Blog ini secara jelasnya berpendapat bahawa sebagai agama rasmi kepada Persekutuan ( Malaysia) tidak sepatutnya rakyat di negara ini terutamanya pemimpin di semua peringkat yang tidak memahami kedudukannya sebagai agama utama di dalam negara ini. Oleh yang demikian blog ini menyeru pihak kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia dan pihak berwajib yang lain mengambil tindakan yang tegas apabila ada mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan peruntukan-peruntukan yang ada dalam perundangan Islam. Adalah juga tidak wajar apabila ada sesetengah pemimpin bukan Islam yang secara sendirinya cuba untuk mentafsirkan agama Islam mengikut acuannya sendiri.
Sebagai negara yang telah mengiktiraf Islam sebagai agama persekutuan maka sepatutnya semua pihak menghormatinya sebagaiman yang telah tertulis dalam perlembagaan Malaysia. Adalah penting semua rakayt menghormatinya kerana dengan adanya perlembagaan maka barulah wujudnya negara Malaysia yang tercinta ini. tdak sepatutnya perkara berkaitan agama ini juga dipolitikkan oleh orang tertentu hanya kerana ingin meraih sokongan tanpa memikirkan akibatnya kepada masyarakat dan negara. Oleh yang demikian sekali lagi blog ini mendesak kerajaan supaya mengambil tindaka tegas terhadap mana-mana individu yang celupar mulutnya dan tidak bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan terhadap agama Islam mahupun agama-agama lain.
pentingnya kita pertahankan apa yang terkandung di dalam perlmbgaan persekutuan...bukan nyer senang kita nak duk kat negara yang berbilang kaum,agama n adat ni...dengan PP ini lah dapat jaga agama,bangsa n tanah air..insyaAllah...
BalasPadam---sokong tindakan tegas kepada individu yg celupar mulut n pgkhianant negara tu...
Salam perjuangan.
BalasPadamPenghina Raja dan agama wajar dilempang beramai-ramai dikhalayak umum dan kemudian dilucut kewarganegaraan dan di halau terus ke sempadan.