Khamis, 6 Ogos 2009

Pindaan Perlembagaan....

Isu pindaan Perlembagaan parti adalah isu yang perlu diberi perhatian khusus oleh ahli umno ketika ini kerana ianya berkait rapat dengan survival parti pada masa akan datang. Banyak aspek yang perlu dikaji bagi memastikan pindaan tersebut akan memberi impak positif kepada parti. Bukan niat saya menulis hari ini untuk membincangkan secara khusus tentang pindaan perlembagaai tetapi sebagai golonagn muda dalam parti saya perlu mengambil tahu dan berbahas mengenai pindaan ini kerana kesannya akan dalam secara langsung kepada generasi perwaris dalam umno itu sendiri.


Pindaan mengenai jumlah ahli pemuda dan kouta pemuda sendiri disentuh secara langsung dalam pindaan tersebut dan saya berpendapat sememangnya jumlah tersbeut perlu berubah. Jumlah yang lama tidak lagi mencerminkan kekuatan umno disetiap tempat itu sendiri. Sebagai contoh ketika syarat menubuhkan pemuda cawangan ialah sebanyak 15 otang ahli pemuda yang berbayar yura dan korumnya 9 orang untuk menjalankan Persidangan semasa Persidangan tahunan. Jumlah ini tidak lagi relevan dan sepatutnya ketika ini jumlah ini boleh dinaikkan ke 25 orang ahli supaya keahlian pemuda itu benar-benar kita dapat hasilkan dalam jumlah yang sebenar dan mampu untuk menghasilkan kourum seperti yang diminta . Jumlah yang terlalul sedikit akan menyebabkan susah untuk mendapatkan kourum dan sekaligus mengurangkan peluang untuk mencukupkan kourum semasa mesyuarat. Kourum juga mungkin boleh dinaikkan kepada 11 orang merangkumi Pengerusi tetap dan Timbalan pengerusi Tetap.

Sistem pemilihan MKT juga wajar dilaksanakan diperingkat bahagian semata-mata dan tidak perlu untuk diundi diperingkat cawangan. Pengundian di peringkat bahagian akan lebih teratur dan secara outomatiknya semua ketua-ketua UMNO cawangan telah berada dalam mesyuarat perwakilan bahagian dan akan sentiasa dapat menyampaikan maklumat, masalah , saranan dan berbagai isu lagi secara direct kepada makluman. Namun untuk menjadikan lebih adil , maka penambahan ahli mesyuarat boleh dibuat dengan menambah keahlian mesyuarat melayakkan secara automotik Ketua Pemuda Cawangan, Ketua Wanita, ketua Puteri untuk hadir di mesyuarat perwakilan umno bahagian.

Sistem penerimaan keahlian yang selama ini dijalankan oleh pihak Ibu pejabat haruslah diberi kepada umno bahagian yang akan bertindak berdasarkan laporan tersebut. Yang lebih mengetahui tentang ahli yang hendak didaftar masuk juga adalah orang umno bahagian itu sendiri sahaja.

2 ulasan:

  1. MENGAPA UMNO MASUK BERTANDING PILIHANRAYA ATAS NAMA BN ? PERLU PINDA PERLEMBAGAAN UNTUK BERTANDING ATAS NAMA UMNO?

    BalasPadam
  2. mandor 48, logik, logik...cakap dalam mesyuarat umno takkan sama dengan cakap dalam mesyuarat bn.mana manefesto umno? mana manifesto bn? umno boleh menang kat kampong, kat bandar sakitlah. tapi pembangunan kat bandar juga !!!!awak mandor mandor juga sampai pencen.

    BalasPadam