu. Bukanlah selama ini dengan adanya hak ini dalam perlembagaan masih lagi kaum-kaum lain di Malaysia dapat hidup aman dan merasai semua nikmatnya tanpa sekatan. Kenapa perlu pula dihaapuskan kerana ianya walaupun masih belum berjaya sepenuhnya ( mungkin ada bebrapa masalah ) membantu orang melayu dan bumiputera. Usahkan untuk mempunyai 50 % ekonomi malahan belumpun sampai 20%. Jadi apakah akan berlaku sekiranya hak ini dihapuskan? maka sudah tentulah akhirnya kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa kerana tida peruntukan dalam undang-undang setalah ianya dihapuskan.

Tetapi lain pula nadanya bila berhadapan dengan masyarakat melayu yang sudah tentu bingit telinga mendengar petikan -petikan ayat Al Quran dan Hadis ( yang dipotong-potong untuk menampakkan sokongan kepda tindakannya ) . Cerita tentang hudud dan negara islam serta kekuatan melayu yang perlu dibina menjadi lagu dendangan yang amat merdu ( walaupun isi nya hampas). Jelas tindakan beliau ini akan menjadikan masyarakat menjadi keliru dan taksub apabila cerita - cerita yang direka itu diceritakan secara berulang kali dan akhirnya pendengarnya menjadi taksub dan sanggup berbuat apa sahaja. Kepandaian dan kepetahan beliau dalam ucapan digunakan untuk memperkuatkan lagi hujah-hujah palsu beliau.

Seterusnya beliau mengarahkan kader-kader dan juak-juak beliau menerjah masuk keperkampungan orang asli dan membuat pelbagai cerita melaga-lagakan masyarakat orang asli dengan masyarakat melayu. Cerita - cerita buruk tentang orang melayu yang ingin mengambil tanah orang asli diceritak berulang kali untuk memastikan sokongan orang asli kerana hanya mereka yang akan menjamin kedudukan hak orang asli ini. Unuk lebih meyakinkan mereka membawa peruntukan duit untuk diberi kepada orang asli menjalankan aktiviti sewang mereka dan mereka ini akan turut serta dalam acara tersebut. Semangat orang asli juga dibakar dengan mengatakan hanya orang asli sahaja yang layak dipanggil bumiputera dan melayu itu sama dengan orang Cina dan India yang hanya mendatang di Malaysia ini. Tetapi kerajaan sekarang telah menipu orang asli dan jika PKR memerintah maka orang asli sahaja akan menjadi kaum bumiputera di Malaysia ini.

Sikap Dato Seri Anwar yang suka melaga-lagakan masyarakat dengan cerita-cerita rekaan yang berbahaya dan boleh mnyebabkan berlaku perselisihan kaum ini amat dikesali dan sekiranya dibiarkan akan menyebabkab negara huru hara. Oleh yang demikian label yang diberi oleh YAB Tan Sri Muhyiddin adalah amat tepat sekali untuk menggambarkan dato seri anwar itu sendiri. Semoga rakyat akan lebih sedar dan menolak Dato Seri Anwar demi kepentingan untuk agama , bangsa dan tanah air....

1 ulasan:

  1. betul tu...anwar mmg pengkhianat bangsa...bertalam berpuluh-puluh muka...macam-macam lagilah...x tahu la kenapa yang meyokong dia tu ikut jer membabi buta...

    BalasPadam