Sememangnya ada sesuatu yang tidak kena apabila ada bebrapa cadangan yang keluar dari agensi kerajaan untuk menghapuskan kolum bangsa dalam ruangan borang-borang dari kerajaan. Hina sangatkah bangsa yang ada di Malaysia ini sehingga ianya menjadi satu perkara yang menganggu rakyat negara ini. Apa pun yang kita lakukan kita tidak sekali-kali boleh menafikan bangsa apa kita datang. Hatta kalau campuran sekalipun kita akan sebut bangsa campuran kita supaya masyarakat mudah mengenali identiti sendiri.
Kalau betul semua rakyat telah bersedia untuk menjadi bangsa Malaysia yang bersatu sepatutnya ketika ini cuma adal satu agama, satu bahasa dan satu budaya sahaja yang terdapat di Malaysia ketika ini. Malangnya ianya tidak berlaku di Malaysia dan semua kaum begitu bangga untuk menonjolkan identiti kaum masing-masing. Malahan kadang-kadang ianya lebih dari budaya di negara asal mereka lagi. Oleh yang demikian bolehkah kita menghapuskan perkataan kaum jika secara realitinya kita masih belum bersatu.
Jelas perkara ini seolah-olah untuk menidakkan perkataan kaum melayu kerana melayu itu mempunyai kelebihannya yang tersendiri dalam perlembagaan. Jika perkataan kaum tidak digunakan maka kita tidak lagi dapat membezakan antara melayu dan bukan melayu. Ini tidak akan memberi kelebihan seperti dalam perlembagaan dan ianya akan merugikan bangsa melayu itu sendiri sahaja. Sepatutnya agensi kerajan yang bertanggungjawab tidak akan membuang masa untuk mengkaji sesuatu yang tidak memberi kebaikan dan seharusnya terus menolak cadangan seperti ini.
Amat malang jika hak-hak orang melayu dalam perlembagaan ini terus dipersoalkan kerana setiap yang berlaku itu ada harga yang harus dibayar. Misalnya hak-hak istimewa orang melayu itu wujud kerana pertukaran dengan kerakyatan kaum lain ketika negara mencapai kemerdekaan dahulu. Sekiranya hak istimewa ini hendak dilucutkan maka ianya sepatutnya dilucutkan sekali dengan hak kerakyatan kaum lain sesuai dengan tujuannya.
SOKONG!
BalasPadamSalam bro,
BalasPadamSatu cadangan yang mustahil, dan kawan anggap itu satu pengkhianatan, lebih bagus tak payah pakai sama ruang bangsa, agama, maka jadilah tiada bangsa dan agama macam komunis....
PERLEMBAGAAN MALAYSIA ADA PERUNTUKAN BANGSA MELAYU DIBAWAH NAUGAN RAJA RAJA MELAYU. LAIN LAIN BANGSA TIDAK DISEBUT....
BalasPadamBruk brek brok brit,mereka jadi ahli parti saja, tak tahu pun ada perlembagaan parti, jauh sekali perlembagaan malaysia.Tapi mereka mengaku bahawa mereka ahli politik !! Apa macam tok lebai maon...
BalasPadam