Selasa, 4 Ogos 2009

Ceramah UMNO

Cadangan Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang mengarahkan setiap bahagian mengadakan ceramah pada setiap bulan sudah sampai kepada keprluannya . Program ceramah yang sepatutnya menjadi salah satu senjata wajib parti politik ini sudah lama ditinggalkan oleh umno yang selesa dikerusi-kerusi empuk Adun, Ahli Parlimen, EXCO negeri, Menteri Besar dan Ketua Menteri, Setiausaha Politik, Timbalan Menteri dan Menteri . Keselesaan yang jelas apabila sudah kekok lagi untuk menyebut umno dalam majlis sebaliknya menggunakan istilah kerajaan ( kerajaan tidak boleh campur dengan parti...tak payah nak berparti la senang) . Majlis anjuran jabatan ataupun kementerian juga dilaksanakan sepenuhnya oleh pegawi kementerian dan orang umno dijemput untuk menjadi nasi tambah supaya kehadiran ke majlis akan jadi ramai dan majlis akan dilaporkan sebagai mendapat sambutan rakyat.

Masa untuk hadir keceramah parti semata-mata tidak lagi sesuai dan doganti dengan program kementerian, perasmian , penyampaian bantuan dan sebgainya yang tidak sedikit pun menyebut Umno yang telah berjasa memberikan pangkat kepada menteri tersebut sehingga berjaya menjadi ahli parlimen dan seterusnya dilantik sebagai menteri dan sebagainya. Penceramah untuk program parti diserahkan kepada orang yang tidak mempunyai sebarang kedudukan dalam kerajaan ataupun suruh sahaja JASA buat taqarrub dan dimasukkan dalam program penerangan umno bahagian dan hasilnya akn mendapat pujian dari pucuk pimpinan.

Kadang-kadang apabila buat appointment dengan pimpinan atas untuk ceramah 100 orang tidak sesuai katanya kerana jawatan Menteri Besar atau Ketua Menteri kena ada 3000 orang hadir baru setaraf. Akhirnya program berjalan dengan memakan belanja yang besar tetapi kesannya hilang entah kemana.

Oleh yang demikian saranan Ketua Penerangan UMNO Malaysia ini sudah sampai masanya walaupun sudah agak terlewat. Oleh yang demikian kerana ini adalah ceramah bulanan dan kumpulan sasar mungkin sama atau berbeza maka input yang berbeza amat perlu untuk memastikan kehadiran ke tempat ceramah. Yang sebaiknya ialah phak Penerangan UMNO Malaysia sentiasa mendapatkan maklumat terkini berkenaan sesuatu isu ( nasional terutamanya – isu tempatan mungkin boleh dicari oleh UMNO Bahagian ) supaya isu tersebut dijelaskan secara bersepadu dan sama diseluruh negara. Barulah nanti rakyat akan mudah menerima kerana dia akan mendapat input yang sama disemua tempat. Isu-isu berkaitan kepimpinan seperti contoh isu yang melanda Menteri Besar Pahang yang disaman ataupun isu penghapusan kouta bumiputera dalam syarikat pelaburan hendaklah dijawab serta merta oleh Penerangan UMNO Malaysia. Ini akan membant penerangan berfakta yang akan dilakukan dengan cepat oleh pihak umno bahagian.

Oleh kerana UMNO tidak termasuk dalam golongan parti yang merompak duit orang ramai dalam bentuk derma dan sedekah maka pihak Peneranag UMNO Malaysia juga perlu menyediakan sedikit dana pada setiap bulan dalam jumlah yang difikirkan sesuai untuk program ceramah tersebut. Dengan cara demikian program tersebut dapat dirancang dengan baik dan tidak perlu menunggu Umno bahagian ataupun ketua penerangan umno bahagian mempunyai kewaangan barulah program dapat dilaksanakan.
Untuk memudahkan urusan ceramah, bolehlah gerak kerja ini dipecahkan mengikut peringkat seperti yang ada sekarang ini iaitu ceramah pemuda , ceramah puteri, ceramah wanita dan juga UMNO bahagian . maka dalam satu bulan Umno Bahagian akan mempunyai 4 siri ceramah yang boleh memberi penerangan kepada ahli dan rakyat di bahagian itu.

Sokongan padu dari kepimpinan atasan akan memastikan program sebegini berjaya terutamanya dari segi kehadiran penceramah dan bajet yang disediakan untuk menjalankan program tersebut.

1 ulasan:

  1. Setuju Bos! Zaman ini zaman kerja...bercakap benda yang betul..menerangkan apa yang betul adalah kerja mulia! Jika bercakap dengan cara yang betul adalah kerja...maka banyak2 kanlah 'bekerja'.

    Jangan memfitnah..mencerca..menjahanamkan orang lain...sudah! Itu bukan berkata benar sekali pun pahit...tetapi 'apabila berkata ia berdusta' maka confirmlah ciri2 munafik dah ada dalam jiwa....! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

    BalasPadam