Rabu, 26 Ogos 2009

Pengajaran Bersama

Keputusan pilihanraya Dun Permatang Pasir secara kasar dan halusnya menunjukkan pelan pemulihan parti yang dilancarkan oleh Presiden Umno masih belum lagi berjaya secara keseluruhannya. Rakyat diPermatang Pasir masih memilih PAS walaupun beberapa isu berdekatan dengan pilihanraya yang secdara jelas memihak kepada UMNO termasuk keluarnya ADUN Lunas dari PKR nampaknya tidak mampu mencipta momentum untuk membantu sdr Rohaizat. Jelas bahawa pihak pucuk pimpinan perlu mengakui bahawa usaha yang dijalankan selama ini semenjak dari PRU ke 12 masih belum cukup kuat untuk menarik minat pengundi melayu kembali menyokong Umno dan BN.

Oleh yang demikian satu perubahan drastik ( bukan kosmetik) perlu dilaksanakan dengan secara menyeluruh dan strategi parti tidak semestinya diwar-warkan pada semua rakyat. Sebagai sebuah parti politik yang mempunyai pengalaman memerdekakan sebuah negara sepatutnya segala bentuk operasi parti berjalan lancar dan teratur dan tidak sepatutnya menimbulkan masalah sewaktu pilihanraya umum ataupun kecil. Tetapi ketika ini nampaknya amat sukar sekali Umno dan BN untuk meneruskan penguasaan dalam PRU ke 13 akan datang sekiranya persepsi dan selera rakyat terutamnya kaum melayu belum diubah secara drastiknya. Menyerang peribadi dan juga memperlecehkan tindakan yang dibuat oleh pemimpin parti lawan bukan lagi satu strategi yang boleh digunakan kerana pemimpin parti pembangkang telah berjaya mencipta satu suasana yang mana penyokokng tegar mereka tidak akan mempercayai semua tuduhan yang dilemparkan kerana mereka sentiasa menjalankan kerja-keraja kempen dan ceramah sepanjang masa tanpa mengira waktu dan keadaan.

Manakala Umno pula sebagai parti kerajaan sentiasa mengikut arahan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan yang hanya mula menjalankan kerja-kerja kempen sewaktu hampir pilihanraya kerana percaya kepada sistem demokrasi yang mana yang kalah mesti menghormati yang menang untuk suatu tempoh yang ditetapkan dan kerajaan yang didokongi oleh parti yang memerintah akan membantu parti dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah rakyat. Antara masalah terbesar ketika ini ialah Umno gagal mendapatkan kredit dari pembangunan negara dan juga kejayaan kerajaan kerana rakyat menolakianya berlaku atas usaha Umno tetapi sebaliknya ianya adalah tanggungjawab mana-mana kerajaan yang memerintah. Falsafah-falsafah dalam pemerintahan yang global dan universal juga telah mula dianuti oleh sebahagian besar rakyat yang kini berpendapat bahawa walaupun parti apapun yang memerintah nasib mereka akan tetap sama sahaja.

Jika ketika ini PKR dengan slogan "Keadilannya" PAS dengan " Negara Islamnya " dan DAP dengan " Malaysian Malaysianya" yang sentiasa konsitsen ( walaupun perlaksanaannya tidak berlaku) maka Umno perlu mempunyai satu arah perjuangan baru setelah pejuangan untuk "Agama, Bangsa dan Tanahairnya" mula kurang diyakini oleh sebilang besar penyokongnya termasuk golongan muda yang lebih sesuai dengan asas dan arah yang diwar-warkan oleh pembangkang. Lebih malang lagi apabila tidak ada yang menarik yang dapat ditawarkan oleh parti-parti komponen dalam BN terutamanya MIC dan MCA yang lebih mementingkan perjuangan sempit kaum meraka sahaja yang kini mula dilihat sebagai isu yang ketinggalan dan tidak begitu menyelerakan golongan muda yang begitu terbuka pemikiranya ketika ini. Oleh yang demikian Umno perlu lebih radikal dalam perubahannya dan jika perlu BN itu sendiri perlu dirombak secara keseluruhannya supaya ianya akan lebih diyakini oleh golongan muda yang akan menjadi kelompok pengundi terbesar dalam PRU ke 13 nanti. Satu visi dan harapan baru perlu diteroka untuk memastikan Umno kekal menjadi peneraju kerajaan yang memerintah ketika ini.

Sikap kepimpinan Umno samada diperingkat Pusat, Negeri dan Bahagian yang lebih suka mengungkapkan perkataan kerajaan daripada parti juga perlu diubah kerana ianya akan memberi impak yang besar. Penggunaan agensi kerajan untuk menyelesaikan masalah rakyat tanpa bergandingan dengan parti juga telah menyebabkan kewujudan parti telah tidak begitu relevan lagi. Jentera - jentera parti perlu dipacu sepenuhnya ketika ini dan perlu digandingkan dengan sebaik mungkin bersama agensi kerajaan kerana sebagai parti memerintah Umno mempunyai hak untuk memastikan kerajan yang dibina tidak menyeleweng dan mampu menyelesaikan masalah rakyat dengan baik dan teratur. Sikap tidak megambil berat kawasan-kawasan kubu kuat umno diseluruh negara termasuk negeri yang sentiasa memberi kemenangan selesa pada Umno dan BN perlu diberi perhatian lebih oleh kerajaan kerana ianya akan menjadi ukuran kepada kejayan pembangunan yang sentiasa diungkapkan oleh pemimpin parti dan kerajaan. Insyaallah dengan contoh yang baik akan memberi satu dorongan kepada kawasan lain untuk memastikan kemenangan di kawasan mereka pula.

8 ulasan:

  1. salam. mu kata:
    (Lebih malang lagi apabila tidak ada yang menarik yang dapat ditawarkan oleh parti-parti komponen dalam BN terutamanya MIC dan MCA yang lebih mementingkan perjuangan sempit kaum meraka sahaja yang kini mula dilihat sebagai isu yang ketinggalan dan tidak begitu menyelerakan golongan muda yang begitu terbuka pemikiranya ketika ini.)

    Aku kata:"Kamu lagi malang sebab dah tahu mereka mementingkan prjuangan sempit, tapi nak brsama dgn mereka lagi, tiggallah umno dan kembalilah kpd prjuangan Islam yg lebih terbuka kpd smua kaum"

    BalasPadam
  2. APA APA YANG UMNO RANCANG MCA,MIC TAHU. TETAPI APAYANG MCA, MIC RANCANG UMNO TAK TAHUUUUU....

    BalasPadam
  3. JENGKA TUTUP, PAHANG BARAT TUTUP, DARA TUTUP, SIAPA PUNYA KERJA? INDERA GAJAH TUTUP, LESONG TUTUP,IBAM SDN BHD TUTUP,MENTIGA TUTUP SIAPA PUNYA KERJA? WAHAI PEMUDA BANGUNLAH, BETULKAN , BERSUARALAH, BERJUANGLAH PEMUDA...

    BalasPadam
  4. umno menang dikawasan melayu di luar bandar tetapi pembangunan dibandar juga. lihatlah kuala sentul, kuala wau,paya kerbau, bukitlada, belimbing dll dulu dan sekarang. perhatikan jalan dikampong tersebut. bandingkan dengan bukit bintang KL yang BN tak pernah menang !!

    BalasPadam
  5. kita jumpa di bagan pinang teluk kemang dengar cerita isa samad nak masuk bertanding baru nak kenal mana rakyat mana pengundi bersalam kita bersalam kosong bersalam isi

    BalasPadam
  6. bandar chenor tepi sungai tu bila nak berubahnya. bangunan nya seingat saya semenjak 1960. zaman salehudin awang pekan jadi yb ! dato tan masih sekolah bukit bota.

    BalasPadam
  7. JALAN PEJING KUALA WAU /TERPAI APA CERITA WEH...GONE GAYENYE RONTOH SOKMO YE

    BalasPadam
  8. UMNO DAH BERUBAH...MANANYA AMIN..???

    BalasPadam