Rabu, 7 Januari 2009

ALLAHHU AKBAR!!!

Malang apabila penulisan blog yang memberi kebebasan telah pun disalah gunakan oleh pihak tertentu untuk dijadikan alat untuk menghina dan mengutuk agama Islam dengan cara terbuka. Lebih malang lagi sehingga ke hari ini pihak berkuasa masih gagal untuk mencari dalang siapa yang bertanggungjawab diatas penulisan blog tersebut.walaupun arahan telah dikeluarkan oleh pemimpin No 1 negara iaiatu Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri blog menghina rasulullah ini masih aktif lagi. Kalu dulu namanya adibahahmad.blogspot.com kini namanya bertukar menjadi adibahahmed.blogspot.com. Samada penulisnya orang yang sama atau tidak tidaklah dapat dipastikan. Namun dari gaya penulisannnya nampaknya orang sama cuba untuk bermain api dengan isu agama untuk menjejaskan kestabilan negara. Dengan menggunakan nama wanita Islam yang mirip kepada nama di Malaysia sememangnya boleh menyebabkan ketengangan agama di Malaysia ini. apatah lagi apabila tajuk blog ini menggunakan nama ISLAM, THE RELEGION OF PEACE.
Baru dua minggu saya dan rakan-rakan lain membuat laporan polis dan bersama-sama dengan arahan Perdana Menteri tetapi blog ini muncul kembali dengan nama yang cuma sedikit berbeza. Cuma kali ini saya mendapat maklumat ini dari blog tugubangsa.blogspot.com pada 2 hari yang lepas (terima kasih) . Namun kerana kesibukan kerja dan juga membantu proses penamaan calon di Kuala Terengganu saya terpaksa mengambil sedikit masa untuk menulis tentang keaktifan blog yang menghina Rasulullah ini. Cuma kalau tidak salah saya tidak ada sebarang komen di media tentang kewujudan blog yang kedua ini. Sepatutnya selepas beberapa insiden tentang penulisan blog-blog yang berbaur hasutan ini peru diambil tindakan oleh pihak berkuasa di Malaysia dengan cara yang sesuai. jika perlu blog ini perlu di sekat dari dicapai oleh pengguna internet dari Malaysia . cara bagaimana yang terbaik diserahkan kepada pihak berkuasa yang lebih mempunyai sumber dan maklumat yang lebih tepat.
Inilah yang katakan kebebasan itu sememangnya tidak boleh diberi sepenuhnya. Tidak ada kebebasan yang mutlak kerana perlu ada undang-undang yang dapat menyekat manusia dari melakukan kesalahan dan juga kerosakan kepada diri manusia itu sendiri. Saya menyeru supaya pihak berkuasa mengambil sikap lebih pro-aktif lagi kerana ini adalah maruah dan imej negara kerana ISLAM adalah Agama kepada Malaysia. Dan sebagai tulang belakang negara sememangnya menjadi tanggungjawab UMNO untuk memastikan ISLAM tidak tihina oleh sesiapa sahaja.

3 ulasan:

  1. Sdr, saya masukan blog sdr dalam senarai blog hub suara anak-anak pahang @ Gerbang Temu Maya - http://gerbangtemumaya.blogspot.com
    Terima kasih.

    BalasPadam
  2. tahniah coz dapat wt blog nie.Camni r baru pemimpin berwawasan.Gud luck bos.tq

    BalasPadam