Jumaat, 8 Januari 2010

FELDA KEDUA

Negeri Pahang sememangnya terkenal dengan keluasan tanahnya malahan ia antara negeri terbesar di semenanjung ini. Keramahan dan keikhlasan orangnya dalam menerima rakyat negeri lain sudah terbukti dengan keterbukaan dalam pemilihan peserta felda diseluruh negeri Pahang yang sedia menerima sesiapa sahaja yang berminat untuk meneyertai felda. keadaan yang unik ini menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri Pahang terutamanya Allayarham Tun Abdul Razak ( Perdana Menteri Kedua ) yang bersungguh-sungguh untuk menyusun negara Malaysia sebagai negara yang berbilang kaum dan hidup dengan penuh harmoni.

Dengan perancangan yang teliti dan gerak kerja yang tersusun komuniti felda kini begitu dicemburui dan ramai juga yang pernah menolak untuk meneyertai felda mula terbit rasa penyesalan kerana menolak rezeki suatu ketika dahulu. Komoditi yang dipilih juga iaitu kelapa sawit dan getah menjadi komoditi pertanian utama didalam negara dan sentiasa menjadi impian hampir semua rakyat untuk memiliki ladang kelapa sawit dan getah sebagai pendapatan utama mahupun menambah pendapatan. Kaedah penjagaan ladang yang minima menarik minat sebahagian besar masyarakat kampung dan bandar untuk memiliki ladang sendiri.

Namun agak dikesalkan ketika ini atas alasan dasar kerajaan negeri maka rakyat di negeri Pahang dilarang untuk memohon tanah atas alasan penanaman kelapa sawit getah tidak dibenarkan da hanya untuk kegunaan dusun( buah-buahan ) sahaja. Malahan sebarang pelabur bumiputera dan syarikat kecil-kecilan yang berminat untuk mengusahakan perniagaan ladang kelapa sawit dan getah adalah dilarang sama sekali kerana dikhaskan untuk syarikat anak negeri sahaja. Dasar sebegini adalah satu bentuk dasar yang merugikan negeri Pahang sendiri dan tidak sepatutnya syarikat-syarikat berkaitan kerajaan hanya terhad kepada bentuk perniagaan kelapa sawit ddan getah sahaja.

Sebagai anak syarikat kerajaan negeri sepatutnya mereka meneroka bentuk perniagaan baru dan tidak hanya bergantung kepada dinding besi yang disediakan oleh kerajaan negeri dan sepatutnya lebih bertindak sebagai mentor kepada syarikat-syarikat baru dan bumiputera supaya dpat menjana ekonomi negeri dengan lebih produktif lagi.Dengan wujudnya kerjasama yang baik adalah diharap ianya akan melahirkan lebih ramai usahawan perlaadangn dan membantu meningkatkan guna tanah dinegeri Pahang ini.

Sepatutnya penanaman kedua komiditi ini digalakkan lagi oleh kerajaan negeri dan sebarang pelaburan baru boleh disokong supaya ianya akan menjana lebih sumber ekonomi kepada kerajaan negeri dan seterusnya menjana ekonomi rakyat yang terlibat dengan pengusahaan ladang komoditi ini. Tidak ada salahnya untuk rakyat sama-sama mencari rezeki kerana sememangnya kedua komoditi ini menjanjikan pulangan yangg lumayan terutamanya jika diusahakan dengan sendiri.

Mungkin juga boleh difikirkan secara serius oleh kerajaan negeri agar membuka kawasan baru seperti felda yang ada sekarang agar ianya boleh menampung permintaan generasi muda ketika ini yang agak kritikal dari segi peluang penempatan dan pekerjaan. Pembukaan tanah berperancangan ini boleh dibuat berdasarkan model felda ketika ini dengan penambahbaikan dimana yang perlu untuk memastikan ianya berjalan dengan baik dan lancara. Sudah tentu akan ada masalah-masalah yang timbul tetapi sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan berpengalaman insyaallah ianya akan dapat diselesaikan.

Pembukaan tanah ini juga kan mengurangkan masalah penerokaan tanah secara tidak sah dan pembahagian tanah yang lebih adil boleh diuruskan berbanding hanya pihak yang berkemampuan sahaja yang akan meneroka tanah sementara yang tidak berkemampuan hanya mampu melihat sahaja. Hasil kerajaan juga akan meningkat dan hasil rakyat juga terut berkembang dengan sumber baru ini. Untuk lebih fokus maka satu bentuk dasar boleh dibuat dengann mensyaratkan hanya anak negeri sahaja yang layak untuk ditempatkan kerana isu asal ialah memberi penyelesaian masalah anak negeri yang tidak mempunyai pendapatan dan kediaman serta menjana ekonomi rakyat dan negeri. oleh yang demikian amat wajar kiranya hanya anak negeri sahaja yang dipertimbangkan melainkan sekiranya masih wujud kekosongan selepas semua anak negeri diberi pertimbangan.

Mungkin idea ini agak longgar tetapi hanya dengan lontaran idea yang pelbagai akan mempercambahkan sesuatu cadangan yang baik supaya ianya menjadi realiti...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan