Isnin, 12 Januari 2009

Kepentingan semua

Tahniah kepada kerajaan pada hari ini kerana sedikit demi sedikit rungutan dan keluhan rakyat secara keseluruhannya diambil kira dan diambil tindakan yang pantas. Dalam isu minyak misalnya kerajaan telah menurunkan harga minyak sehingga RM1.80 pada ketika ini. Kempen-kempen yang aktif juga dijalankan untuk memastikan harga barangan lain dapat diturunkan ke paras yang munasabah supaya kesusahan rakyat dapat ditangani dengan baik. Cuma masih ada beberapa isu yang masih belum dapat ditangani dengan baik dan kita berharap semuanya akan selesai apabila YAB Dato’ Seri Najib mengambil alih kepemimpinan di penghujung mac nanti, Insyallah..

Melihat kepada senario sekarang ini sememangnya satu pendekatan baru dalam memastikan perpaduan rakyat dapat dijalinkan semula dengan baik supaya negara ini tidak akan hancur ditangan pengkhianat bangsa seperti Anwar Ibrahim. Masih ramai yang percaya bahawa kemenangan Pakatan rakyat adalah akibat suara sama rakyat untuk menolak Barisan nasional tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ketiga parti dalam pakatan rakyat telah berjaya untuk memainkan peranan sebagai penghasut rakyat dengan cara PAS bertindak mengatakan mereka pembela Islam, PKR dengan hasutan secara berterusan kepada masyarakat India dan sebilangan Melayu yang buta sejarah dan DAP dengan semangat kecinaan yang menebalnya. Maka dengan demikian terjadilah keputusan seperti yang ebrlaku pada pilihanraya kedua belas baru-baru ini.

Oleh yang demikian sebagai parti yang telah mengharungi pelbagai cabaran mengemudi negara daripada pengkhianat-pengkhianat bangsa seperti Anwar Ibrahim dan juga semasa kejadian 13 Mei 1969, maka sewajarnya UMNO dan Barisan Nasional tidak cepat menggelabah dalam menghadapi senario sebegini. Saya yakin dan percaya bahawa YAB Dato’ Seri Najib adalah orang yang amat sesuai untuk mengemudi Barisan Nasional untuk kearah pembaharuan dizaman moden ini.

Jadi melihat kepada beberapa cara seperti penubuhan MRSM untuk golongan orang asli dan juga MRSM untuk felda ini memanglah dari satu seginya amat baik kepada golongan ini. Tetapi selama ini juga telah banyak keistimewaan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada golongan ini. Apa yang perlu dilakukan ialah memastikan pembelajaran dan pengajaran yang mereka terima betul-betul difahami oleh mereka dan kerajaan memperoleh faedah daripadanya. Pengasingan dalam pembelajaran ini akan dikhuatiri akan menambahkan lagi perpecahan dikalangan rakyat dinegara ini dan sebarang perpecahan yang berlaku akan menyebabkan Barisan Nasional akan bertambah rugi kerana mereka akan lebih mudah dimanipulasi oleh parti pembangkang. Oleh yang demikian amat perlu sekiranya sesuatu dasar yang dibuat perlu mengambil kira kepentingan semua rakyat tanpa meminggirkan hak keistimewaan bumiputera seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan