Ahad, 17 Januari 2010

Mengutama yang utama

Nampaknya kesungguhan kerajan dalam memerangi rasuah sememangnya boleh dipuji dalam memastikan negara bebas rasuah dan intergriti yang tinggi diterapkan dalam budaya hidup masyarakat. Penggubalan dan perlaksanaan Sruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia adalah antara langkah drastik kerajaan dalam memastikan kejayaan mencegah rasuha tercapai.

Beberapa langkah dan tindakan SPRM mendakwa orang politik terutamanya dari pemimpin BN dan UMNO menjadi bukti bahawa badan tersebut sememangnya bebas dari sebarang pengaruh dan kenyataan dan tindakan yang dilaksanakan jelas membuktikan kenyataan tersebut. Dalam tempoh perlaksanaan akta SPRM ini baru hanya ada dua atau tiga ahli politik pembangkang yang terlibat dengan siasatan berbanding dengan ahli politik dari BN. Oleh yang demikian adalah tidak adil sekiranya masih ada cakap-cakap dari pihak tidak bertanggungjawab bahawa SPRM adalah alat kepada kerajaan kerana tindakannya jelas bebas dan membuatkan sesiapa sahaja termasuk penjawat awam merasa gentar untuk melakukan rasuah.


Kini ditambah pula dengan cadangan NKRA oleh menteri KPI kedua Dato' Seri Idris Jala yang memaklumkan kerajaan dalam proses pengubalan akta parti politik yang bertujuan untuk membendung rasuah dikalangan ahli politik. Kesungguhan kerajaan dalam menjaga disiplin ahli politik adalah dialukan namun perlu diingat bahawa hanya sebahagian kecil ahli politik yang mempunyai kuasa eksekutif seperti para menteri dan exco kerajaan negeri dan kuasa ini pula hanya kepada arahan dasar dan yang sebenarnya mempunyai kuasa adalah penjawat awam itu sendiri. Sebagai ahli politik yang membentuk kerajaan seperti Perdana Menteri dan Menetri Besar mereka bertanggungjawab merencana dasar kerajaan untuk kebaikan negara dan negeri dan seterusnya kuasa mengurus adalah dibawah tanggungjawab kakitangan kerajaan sendiri.

Bagi ahli politik yang terlibat dengan parti pula seperti Ahli jawatankuasa Bahagian dan cawangan pula ( Bagi UMNO dan BN) mereka hanya jentera kepda parti dan tidak mempunyai kuasa secara langsung keatas kakitangan kerajaan yang bertugas dan mereka juga tidak boleh campur tangan kerana tiaada peruntukan undang-unddang sedemikian. Tugas utama jentera parti ialah memastikan sokongan rakyat kepada parti dan bukannya membuat keputusan bagi pihak jentera kerajaan. Sebagai penjawat awam meraka mestilah menjalankan tanggungjawab tanpa mengira fahaman parti politik dan pilih kasih dalam membuat keputusan ( bukan semua begitu ) . Itulah yang termaktub tetapi dalam realitinya pelbagai tanggapan umum kepada isu ini.

Oleh yang demikian dalam memastikan rasuah ini akan dapat dibendung adalah penting supaya selain dari segi penangkapa yang dibuat oleh SPRM , alangkah pencegahan juga amat penting untuk dilaksanakan. Bkan sahaja siasatan kepada kesalahan yang telah berlaku tetapi perkara yang belum berlaku juga mesti diusahakan oleh SPRM agar namanya sebagai badan pencegahan akan bermakna.

Langkah kerajan untuk memastikan intergriti dikalangan ahli politik juga amat dipuji tetapi dalam masa yang sama sebarang peruntukan ahli politik seperti ahli parlimen dan adun tak kira menteri atau bukan menteri, exco atau bukan exco negeri semuanya diuruskan oleh penjawat awam. Mereka boleh menentukan kepada pihak mana yang boleh diberi peruntukan tersebut tetapi mestilah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Oleh yang demikian ruang untuk mereka menyalahgunakan peruntukan tersebut agak sukar memandangkan semua urusan pembayaran dan tuntutan dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak kerajaan dan diuruskan oleh penjawta awam yang berkaitan.

Oleh yang demikian dalam kerancakan kerajaan untuk meastikan intergriti politik yang juga mesti diambil berat dan menjadi keutamaan ialah memastikan intergriti penjawat awam yang mempunyai kuasa ini supaya dasar yang ditetapkan oleh kerajaan yang memerintah tidak menjadi beban kepada rakyat akhirnya. Sebagai badan pencegah sepatutnya SPRM mesti mengutamakan pencegahan rasuah dikalangan pegawai-pegawai kerajaan yang mempunyai kuasa ini supaya mereka ini dipantau dan seterusnya memastikan penyelewengan yang merugikan tidak berlaku.

Sebagai rakyat kita masih mendengar pelbagai rungutan mengenai salah guna kuasa dan rasuah berlaku di MAjlis perbandaran termasuk Majlis besar seperti DBKL dan sebagainya , Pejabat Tanah, dn lain-lain agensi yang menguruskan peruntukan kerajaan harus diperhatikan dengan baik supaya ruang penyelewengan dapt dihapuskan. Ini sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan berbanding dengan ahli politik diperingkat bahagian dan cawangan ( bagi UMNO dan BN ) yang tidak mempunyai sebarang kuasa dalam pentadbiran kerajaan ketika ini da hanya bertindak sebagai penyokong sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan