Selasa, 20 Januari 2009

Dahulu, Kini dan Selamanya

UMNO perlu berubah. Itulah intipati komen, pandangan, huraian, percakapan dan apa sahaja yang boleh diutarakan oleh rakyat ketika ini. Semua menyatakan UMNO perlu berubah. Pemimpin-pemimpin UMNO sendiri pun ramai yang mengutarakan pandangan sedekian dan saya percaya ungkapan tersebut diucapkan dengan seikhlas hati untuk memberi kebaikan kepada UMNO. Malah kalau dilihat isi-isi ceramah kempen pemimpin UMNO diperingkat akar umbipun, itulah antara intipati yang paling banyak diungkap bahawa UMNO perlu berubah.

Jadi masalahnya ialah bagaimana dan kemana UMNO perlu berubah? Apakah selama ini tidak cukup isyarat lagi tentang bagaimana UMNO perlu berubah. Melihat kepada perkembangan yang berlaku sekarang ternyata boleh dikatakan UMNO telah hilang punca dalam perjuangannya. Apakah sebenarrnya yang diperjuangkan oleh UMNO sekarang ini. Walaupun kebanyakan Pemimpin tertinggi UMNO sekarang ini tahu tetapi secara keseluruhannya ramai rakyat termasuklah peringkat akar umbi UMNO sendiri tidak mengetahui apakah yang diperjuangkan oleh UMNO sekarang ini.

Menyoroti sejarah melihat UMNO sebagai parti yang sentiasa dinamik dan bergerak kehadapan dalam segala bidang bermula dari penubuhannya. Dengan semangat yang berkobar untuk menentang Malayan Union yang jelas ingin menjadikan Tanah Melayu sebagai Tanah Jajahan British, orang Melayu secara keseluruhannya bangkit menentang hasrat tersebut sehingga tertubuhnya UMNO dan orang Melayu ketika itu dipimpin oleh Dato’ Onn berjuang sehingga Malayan Union dibatalkan. Seterusnya selesai sahaja perjuangan tersebut maka UMNO terus kehadapan apabila meneruskan perjuangan untuk kearah kemerdekaan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajahan Britih ketika itu. Maka bergemalah ungkapan ‘Merdeka’ diseluruh pelosok tanah air. Maka keseluruhannya orang melayu berganding bahu dalam UMNO untuk memastikan kemerdekaan dicapai. Alhamdulillah...walaupun dalam masa perjuangan tersebut UMNO berubah kepimpinannya dari Dato’ Onn kepada Tunku Abdul Rahman tetapi asas perjuangan kearah kemerdekaan tetap diteruskan sehingga negara mencapai kemerdekaan pada 31hb Ogos 1957.

Maka bermulalah fasa seterusnya apabila UMNO sekali lagi bergerak kehadapan apabila terus meneruskan perjuangan untuk memastikan perpaduan kaum menjadi teras kepada negara yang baru ditubuhkan. Ini kerana sebagai negara yang baru dan pengalaman yang cetek dalam pentadbiran kerajaan UMNO cepat belajar untuk memastikan Negara yang terbina terus dapat diurus tadbir dengan baik dan akhirnya Malaysia dapat ditubuhkan dengan kemasukan Sabah dan Sarawak pada tahun 1963. Apabila masalah perpaduan kaum meruncing pada tahun 1969, UMNO dengan pemimpinnya terus memandang jauh kehadapan dengan penubuhan dasar DEB yang membawa banyak kebaikan kepada rakyat sehingga kini.

UMNO terus memacu negara dan rakyat kehadapan apabila teras Pembangunan dan Kemajuan menjadi wadah kepada UMNO memperjuangkan nasib rakyat di Malaysia. Natijahnya walaupun terdapat beberapa insiden seperti UMNO diharamkan, penubuhan Parti semangat 46, pemecatan Anwar Ibrahim namun UMNO tetap utuh memimpin rakyat kerana dasar perjuangannya yang jelas. Bukti paling nyata apabila UMNO berjaya mengemudi Barisan Nasional untuk memenangi pilihanraya dengan majoriti terbesar pada tahun 2004 kerana semua ahli dan pemimpinnya fokus kearah untuk kemenangan UMNO bagi memulihkan imej yang agak tercalar pada tahun 1999 akibat krisis pemecatan Anwar Ibrahim.

Tetapi sayangnya apabila UMNO berada dipuncak kuasa, kepimpinannya lupa tentang perkara asas ini. UMNO jadi hilang punca apabila terlalu banyak visi dan misi yang ingin dibawa oleh kepimpinan baru. Ahli dan rakyat mula jadi keliru dan menyebabkan keputusan yang menyedihkan pada pilihanraya ke 12 baru-baru ini. Hubungan erat antara pemimpin dan akar umbi termasuk rakyat jelata mula renggang. Fitnah berleluasa dan lebih malang lagi apabila kepimpinan UMNO sendiri membiarkan fitnah ini berleluasa sehingga menyebabkan imej UMNO mula rosak dimata rakyat. Ahli akar umbi mula menyepikan diri dan akhirnya hilang punca tentang makna perjuangan UMNO. Ditambah pula oleh pemimpin purba UMNO yang ketandusan idea dan sokongan masih ingin memegang jawatan dan enggan memberi laluan kepada muka baru sehingga menjadikan UMNO seolahnya parti elit yang susah untuk didekati oleh golongan muda.

Inilah yang berlaku dan malang lagi setelah bertalu-talu nasihat, komen, pandangan, huraian, teguran oleh pelbagai pihak UMNO sejak selepas PRU12 masih BELUM berubah. Yang jelas cuma cakap sahaja tetapi tiada tindakan konkrit yang boleh menyakinkan ahli dan rakyat.

Mungkin kini sudah tiba masanya UMNO perlu untuk mendefinasikan semula asas perjuangannya supaya relevan dengan zaman yang semakin mencabar ini. Tidak ada gunanya perubahan kepimpinan dibuat jika dasar perjuangan tidak dapat diterima oleh rakyat ketika ini. Rakyat dan akar umbi ketika ini juga mendambakan pemimpin yang mesra rakyat dan mudah didekati dan diyakini dapat membantu dan membela apabila diperlukan sepertimana yang dilaksanakan oleh kepimpinan UMNO dahulu. Janganlah hanya kerana nak berkempen sahaja baru kenal akan akar umbi dan setelah menang muka tidak kelihatan. Ahli UMNO pula janganlah hanya memeluk tubuh dan menunggu sahaja arahan pemimpin tetapi sepatutnya turut sama bergandingan dan memberi buah fikiran dan tenaga demi untuk memastikan UMNO, parti yang sejak dahulu walau apapun perjuangannya tetap berteraskan untuk memastikan keagungan Agama Islam, Kesejahteraan Bangsa Melayu dan kemakmuran Negara Malaysia yang tercinta ini. Insyaallah....

1 ulasan:

  1. .

    Sdra Amin,

    Pemimpin Umno perlulah melihat dgn mata hati mereka apa yg rakyat mahukan melalui PRU12 yg lalu. Rakyat perlukan perubahan. bukan sekadar perubahan luaran atau kosmetik, tetapi peubahan besar2an. bersihkan diri dan hati mereka. pemimpin Umno, samada di pusat, bahagian dan cawangan perlu ada anjakan paradigma, jangan lg melihat dunia seperti ikan dalam akuarium - hanya melihat, tidak boleh keluar utk berbuat sesuatu.

    suara pemuda kini boleh dikatakan sudah tidak laku. ini diburukkan lg dgn sikap menikus dikalangan pemuda. berapa ramai pemuda yg berani beri idea kepada ketua cawangan? belum lg beri idea kpd ketua bahagian atau presdien parti.

    kepimpinan Umno perlu dibetulkan. jgn hanya hendak jawatan kerana menunggu habuan. hasilnya, kepimpinan yang buruk menjadi teras Umno. pemimpin yg sukar didekati, mengongkong, pilih kasih dan dendam kesumat dihati.

    Umno bukanlah parti elit, bukanlah parti untuk bangsawan. tetapi parti keramat org melayu. kenapa ada org melayu sendiri menjauhkn diri drpd Umno? fikirkan.

    mendekati masyarakat itulah yng perlu dilakukan. tapi pastikan dilakukan dgn cara yg betul...
    bygkan sbg ahli sbuah organisasi, anda tidak mengetahui apa aktiviti organisasi anda hanya kerana anda bukan rakan rapat ketua anda... apa kualiti pemimpin yg Umno ada JIKA ini berlaku?

    ingatlah, BETULKAN YANG BIASA, DAN BIASAKAN YANG BETUL...

    bersama kita muhasabah diri
    salam hormat
    01x 9xxxxx1

    .

    BalasPadam