Jumaat, 7 Ogos 2009

Susah sangat ke nak faham

Apakah isu yang sebenarnya berlaku berkenaan perintah ronnie liu berkenaan penjualan arak di Shah Alam yang memaksa pihak penguasa MBSA memulangkan kembali arak yang dirampas. Sebenarnya perkara ini tidak akan berlaku kiranya ronnie memahami perundangan perlembagaan yang ada dan juga sensitivi umat Islam di Malaysia terutamanya di kawasan Shah Alam ini. Kawasan yang boleh dikatakan 95% melayu beragama Islam ini sepatutnya tidak memerlukan penjualan arak secara terbuka hanya semata-mata untuk memastikan keperluan 5% yang bukan Islam berada di Shah Alam kerana ditempat lain ianya boleh di beli.

Untuk makluman pihak ronnie liu dan sekutunya termasuk yang bersama dengan BN, sepatutnya mereka bersyukur di Malaysia ini walaupun agama rasminya Islam tetapi tetap memberi ruang kepada masyarakat bukan Islam untuk mendapatkan bekalan arak walaupun sebenarnya pemerintah mempunyai hak untuk berbuat demikian. Jangan lah pula kebenaran itu dimanipulasikan dengan anggapan bahawa ianya menyekat kebebasan hak asasi manusia pula kerana sekuat mana hak asasi pun akhirnya ianya akan tertakluk kepada undang-undang negara itu sendiri. Jadi sepatutnya Ronnie Liu bersyukur dan bukannya bertindak secara kurang ajar begitu.

Perundangan berkaitan penjualan arak ini telah lama diperuntukkan sejak dahulu lagi dan tindakn pihak penguasa MBSA adalah amat bertepatan dengan undang-undang yang sedia ada yang jelas tidak merampas hak sesiapa pun malahn ianya hanyalah untuk memastikan keharmonian masyarakat semata-mata. Jadi perkara ini sepatutnya tidak menjadi isu sekiranya Ronnie dapat memahami tugasnya sebagai exco bukan untuk menjaga kepentingan satu-satu kaum sahaj malah untuk memastikan kepentingan semua rakyat. Amat malang sekiranya kerajaan negeri melalui exconya seperti ronnie Liu ini gagal memahami konsep sebenar negara Malaysia ( atau mungkin sengaja tak nak faham) yang harmoni ini.

Lebih malang lagi apabila isu sebesar ini dipandang remeh oleh Menteri Besar Selangor yang berketurunan Melayu beragama Islam ( atau Islam berketurunan Melayu) memandang remeh terhadap apa yang berlaku. Sikap tidak bertanggungjawab ini menjelaskan kepada rakyat bahawa sebenarnya tidak pernah wujud satu persefahaman yang pasti antara pemimpin PR dalam perjuangan membela rakyat tetapi lebih kepada perjuangan idealogi masig-masing yang bercelaru antara satu sama lainnya. PAS dengan hududnya ( kebajikan sekarang ni..sebab itu agaknya kelantan miskin) , PKR dengan Anwar sebagai PM keadilan untuknya dan DAP dengan hak sama ratanya menampakkan kerapuhan hubungan yang boleh meledak dan putus pada bila-bila masa.

Namun saya yakin bahawa PAS akan kembali melemparkan tuduhan pada UMNO dan DAP melalui Ronnie Liu akan memeprtahankan tindakannya dan PKR akan bermain selamat demi untuk mengekalkan kuasanya.

Sebagai parti terbesar dan utama yang mengaku membela agama, bangsa dan tanah air Umno mesti memberikan pandangan dalam semua isu dan isu yang berlaku ini membabitkan dua tunjang perjuangan Umno. Sudah sampai masanya Umno menegur kerajaan disamping mendidik rakan-rakan bukan Islamnya mengenai ajaran Islam yang sebenarnya. Umno mesti lantang menegur kerajaan yang mengabaikan kesucian agama Islam itu sendiri dan jika secara kebetulan pihak lain termasuk Pas berada dilandasan yang sama maka hendak disatu padukan dan jangan dipecah belahkan. Sebagai parti yang matang dan menjadi tumpuan dan payung sebenar untuk Islam keturunan Melayu ( atau Islam sahaja) di Malaysia Umno patut lebih pantas bertindak menangani isu ini. Selaku salah seorang ahli parti yang akur dengan tanggungjawab saya mengutuk tindakan YB Ronnie yang jelas cuba untuk mencabar sensitivi orang Islam dan Melayu di Malaysia ini.

4 ulasan:

  1. amin, kita usulkan saja ronnie liu dibuang ke negara afrika. ok?

    BalasPadam
  2. kadang itulah yang bermain di fikiran

    BalasPadam
  3. Salam,

    Ronnie kan ketua gengster, mana dia nak ambik tahu tentang hal orang Melayu Islam, yang penting dia dapat kuasa, yang beri dia kuasa orang Islam juga...... PAS cuma untuk meraiah undi sahaja.

    BalasPadam
  4. Salam,
    Lama tak ziarah, kali ini singgah nak ucapkan selamat berjuang ~ bRAVEhEART

    BalasPadam