Isnin, 10 Ogos 2009

Arak di Selangor

Tindakan kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid mengambil jalan mudah dengan memperkenalkan kawalan sendiri pada penjualan arak amat mengecewakan. Sikap tidak bertanggungjawab dan lepas tangan Menteri Besar dalam hal ini amat dikesalkan. Bagi seorang yang kononnya amat berjaya dalam pentadbiran syarikat besar (GLC Kerajaan yang sentiasa dibantu) akhirnya menunjukkan kemampuan sebenar beliau. Dengan memperkenalkan undang-undang ini maka secara langsung kerajaan negeri akan dapat mengelakkan diri dari menjadi pihak yang bertanggung jawab mengenai isu tersebut.

Secara langsungnya mengekalkan dan menyerlahkan watak-watak pemimpin PKR yang selama ini sentiasa menjadi sumpah-sumpah dengan percakapan dan kempen yang berbeza antara kaum yang ada di Malaysia ini. Kalau dengan Melayu mereka kata mereka memperjuangkan orang melayu, kalau dengan orang asli mereka kata orang asli bumiputera dan melayu adalah golongan pendatang seperti orang lain, kalau dengan orang cina dan India mereka kata semua bangsa adalah sama dan melayu tak perlu lagi kepada hak istimewa irang melayu dan akan menghapuskannya untuk memastikan kesama rataan antara rakyat. Jadi akhirnya cakap yang berbelit ini memakan diri dan untuk melepaskan diri mereka membuang agama dan membuat keputusan yang akan mengekalkan sifat mereka sebagai balik sumpah. Yang lebih mengejutkan apabila Tan sri khalid menyalahkan penduduk Shah Alam sendiri dan bukannya arak yang dibawa dan dijual oleh peniaga di kawasan hampir keseluruhannya orang Melayu. Seolah-olah tak ada tempat lain yang menjual arak berhampiran dengan kawasan tersebut.

Sebenarnya dilema sebegini sudah lama berada dalam negara ini dan ianya mestilah diselesaikan dan cara yang baik dan bijaksana. Memberi kunci kepada rakyat ataupun peniaga membuat keputusan yang sepenting ini agak merbahaya dan boleh memberi kesan yang tidak baik kepad masyarakat. Sebagai sebuah negara berbilang kaum yang berpaksikan kepada Islam sebagai agama rasmi ( bukan paksaan) maka penelitian yang tepat perlu dibuat sebelum sesuatu keputusan dilaksanakan. Bukan senang seperti sesetengah pihak yang ingin menutup kilang arak sebelum subuh apabila mereka berkuasa tetapi akhirnya ibarat meludah kelangit akhirnya jatuh ke muka dan satu jari menunjuk empat jari kembali kepada kita.

Secara peribadi sepatutnya arak di Malaysia boleh dijual secara tertutup kepada masyarakat bukan Islam dan bukanlah arak itu keperluan yang mendesak. Dalam mana-mana agama sekalipun sememangnya arak bukanlah minuman yang baik untuk kesihatan dan agama Islam sememangnya melarang keras arak kerana keburukan-keburukan yang akan berlaku sekiranya sesuatu masyarakat mengamalkan minuman arak ini. Sehubungan dengan itu tidak sewajarnya mana-mana pihak yang mengaku beragama Islam menuding jari kepada sesiapa tetapi adalah lebih wajar sekiranya satu penyelesaian jangka panjang diambil demi kebaikan untuk semua golongan masyarakat.

1 ulasan:

  1. dia sengaja buat keputusan ini dan dia pasti lama kelamaan rakyat akan mula rasa jemu dengan isu beer ni kemudian terus diam dan dia selamat.

    tapi jika pihak kerajaan buat suatu keputusan mengenai perkara yang membabitkan rakyat, mereka apa lagi, inilah peluang mereka utk mengkondemkan kerajaan pusat. ajak ramai2 membuat bantahan sehingga mencetuskan kekecohan yang tidak patutnya berlaku. budaya seperti inilah yang dimahukan oleh Anwar.

    kini khalid pula membuat keputusan yang tidak patut. Kenapa tidak kita sebagai rakyat tidak kira sokong mana2 pihak turun pandang dan buat bantah secara aman di selangor? dan gesa supaya khalid pertimbangkan semula keputusannya?

    apakah rakyat selangor perlu diRASUAH terlebih dahulu baru nak berhimpun seperti PAKATAN RAKYAT merasuah orang ramai dengan RM100 utk berhimpun anti ISA pada hari yang lalu? last2 dapat Rm25 rnggit..

    rakyat yang menyokong kerajaan terlalu baik utk tidak mengadakan perhimpunan sebegitu. Ini kerana kita boleh mengatasi apa jua masalah dengan cara yang professional bukannya seperti beruk2, lembu2 pakatan rakyat yang ditarik hidung dan lehernya.

    BalasPadam