Selasa, 26 Mei 2009

AURAT

Apa yang susahnya? Susah sangat ke nak menutup aurat. Sebagai orang yang mengakui dirinya Islam maka sepetutnya perkara mudah seperti menutup aurat dijaga dengan sepenuhnya. Susah sangat ke hendak memakai tudung? Apa yang lebihnya apabila dapat menunjukkan rambut yang kembang kepada orang ramai. Apatah lagi jika perempuan tersebut merupakan isteri kepada pemimpin-pemimpin negara. Sudah sepatutnya menunukkan akhlak dan tingkah laku yang baik. Tidak sepatutnya ada perdebatan mengenai aurat kerana dalam Quran dan Hadith telah jelas menunjukkan bahawa aurat bagi wanita Islam ialah keseluruhan anggota kecuali muka dan tapak tangannya.

Kalau ada hujah yang mengatakan boleh menunjukkan rambut maka sepatutnya hujah dibentangkan kepada orang ramai dan diperbincangankan oleh para ulamak supaya satu keputusan dapat dibuat. Ini penting kerana masyarakat dapat perjelaskan mengenai isu tersebut dan dapat diikutinya.

Oleh yang demikian blog ini menyeru semua pemimpin wanita dan juga isteri pemimpin yang beragama Islam supaya menutup aurat dengan sepenuhnya mengikut ajaran Islam yang sebenar

5 ulasan:

  1. salam ....
    kita kena perbetulkalkan diri sendiri dulu br nak nasihat org....bersatu ,bersetia, berkhidmat...itu yang kita pegang...jadi mana bersetia tu hilang,,,semua nak langgar,,,jgn pentingkan diri pangkat kedudukan kelak pemuda semua huru hara,sapa yang untung? pemuda or pembangkan?,,,ur political can't go long time..nextime ur political out...m 1st person wanna cut u...bcarefull...

    BalasPadam
  2. itulah masaalah utama yang mebuatkan ramai pemimpin umno dicaci dan cela. kebanyakan Pemimpin kita tidak ambil berat , yang mudah mcm itu pun tak mampu nak di laksana .dah tengok gambar elizbeth wong pakai tudung dalam ceramah pas? satu usha bangsa asing untuk mengambil hati ponyokong islam.

    BalasPadam
  3. Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman

    BalasPadam
  4. AIK...KATA UGAMA DAN POLITIK LAIN LAIN. INI MACAM BACA HARAKAH PULAK DAH. DAH NAK TERBALIK TERLINGKUP KOT. NAK TUNJUK ALIM KAT PUTERI KOT KOT MENYANGKUT. KAH KAH KAH.

    BalasPadam