Sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas dengan sesiapa sahaja yang tidak bertanggung jawab dalam mengeluarkan kenyataan berbahaya seperti yang di buat oleh Ronnie Liu, Jef Oi dan juga Loke Siew Fook. Tidak ada bezanya pemimpin politik ataupun rakyat biasa. Semuanya mestilah tertakluk kepada undang-undang yang ada didlam negara ini. Oleh yang demikian saranan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang mahukan rakyat mengikut semua undang-undang dan bukannya secara terpilih adalah satu seruan yang tepat ketika ini.
Kementerian yang bertanggung jawab sepatutnya bertindak tegas kerana ianya akan melibatkan semua rakyat jika berlaku sesuatu hal yang tidak diingini. Sikap berdiam diri ataupun hanya bercakap tetapi tiada tindakan hanya akan mengundang lebih ramai orang yang berani mengutarakan pandangan ekstrem secara membabi buta tanpa melihat kesesuaiannya. Bukanlah tujuan dibina negara ini hanya untuk segelintir rakyat ataupun golongan ataupun kaum tetapi ianya mestilah sesuai dan toleran pada semua masyarakat.
BLOG INI DENGAN TEGASNYA MENDESAK KERAJAAN MALAYSIA MENGAMBIL TINDAKAN KEPADA KETIGA NAMA YANG DISEBUTKAN DIATAS DENGAN HARAPANIANYA AKAN MENJADI CONTOH TELADAN KEPADA RAKYAT KESELURUHANNYA
Saya amat bersetuju supaya Kerajaan Malaysia bertindak tegas kepada sesiapa yang bertanggungjawab keatas kenyataan berbaur ugutan, hasutan atau perkauman berdasarkan untuk kepentingan politik pihak tertentu..
BalasPadamBagaimana dengan cadangan Tan Sri Sanusi Junid mengenai memperkenalkan Akta Lucut Kewarganegaraan (ALK)? (Kalau tak silap sayalah nama Akta cadangan itu)
BalasPadamSaya belum mendengar komen atau reaksi mengenai cadangan itu dari akar umbi mahupun pihak atasan. Sekurang-kurangnya dibincangkan dan dibawa ke pengetahuan ihak sepatutnya mengenai hasil tinjauan dan pendapat akar umbi khususnya.
Saya bersetuju cadangan ini diperhalusi dalam memastikan kesetiaan rakyat kepada negaranya. Memastikan kesejahteraan Islam,Melayu, Negara dan Institusi DiRaja dijaga dan dihormati.
Jika benar kita warganegara yang setia dan saling menghormati perlembagaan negara yang didukung sejak sekian lama, tak perlu risau akan Akta ini. Biar bunyi kejam namun tegas dalam membela agama,bangsa dan negara supaya tidak diperkotak-katikkan.
Masalah sekarang bangsa Melayu sendiri yang menghina negara. Berdiam diri ketika agama dan bangsa dicerca. Sedih melihat butanya mata hati dan fikiran. Jgn bawa nama Islam sebagai topeng politik jika tidak mampu dan ikhlas mempertahankannya. Merekalah penyebab Islam dan Bangsa dipandang sinis oleh bangsa 'menumpang' ini.